Aku sedikit lega melihat Dongpyo semakin cergas dan pulih dari demamnya.Pagi tadi,Dongpyo mengejutku dari tidur.Lantas aku menelefon ommaku tentang kejadian di mana Dongpyo demam dan aku keluar melulu tanpa sempat memberitahu ommaku.Aku juga menyuruh oppa menghantar baju untuk dipakai memandangkan aku tak balik rumah.
Selepas menyiapkan Dongpyo, aku ke dapur untuk menyiapkan bubur daging istimewa untuk Dongpyo. Dongpyo hanya duduk di meja makan sambil menemaniku memasak bubur tersebut.
Tanpa dijangka,dia menanyakan soalan yang membuat aku terkedu.
"Aunty boleh tak kahwin dengan appa?"
Aku kaget.Kenapakah dikau menanya soalan kbat ni Dongpyo sayang..
"Hahaha..kenapa Dongpyo tanya macam tu?"
Dia malah mengendahkan pertanyaanku dan hanya tersenyum sambil memerhatikan gerak-geri aku.
Aiseyh..seram amat ini budak cute.Tak lama kemudian, bunyi hon bertubi-tubi.Pasti Youngmin oppa sudah datang.
"Oppa!"kelihatan oppa menunggu di luar pagar.Dia memakai skuter pink lama milikku.
Sebenarnya skuter itu ialah pemberian ibu masa aku sekolah tinggi dulu sebab aku dapat jadi tokoh pelajar. Sejak masuk Universiti,skuter itu tidak digunakan lagi dan terbengkalai.
"Comelnya oppa naik skuter warna pink ni!"
"Hehe..comel eh? Nah baju! Tahu tak omma risau gila pagi tadi tengok kau tak de dalam bilik! Habis pintu bilik oppa dia ketuk suruh cari kau.Asal tak call awal hah?"
"Bangun lambat la.."
"Kau..tidur dengan boss kau ke?"
"Ish oppa ni fikir apa? Mana ada pulak!"
"Ehe..mana tahu.....an an." dia menyiku tanganku sambil tersenyum penuh makna.
"Ni oppa pergi kerja naik skuter Younghee la ye?"
"Iyala..dah adik oppa sibuk sebab anak dia demam kan..terpaksa la uncle dia berkorban sikit." muka sedih ditayangkan seolah-olah dia sudah melakukan pengorbanan besar.
"Tapi tak pe la..comel apa oppa."
"Dongpyo mana?"
"Ada kat dalam."
"Nah bagi dia ni." oppa menghulurkan sebungkus biskut.
"Apa ni?" Biskut Tiger? Tak silap aku biskut ni diimport dari Malaysia kan?
"Biar Dongpyo kuat! Aumm.."
"Ha..yela.."
Oppa mula memulas minyak dengan laju.Namun belum sempat aku masuk rumah,aku diganggu lagi dengan bunyi hon bertubi-tubi.Ternyata oppa patah balik.Mungkin dia ingin berkata sesuatu.
"Younghee!! Omma pesan suruh mintak cuti esok!! Ada hal penting!!!" jeritnya.
Aku hanya menunjukkan isyarat ok sahaja.Comel sungguh oppa harini.
🌻🌻🌻
Aku melangkah ke ruang dapur.Dongpyo sedang menunggu kedatanganku.Biskut Tiger pemberian oppa tadi aku hulurkan ke Dongpyo.
"Nah..uncle kasik ,dia suruh Dongpyo kuat! Jangan sakit lagi tau!"
"Waaa..baiknya uncle..dah la handsome!"
Ewah..ni kalau oppa dengar ni..habis lembik dia macam sotong.
Kemudian aku menghidangkan kepada Dongpyo bubur daging special.Perlahan bubur itu aku tiup untuk hilangkan panas dan menyuapnya.Dia kekal memandangku sambil tersenyum seperti tadi.
Pelik sungguh ya.
YOU ARE READING
𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰
FanficTugas aku hanya jaga anak kepada seorang duda...tapi aku terjaga sekali appa dia...kehambaran apakah ini?