"Hah turun pun pengantin baru ni, Jom makan" ajak Mak Mah. Qaisara mencapai nasi dan tuangkan di pinggan Adam kemudian Qaisara mengambilkan lauk juga untuk Adam
"Ay nasi dengan sup je ke??" Tanya Mak Mah
"Ay kongsi lauk dengan abang" kata Qaisara sambil memandang Adam, Adam terpinga pinga dan hanya angguk
"Sweetnya" kata Haffie, Izmier tersenyum melihat adiknya bahagiaSelesai makan Haffie, Adam dan Izmier duduk di ruang tamu
"Baby Aeq, Baby nak minum??" Tanya Qaisara sambil memeluk Adam dari belakang. Laju jantung Adam bedegup
"Aa..amm..boleh lah" kata Adam gagap
"Nak air apa??" Tanya Qaisara
"Tak kesah"
"Macam tu baby buat air teh O je boleh??" Tanya Qaisara
"Boleh"
"Okay" Qaisara melepaskan ciuman di pipi Adam dan terus ke dapur
"Ya Allah jantung tak payah laju sangat!!" Rungut Adam dalam hatiQaisara datang membawa air dan diberikan kepada Adam lalu dia duduk di bawah dan meletakkan dagu di lutut Adam
"Cuba rasa sedap tak??" Arah Qaisara, Adam meneguk sedikit air
"Sedap" kata Adam, Izmier tahu yang Qaisara sedang berlakon
"Kena kau nanti Ay" bisik hati Izmier
"Iz bila balik Lumut??" Tanya Haffie
"Esok pagi Insyaallah, sebab lusa dah masuk kerja" kata Izmier
"Bila abang nak pindah Klang??" Tanya Qaisara
"Tak tahu lagi, surat belum dapat" jawab Izmier"Iz tidur sini lah" kata Mak Mah sambil membawa dulang dengan air
"Tak kut, nak kemas sikit rumah sana" tolak Izmier
"Boleh ke balik malam malam ni??" Tanya Adam
"Boleh" kata Izmier
"Kalau macam tu baik kau gerak sekarang dah pukul 9, nanti lewat sunyi pula" kata Haffie
"Tu lah Iz pun nak minta diri" kata Izmier sambil berdiriQaisara memeluk Izmier dengan air mata mengalir
"Eh, Ay jangan lah menangis, dah ada suami" kata Izmier
"Nanti kalau dah sampai call Ay tau" pesan Qaisara
"Ay rumah tu tak jauh pun, tak sampai 20 KM pun" kata Izmier
"Janji!" Qaisara tetap nak Izmier menelefonnya apabila tiba
"Ye janji" kata Izmier
"Iz gerak dulu ye" Izmier keluar dan terus ke keretaMereka masuk ke dalam rumah semula selepas bayang Izmier hilang dari pandangan, Qaisara dan Fazrah membantu Mak Mah di dapur selepas selesai Qaisara meminta izin naik untuk tidur
"Ay naik dulu ye" pinta Qaisara
"Aeq pergi lah" arah Mak Mah
"Kita orang naik dulu ye" kata AdamSampai di atas, Adam menarik tangan Qaisara masuk ke dalam biliknya
"Apani awak lepas lah!" Meronta Qaisara dengan tersandar di belakang pintu
"Tadi kau kena kan aku kan kali ni kau pula" kata Adam, Qaisara menutup mata
"Apasal tutup?? Bukak lah mata" kata Adam dan memegang tangan Qaisara
"Sorry saya tak buat lagi" kata Qaisara
"Aku suka kau panggil aku tadi" kata Adam
"Lepas lah please" rayu Qaisara
"Sorry" Adam menutup lampu*************************************************
"Ay, bangun" kejut Adam
"Hmm"
"Bangun lah subuh" kejut Adam
"Pukul berapa??" Tanya Qaisara
"Dah pukul 6:50 cepat lah jom jemaah" ajak Adam, Qaisara bangun dan terus ke bilik airSelepas solat Qaisara dan Adam sambung tidur. Adam terbangun kerana phonenya berbunyi
"Siapa ni??" Soal Adam sambil mencapai phonenya
'Aleeya' Adam decline dan melihat jam di phonenya
"Pukul 8 dah" katanya dan bangun untuk mandiSelepas mandi, Adam duduk di sebelah Qaisara dengan hanya memakai tuala
"Ay, bangun" kejut Adam
"Hmm"
"Bangun dah pagi, jom breakfast" ajak Adam
"Arh!!" Terkejut Qaisara melihat Adam hanya berkemban
"Kenapa tak pakai baju!" Rungut Qaisara
"Kenapa takut tergoda ke??" Gurau Adam
"Tak ada maknanya! Pakai lah baju!!" Marah Qaisara
"Cium baby awak ni dulu" kata Adam
"Tak nak! Pergi lah pakai baju" arah Qaisara sambil menutup mata"Okay saya pakai baju tapi awak kena cium saya dulu" kata Adam. Qaisara mencium tangannya dan letakkan di pipi Adam
"Dah pergi pakai baju" arah Qaisara, Adam tertawaSelepas mereka bersiap, mereka turun untuk sarapan. Selepas sarapan Haffie, Fazrah dan Hazriq balik ke rumah mereka
"Mak Mah terus kerja dekat sini eh" kata Adam. Mak Mah angguk setuju
"Korang tak nak keluar pergi bulan madu ke??" Tanya Mak Mah
"Tak kot, esok dah start kerja" kata Adam
"Haah Mak tak sempat lah" tambah Qaisara, Mak Mah hanya angguk faham"Naik kemas barang letak barang dekat bilik aku" bisik Adam
"Tak nak lah"
"Buat je..nanti aku tahu lah" kata Adam
"Ye lah" Qaisara pasrah dan naik ke atas untuk kemas barangAdam membantu Qaisara menyimpan barangnya ke dalam almari. Sedang mengemas mata adan tertumpu pada anak patung yang dihadiahkan olehnya
"Binatang ni kau nak ke??" Tanya Adam sambil memegang anak patung itu
"Nak lah" Qaisara merampas anak patung dan memeluknya"Baby Aeq kau dah ada dekat depan ni" kata Adam dan mendekatkan diri dengan Qaisara
"Stop!" Qaisara menahan Adam
"Tenaga kau tak cukup" Adam tetap melangkah
"Nah Mak bawak mop" Mak Mah masuk dan memberikan mop
"Astafirullah! Lain kali kunci pintu!" Marah Mak Mah dan terus melangkah keluar dari bilik. Adam dan Qaisara terdiam maluSelepas makan malam, Qaisara naik untuk tidur dan diikuti Adam
"Saya tidur dekat bilik saya boleh??" Tanya Qaisara
"Tak payah, kau tidur dekat katil aku tidur dekat sofa" Kata Adam dan mengambil bantal lalu baring di sofa, tak lama kemudian Adam tertidur
"Kesian dia" kata Qaisara perlahan, dia mendekati Adam dan menyelimutkannya lalu dia duduk di sebelah dan tertidur dengan kepala berada di sebelah Adam"Aeq you tak akan hidup bahagia!!" Ugut Aleeya
"Kau tak ada hak nak tentukan hidup aku!! Kalau aku tak bahagia sekali pun aku tak akan kahwin dengan kau sampai mati pun!!" Kata Adam
"Yakin??" Soal Aleeya sambil menarik rambut Qaisara dan meletakkan pisau dilehernya
"Aleeya!!!! okay kau cakap je apa kau nak aku buat" kata Adam
"I nak you ceraikan perempuan ni" kata Qaisara
"Tak akan!!" Tengking Adam. Pisau yang berada di leher Qaisara terus membelahi terpancut darah
"Ayra!!" Jerit Adam*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*😱😱
Stay tuneJangan lupa like, Share and comment tau 😉😉
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku ✔️✔️
RomanceSuamiku Abang Tiriku (SAT) menceritakan tentang Ayra yang terpaksa berkahwin dengan abang tirinya selepas kematian ibu dan bapa tirinya. Untuk pengetahuan semua readers.. cerita SAT ni memang author dapat ilham dari cerita "MEH SANDAR PADAKU" sebab...