"Will this go away
After time passes?,
I remember the old times,
I remember you."-Lee Seungri-
If You.🌸🌸🌸
Seminggu berlalu,
Jungkook masuk ke kelas seperti biasa. Dia duduk lalu meletakkan kepalanya keatas meja.
"Weyh, tengok mamat tu"
"Ppfftt"
"Guys, aku dengar dia buat jihyo macam tu sebab coach kim selalu puji jihyo"
"Lah kes dengki lah ni. "
"tapi dia dengan jihyo dah kawan lama kan?"
"Lama tak lama. Kalau dah dengki mane kesah"
"Lol, dia main baseball pun bukan terror mana AHHAHAHA"
Skreet!
Semua pelajar mulai senyap termasuk sekumpulan pelajar yang mengata jungkook itu. Jungkook mendekati mereka.
"Jun.. Jungkook" mereka mengundurkan diri apabila jungkook semakin dekat.
"Re.. Relax.. Bro"
Dengan wajah yang datar, jungkook menundukkan badannya (bow)90° kearah mereka. "Gomawo" lalu dia memberikan senyuman sebelum beredar dari situ.
semua murid 6-2 terkesima dengan kelakuan jungkook itu.
Sejak kes jihyo itu, ramai yang mengata jungkook. Jungkook pukul jihyo sebab jihyo terlampau baguslah, sebab coach kim selalu puji jihyo lah dan banyak lagi. Pada mulanya jungkook memang rasa terkesan dengan semua tu tetapi lama-lama dia pun dah fadeup.
"Jungkook" coach kim menyapa jungkook dikoridor.
"Nae, coach?"
"Ikut saya ke pejabat."
Jungkook menganggukkan kepalanya. Dia mengeluh lalu menutup kedua belah matanya. Dia merasakan ada perkara buruk akan berlaku.
"Jungkook, apa saya nak bagitau awak ni mungkin akan menyakitkan hati awak"
Jungkook menundukkan kepalanya. Dia tidak merespon apa-apa. Coach kim mengeluh.
"Maafkan saya, tapi awak dilucut menjadi ketua baseball dan awak dikeluarkan dari kelab baseball"
"Saya.. Tak.. Buat coach. Saya balik dengan chanyeol haritu"
Coach kim mengurut kepalanya.
"Ye, chanyeol pun ada kate benda yang sama tapi ini bukan keputusan saya seorang tetapi ramai pihak. Saya harap awak faham."
"Ketua baseball yang baru saya akan melantik min yoongi"
Mereka diam seketika.
YOU ARE READING
Annyeong,Mong Ji! ╰JJK╮
FanfictionJeon jungkook Song jihyo Park jimin ♡Dua sahabat baik yang bersama-sama menggalas tanggungjawab sebagai capten pasukan baseball bagi pihak yeoja dan namja. Apabila salah seorang daripada mereka mahu meluahkan perasaan cinta, muncul orang ketiga.♡ ※...