Awal pagi lagi Seungwoo dan Dongpyo sudah tiba di rumah Younghee.Berdasarkan alamat di resume Younghee..
"Inilah rumah dia." bisik hati Seungwoo.
"Annyeonghasaeyo Aunty Younghee!!! Dongpyo dengan appa datang ni!!"
Loceng rumah ditekan diselangi jeritan Dongpyo menarik perhatian omma Younghee.Lantas pintu dibuka untuk melihat siapakah yang bertandang di rumah mereka pagi-pagi yang buta ni.
"Eh kamu Seungwoo..masukla.."
Rumah yang sederhana besar itu dimasuki oleh Seungwoo dan Dongpyo. Tanpa silu, Dongpyo duduk di sebelah Youngmin yang sedang kusyuk menonton kartun Totally spy sehingga tidak sedar bahawa mereka ada tetamu.Dek terlalu terkejut dengan kehadiran Dongpyo, Youngmin terjerit kalah Nur Sajat sambil berdiri di atas sofa tempat mereka duduk.
"Kau sape?"
"Hai Youngmin ajushi..saya Dongpyo."
Lantas Youngmin menoleh ke arah Seungwoo yang sedang melihatnya pelik.Menyedari kesilapannya,dia mula beriak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Oh..tanjat boboi."
Seungwoo hanya tersengih.Baru dia tahu,lelaki yang selalu menghantar dan menjemput Younghee ternyata oppa Younghee..Buktinya..muka mereka serupa kalau dilihat dari dekat.
"Seungwoo..minumla air ni..Seungwoo tak minum kopi kan..sebab tu mak cik buat hot chocolate je."secawan hot chocolate disua kepada Seungwoo manakala secawan lagi milik Dongpyo memang dipindahkan dari dulang ke meja.
" Macam mana makcik tahu saya tak minum kopi?"
"Omma kamu la yang cakap..omma kamu kan kawan baik makcik."
Seungwoo hanya meng 'oh' kan saja..dia tak pernah tahu tentang kawan baik omma atau appa nya disebabkan selalu busy dengan kerja.
"Ni ada apa Seungwoo datang sini? Belum waktu Younghee kerja lagi kan?"
"Nae makcik..saya ingat nak mintak izin mak cik bawak Younghee pergi Busan dalam 2 hari..sebab saya ada kerja kat sana..lepas tu Dongpyo pulak nak ikut..takut takde sapa nak jaga Dongpyo kat sana masa saya kerja...mak cik izinkan tak?"
"Ye Seungwoo.. Makcik izinkan Seungwoo bawak Younghee..cuma..tolong jaga keselamatan Younghee ya..dia tu bukan apa..selalu cuai."
"Baikla makcik. "
"Youngmin..pergi kejutkan Younghee..suruh dia packing baju dia..dia kena ikut boss dia kerja kat Busan dua hari."
"Ala..Youngmin tengah layan Totally spy la omma." ujar Youngmin sambil memuncungkan bibir.
"Kamu ni Youngmin! Umur kamu ni sudah 27 tahun atau masih 7 tahun?"
"Hm..7 tahun?"
"Ha..melawan?"
"Omma cakap apa tadi? Youngmin tak dengar la..omma cakap laju sangat macam rap."
"E eh budak ni..ngalan aku pulak..pergi kejutkan Younghee sekali suruh dia packing baju sebab dia kena ikut boss dia pergi Busan 2 hari."
"Oh..eh cup cup cup!!"
Semua tertumpu kepada Youngmin.
"Kalau Younghee pergi Busan sapa nak buatkan Youngmin pai ayam! Omma tahu tak..dah dua bulan Youngmin craving pai ayam dia!"
"Belila kat kedai.."
"Tak nak!! Tak sedap macam Younghee buat..huarghh"
Youngmin mula merengek dengan ommanya.
Seungwoo yang sejak tadi menjadi pemerhati tersenyum simpul melihat ragam Youngmin yang serupa bayi.
"Youngmin nak kejut Younghee atau tolong omma potong pokok kat laman!!!"
"Okay omma..Younghee!!!! Bangunn!! Omma dah nak bertukar jadi monster!!! Dia nak belikan kita jajan mamee!!" jerit Youngmin sambil lari lintang pukang menuju ke bilik Younghee.
"Maafkan makcik ye Seungwoo.. Anak-anak makcik punya perangai memang pelik-pelik.Tapi diaorang baik je sebenarnya.."
Seungwoo dan Dongpyo hanya tersenyum bahagia.
YOU ARE READING
𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰
FanfictionTugas aku hanya jaga anak kepada seorang duda...tapi aku terjaga sekali appa dia...kehambaran apakah ini?