"Dah tu awak tu manis sangat ke?? Ayra sayang awak dengan Aeq tu pun tak manis jugak orang tengok" kata Pn. Raziana
"Aduh Ayra kenapa lah kau ni bodoh sangat" kata Qaisara dalam hati
"Awak!" Tegur Tengku Faizal
"Apa betul lah"
"Betul juga kata Ay tu Aleeya dengan Aeq kan darah manis tak elok berdua duaan" sokong Tengku Zafril, Pn. Radiana terdiam dan terus menarik tangan Aleeya
"Maaf ye" ucap Tengku Faizal sambil menundukkan badanSelepas Tengku Zafril dan Datin Fatimah balik Qaisara masuk semula ke bilik Adam
"Dah balik semua??" Angguk Qaisara
"Ni doktor nak saya buat apa??" Tanya Qaisara
"Tak ada apa apa teman aku bersembang je" Terkejut Qaisara
"Aduh kenapa lah aku dapat abang tiri yang macam ni" Rungut Qaisara dalam hati
"Nak kutuk kutuk depan depan"
"Mana ada kutuk" Adam tersenyum melihat reaksi Qaisara*************************************************
2 hari Adam di dalam hospital akhirnya dia dibenarkan keluar, di rumah selepas makan kebiasaan mereka akan duduk di ruang tamu
"Ya allah kenyangnya ma, thanks" ucap Qaisara, Adam hanya senyum pada Datin Fatimah sambil mencapai remote TV. Tetapi Qaisara telah mengambilnya dahulu
"Bagi aku romote tu" arah Adam
"Sorry siapa dapat dulu dia yang berhak atas TV" kata Qaisara
"Adik yang comel lagi cantik bagi abang remote tu please" pujuk Adam"Thanks untuk pujian tu tapi sorry nope" Qaisara membuka rancangan kegemarannya
"Dari kau tengok drama bangla tu baik kau tengok sport ke sedap sikit mata ni" tegur Adam
"Suka hati je cakap drama bangla ni Hindustan lah" marah Qaisara. Adam buat muka sepuluh sen dan merampas remote dari tangan Qaisara
"Bagi lah balik!!" Qaisara cuba mencapi romote tetapi tidak dapat. Datin Fatimah dan Tengku Zafril hanya geleng melihat gelagat anak mereka yang sentiasa bergaduh, pantang duduk berdua"Aeq, Ay papa dengan mama nak bagitahu something ni" panggil Tengku Zafril
"Apa pa??" tanya Adam
"Lusa mama dengan papa nak pergi Jepun" kata Tengku Zafril
"Hah!! betul ke??" terkejut Qaisara yang tak pernah berpisah dengan Mamanya
"Betul sayang" kata Datin Fatimah. Qaisara terus berlari ke arah Datin Fatimah dan duduk di hadapan ibunya
"Dah tu Ay macam mana?? Ay nak duduk dengan siapa?? abang Iz kan ada operasi" bertubi tubi soalan Qaisara, risau
"Ay, Ay duduk dengan Abang Aeq lah" kata Tengku Zafril. Qaisara memandang muka Adam dan terus duduk di antara Tengku Zafril dan Datin Fatimah"Pa, tak kan kita orang duduk berdua je dekat rumah ni??" Tanya Qaisara
"Tak sayang, nanti ada Mak Mah" kata Tengku Zafril
"Mak Mah?? Siapa tu??" Tanya Qaisara
"Mak Mah tu pebantu rumah ni dulu"
"Ouh, nasib baik" bisik Qaisara. Datin Fatimah dengar apa yang dibisikkan Qaisara hanya senyum*************************************************
"Hari ni nak hantar mama dengan papa pergi airport" bisik hati Qaisara, selepas bersiap Qaisara terus turun ke bawah
"Wah!! Sedapnya bau" kata Qaisara selepas terbau masakan kegemarannya, Datin Fatimah dan Tengku Zafril hanya senyum melihat perangai anaknya
"Ay pergi panggilkan abang" arah Tengku Zafril
"Ala!!" Qaisara cuba mengelat
"Ayra Qaisara!" Datin Fatimah sengaja membuat muka marah supaya Qaisara ikut arahan Tengku Zafril
"Okay" Qaisara mengalah dan melangkah ke bilik Adam"Doktor Aisy!!" Panggil Qaisara
"Apa!!" Jerit Adam dari dalam
"Mama dengan papa suruh cepat!!" Tiba tiba Adam keuar dari biliknya
"Jom" ajak Adam, sampai di meja makan Adam juga terbau makanan kegemarannya
"Foyyo!! Nasi goreng cili api dengan ayam masak merah!!" Adam terus berlari mendapatkan tempat di antara Tengku Zafril dan Datin Fatimah
"Tu tempat Ay lah!!" Jerit Qaisara dari atas
"Lambat" Adam menjelir lidah pada Qaisara
"Tepi lah!!" Qaisara menolak badan Adam
"Dah dah jangan bergaduh Ay duduk tempat papa ni" Tengku Zafril menukar tempat dudukQaisara tersenyum lebar, Qaisara duduk dan memijak kaki Adam
"Sakit lah!!" Jerit Adam, Qaisara pula menjelir lidah. Adam menahan diri dari memarahi adiknya
"Sudah sudah makan, mama masakkan makanan kegemaran dua dua. Nasib baik dua dua suka benda yang sama" Adam dan Qaisara memandang antara satu sama lain
"Ay punya!!" Qaisara merampas nasi goreng
"Ambik lah mama dah tuangkan untuk aku, ayam ni aku punya" Qaisara menyesal, air matanya sudah bertakung"Aeq! Menangis Ay nanti" marah Tengku Zafril. Adam mengalah dan meletakkan peha ayam di pinggan Qaisara
"Tu je" gurau Adam
"Pa!!" Qaisara mengadu
"Aisy Faaeq Adam!!"
"Okay okay nah" Adam meletakkan 3 lagi ayam di pinggan Qaisara
"Gemok lah kau" bisik Adam. Qaisara menumbuk perut Adam, Adam terbatuk sakit
"Padan muka" bisik Qaisara*************************************************
Sampai di airport mereka menghatar Tengku Zafril dan Datin Fatimah ke pintu belepas
"Lama ke papa dengan mama pergi??" tanya Qaisara
"Sebulan je" jawab Datin Fatimah
"Kau ni mama dengan papa pergi honeymoon je yang kau mengada ngada ni dah kenapa" sindir Adam
"Diam lah!!" Marah Qaisara
"Aeq" panggil Tengku Zafril
"Apa pa??"
"Sebulan papa tak ada ni, papa amanahkan Ay pada Aeq, Aeq tolong jaga Ay macam Aeq jaga nyawa Aeq sendiri and please jangan bergaduh, okay??" pesan Tengku Zafril. Adam angguk faham"Okay lah papa dengan mama gerak dulu, ingat pesan papa Aeq"
"Insyaallah pa, Aeq ingat"
"Papa pergi dulu Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" jawab Qaisara dan Adam
"Bye ma!!" Air mata Qaisara mengalir
"Dah lah jom balik" ajak Adam selepas bayang orang tuanya hilang dari pandangan mereka*************************************************
Sampai di rumah, mata Adam tertumpu pada satu kereta
"Kereta siapa tu??" Tanya Qaisara
"Macam kereta Aleeya" Adam keluar dari kereta dan mendekati Aleeya
"What are you doing here??" Tanya Adam
"Mama I bagi tahu uncle dengan auntie pergi Jepun, betul ke??" Adam angguk
"So you duduk sorang?? You nak I teman you??" Tanya Aleeya.
"Tak payah I duduk dengan adik I" tiba tiba Qaisara keluar dari kereta
"Ay masuk tau" Adam angguk"You duduk dengan budak tu?!!"
"Haah kenapa??" Tiba tiba Qaisara datang mendekati Adam
"Kunci rumah??" Tanya Qaisara, Adam menyerahkan kunci pada Qaisara
"Good luck" bisik Qaisara, Aleeya menolak badan Qaisara, Adam sempat manarik tangan Qaisara sebelum dia jatuh ke tanah
"Okay??" Tanya Adam sambil memandang muka Qaisara
"Ya Allah dekatnya muka dia dengan aku, kalau jatuh lagi sekali pun tak apa. Eh!! Ayra kau jangan buat pasal dia abang kau" bisik hati Qaisara"Okay, sikit je. Ay masuk dulu lah" pinta Qaisara
"Tak apa aku tolong, Aleeya kau balik lah" arah Adam
"You halau I!!" Tengking Aleeya
"Yes!! Aku halau kau puas hati!!"
"Abang jangan marah dia, tak apa Ay okay" kata Qaisara lembut
"Lantak dia, dah jom masuk" ajak Adam sambil memapah Qaisara masuk ke rumah dan meninggalkan Aleeya sendiri*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*Baik sangat lah Qaisara ni!!
Stay tune tauJangan lupa like, Share and comment tau 😉😉
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku ✔️✔️
RomanceSuamiku Abang Tiriku (SAT) menceritakan tentang Ayra yang terpaksa berkahwin dengan abang tirinya selepas kematian ibu dan bapa tirinya. Untuk pengetahuan semua readers.. cerita SAT ni memang author dapat ilham dari cerita "MEH SANDAR PADAKU" sebab...