Part 12

80 11 0
                                    

Aku terus menuju ke bilik aku setelah tiba di rumah. Ibuku memandangku pelik.

"Jap akak kenapa?"

"Akak nak mandi la apalah ibu ni" Aku cakap sambil gelak

"Ouhh lupa.. Selalunya akak buat muka penat lepas balik ni balik tersenyum2 kenapa? Ceritalah sikit dekat ibu"

"ouhhhh tak ada apa cuma happy sebab tadi akak jumpa seseorang.."

"Siapa?'

"Kawan yang akak suka"

"Ouhhh bukan dah jumpak kat sekolah ka tu pun happy..pelik lah kakak ni" Ibu aku senyum

Aku rasa mesti ibu aku ingat aku jumpa 2 orang kawan baik aku itu. Aku hanya senyum sahaja.

Setelah hujung minggu yang memeningkan kepala aku berlalu,Aku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan. Ketika aku tiba di hadapan pagar, aku ternampak Aireen yang kebetulan baru tiba. Kami berjalan bersama-sama menuju ke kelas. Ketika berada di selekoh yang menuju ke kelas, kami terserempak dengan Mikael yg baharu tiba tetapi dia melalui jalan lain untuk ke kelas tetapi bertembung dengan kami di tangga.

Aireen tiba-tiba berdeham. Aku menjeling kepadanya yang sedang sedaya upaya menahan gelak. Tetapi dia hanya memperdulikan jelinganku.Aku perasan yg Aireen berjalan di belakang aku untuk membiarkan aku berjalan dekat Mikael.Bila tiba di kelas aku dapat melihat Fat yg tengah khusyuk membaca buku melihat aku dengan senyuman penuh makna.

"Apa tengok-tengok?"

"Biar la nak tengok orang pun salah" Dia jawab. Aireen sampai tempat duduk dia asyik tersengih-sengih.

"Behave wey behave"

"Okay sorry tak tahan" Aireen mintak maaf

"Okay lain kali cover sikit.."

"Heheehe.. Hampa dan ready ka untuk BM?" Aku tanya

"Aku dah hafal novel cuma karangan tu aku rasa teruk la sikit." Fat terus terang

"Aku belum hafal lagi aku ingat sikit2 ja" Aku pun memberitahu

"Ala.. boleh punya" Aireen cakap

Fat pergi ke tempat Dian dan Khai yg berada di belakang untuk mengacau.. Eh tak dia baik time ni cuma nak tengok ja hehe.

"Weyh good luck untuk minggu ni!" Aku bagi kata2 semangat dekat diorang

"Iye hg pun" Dian cakap

Kami pun mula menjawab kertas peperiksaan dengan bersungguh-sungguh dengan harapan keputusan yg dikeluarkan nanti memuaskan.

3 hari telah berlalu, masih ada peperiksaan yang berbaki lagi 2 hari

Selepas rehat pada hari itu, Kami mempunyai masa lebih lama untuk ulangkaji sebelum peperiksaan Matematik dimulakan.

"Subjek killer dho lepasni" Aku merungut

"Tula" Aireen turut setuju

"Weyh Fat hg reti tak akaun simpanan segala ni? Tolong ajar aku jap"Aku bertanya

"Kenapa banyak2 tajuk yg tu jugak hg nak tanya aku? Aku tak tau.. Aku pun lemah jugak bab tu" Dia tersengih

"Mel Hg pi la tanya Mikael. Dia kan pandai" Dian bagi idea yg amat bernas

"Hmmmmmmmm Okay.. Tapi hampa jangan gelak naa"

"Baik bossku" Fat jawab sambil senyum

Aku berjalan ke tempat duduknya yg sebaris dengan aku itu.

"Mikael.. tolong ajar aku akaun simpanan tu boleh tak aku tak fahamla" Aku berharap dia dapat tolong

"Ok" Yess dia setuju

Aku pun mengambil kerusi untuk duduk di mejanya. Namun aku baru perasan yg kedudukan kami agak rapat dan aku segera menjauhkan kerusi aku.

"Okey ni macam ni." Dia menerangkan dan sekali- sekala mata kami bertemu. Dada aku berdebar kencang. Habislah aku nanti mesti budak2 tu bahan aku.

"Ouhh ok thanks sudi ajar" Aku cakap

"Welcome" Dia senyum

Aku kembali ke tempat aku dan.. ~cuba teka~

-BERSAMBUNG-

HUMAN WORLD : Crush doesn't mean to love  (COMPLETE)Where stories live. Discover now