Selepas lunch bibimbab hasil air tangan eomma...aku dihantar oleh oppa ke tempat kerja.Hati aku berdebar-debar semacam..
"Dah tua dah dongsaeng oppa ni." kata oppa tiba-tiba.
"Kenapa pulak?"
"Iyala..dah bekerja..tahu berdikari..tak payah la susahkan oppa dengan eomma lagi..betul tak?"
"Eleh..Younghee still susahkan oppa jugak.."
"Susahkan apa?"
"Oppa kan driver Younghee..hehe."balasku selamba sambil menayang gigi putih bersih dan suci sesuci safi.
" Younghee kene la ambil lesen lepas ni..nanti mana tahu anak boss Younghee demam..pastu papa dia pulak tak de rumah..ha..kan susah tu."
"Hm..nantila Younghee fikirkan."
Ada betulnya cakap oppa aku ni.Kalau aku takut nak bawak kereta..nanti susahla aku nak bergerak ke mana-mana kalau ada emergency.
"Dah sampai."
Suara Youngmin oppa menyentak renungku.Rupa-rupanya aku dah sampai ke rumah majikanku.Muka oppa aku pandang resah.
"Hei..kenapa ni?"
"Younghee..erm..Younghee takutla.."
"Jangan takutla..bukannya boss Younghee tu zombie pon..nak makan Younghee..lagipon sekarang dia kerja..anak dia je yang ada.So relax ok.Dah..pergi sana..oppa nak pergi kerja ni..dah lambat."
"K bye oppa..drive save."
"Shuh shuh!!"
Mataku menghantar pemergian kereta oppa..ei..dia halau aku macam aku ni kucing pulak..tahu la aku comel..huh.
🌻🌻🌻
Kelihatan seorang ajushi menyambut kedatanganku.Aku dibawa masuk ke rumah banglo dua tingkat untuk berjumpa anak jagaan ku.Ajushi tadi? Entah lesap kemana tah..
Dalam debaran..mataku melilau memerhatikan dekorasi rumah ni.Kemain besar lagi rumah mamat ni..mesti bini dia dulu bahagia kan..hehe.
"Aunty."
Eeh..comelnya budak ni..
"Aunty ni penjaga baru Dongpyo eh?"
"Iya sayang."
Senyuman manis aku hadiahkan kepada Dongpyo.
"Nama Dongpyo..Han Dongpyo..umur Dongpyo 5 tahun..nama aunty?"
Tangan budak kecil tadi aku tarik supaya duduk diriba.Wajahnya aku tilik beberapa kali.Sempurna kejadiannya ya?
"Nama aunty Im Younghee. Umur aunty 25 tahun.Mulai sekarang..aunty akan jaga Dongpyo..suka tak?"
"Aunty cantik.."
Makin kembang la hidung aku mendapat pujian daripada budak comel ni.
🌻🌻🌻
Cepat je masa berlalu..lepas masak makan malam untuk Dongpyo dan daddy dia..aku membacakan buku cerita demi menidurkan budak comel tu.Kisah Puteri Kimin yang menjumpai cinta pertamanya Putera Daniel selepas menempuh perjalanan di alam magik yang penuh dengan liku cabaran.Yang peliknya..aku pulak yang ngantuk.Haihh .
Menurut eomma..aku akan balik rumah jika boss aku pulang dari tempat kerjanya.Sementara aku menunggu kepulangan boss,tangan aku ni gatal nak usik frame yang elok terletak di almari.Setelah ku amati,foto perempuan yang dibingkaikan ini sangat cantik.Secantik bidadari rupanya.
"Siapa bagi kebenaran sentuh barang kat rumah ni sesuka hati?"
Malang memang tak pernah berbau.Bingkai gambar di tangan aku terlepas tanpa sempat aku menyambutnya.Mukanya yang sudah merah menahan marah aku pandang kalut.
Masalah apa pulak yang kau dah buat ni Younghee.Aduhai matilah kau.
YOU ARE READING
𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰
FanfictionTugas aku hanya jaga anak kepada seorang duda...tapi aku terjaga sekali appa dia...kehambaran apakah ini?