Jk side
Aku berada disini memandang langit yang hampir menunjukkan kegelapannya. Memilih mendudukkan diriku disalah satu bangku memandang langit sehingga senja. Bukankah ini karma bagi diriku ? Kerana aku yang menolak dirimu ... tapi sehingga kini Aku masih mengingati semua kisahku bersamamu. Bertapa munafiknya diriku, menolakmu sesungguh diriku. Membiarkanmu pergi dan lelah dengan diriku.
Bukan kah aku kejam ? Aku membiarkan dirimu menangisiku di tengah malam yang dingin. Walau ketika itu aku melihat... melihat dirimu yang terduduk di atas jalan yang dipenuhi salji bersama isakan yang jelas didengari oleh diriku. Tapi aku jahat, aku hanya melihatmu sekali pandang dan memilih pergi meninggalkan dirimu terisak kerana diriku.
Aku tahu, aku pabo. Kerana aku tidak sedar bahawa dengan perlakuanku itu telah membuatmu makin sakit. Sakit yang bahkan tidak pernah kau tunjuk kepada sesiapa . Bertapa pabonya diriku, tidak melihat perubahan pada dirimu ketika itu. Jika aku sedar.... jikalau aku sedar sedari awal. Kau masih disini. Masih berpijak dan memandang langit yang sama denganku.
Tapi disebabkan kebodohanku. Kau telah jauh, jauh pergi seperti debu salji . Tahukah dirimu ? Aku , aku yang menyebabkan penderitaan dirimu ini adalah salah seorang orang yang sangat merindukanmu. Maukah kau memaafkan diriku ? Aku sayangkan mu.. sangat. Tapi .. aku hanya terlambat setengah detik sebelum pemergianmu yang paling aku sesali , aku tidak sempat memberitahumu bahawa kau telah mewarnai hidupku dengan senyuman dan gelak indahmu. Aku hanya mampu berdiri kaku disamping katilmu memandang wajah cantikmu yang pucat. Badan kecilmu yang kaku. Jari pendekmu yang sejuk. Ketika itu aku sedar aku kehilanganmu untuk selamanya. Bahkan sebelum aku meluahkan perasaanku .
Mereka ... mereka juga menangisi pemergianmu. Peminatmu , mereka juga merinduimu. Mereka merindui suaramu, persembahanmu, tarianmu , cintamu . Segalanya tentangmu. Mereka bahkan sanggup berdiri dihadapan bangunan latihan kita dari pagi hingga senja menjelang. Hanya kerana ingin memberi kehormatan padamu. Pembenci mu ? Aku tidak tahu adakah sekarang mereka berasa puas akan segalanya ? Puas kerana apa yang mereka impikan akhirnya tercapai ? Kau.... kau semangat kami hyung...
Kau adalah orang pertama yang membawa kek dan menghidupkan lilin untuk kami. Orang yang akan memberikan pelukan ketika kami berasa terpukul. Kau orang yang sentiasa ada ketika aku aku berasa kecewa dengan diriku. Maafkan aku kerana tolak dirimu terlalu kuat . Sekrang bolehkah jika aku ingin menarikmu kembali ? Menarikmu lebih kuat lagi. Aku tidak sempat melindungimu.
Kau membuat janji kepada kami, kau menyuruh mereka berjanji untuk menghargai diri mereka. Kau berjanji untuk menjadi cahaya buat mereka. Tapi, jika cahaya itu sudah malap, bagaimana untuk menerangkannya kembali, Jika sumbernya sudah tiada ? Kerana pada akhirnya kau yang mungkirinya. Aku tidak tahu hyung, apa yang perlu aku lakukan ? Kesemua members memilih mengurungkan diri mereka . Aku juga... sudah hampir 2 minggu aku tidak menghirup udara segar . Aku cuba untuk memulakan kembali hidupku.... tapi , kehilanganmu sungguh terasa. Akankah kita akan kuat lagi hyung ? Tanpa dirimu ? Kerana apabila kita bertujuh ia terasa sangat kuat . Tapi... tanpa seorang diantara kita ia terasa sangat lemah. Aku sayangmu hyung, bahagialah kau disana. Ingatlah... hanya engkau sahaja yang aku cintai.
Park Jimin...
![](https://img.wattpad.com/cover/205893372-288-k612982.jpg)
YOU ARE READING
SPEAK YOURSELF ( KOOKMIN)
ContoThis story is gift from me to all the readers who always waiting for my update. I'm really sorry bcs can't update anything. Pliss accept my love ❤️✨ "ONESHOT STORY" About Jungkook and Jimin . Thx