BAB 5

354 9 0
                                    

SAIFUL membelok keretanya masuk ke dalam kawasan parkir sebuah restoran. Penuh dengan kereta. Saiful sudah jangka, kerana restoran ini merupakan antara restoran yang terkenal di bandar ini. Ramai orang yang akan datang berkunjung.

Selesai memarkir keretanya, Saiful melangkah turun. Saat kakinya menjejak tanah kawasan restoran itu, aura seram sejuk menyelubungi diri Saiful. Bulu roma ditangannya berdiri dan merinding dengan sendirinya.

Saiful terkejut. Terus dia memandang sekeliling. Selalunya, perasaan yang hadir itu kerana adanya 'makhluk-makhluk' yang tidak diundang. Saiful berjaga-jaga.

"Bismillahillazi la yadhurru maa'smihi syaiun fila'rd wala fissamai wahuwassamiu'la'lim."

Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apa pun dengan nama-Nya sama ada di bumi mahupun di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa pelindung diri itu terbit dari mulut Saiful. Memohon perlindungan daripada Allah yang Maha Kuasa daripada sebarang kejahatan yang tidak ternampak.

Selepas membaca doa itu, Saiful memandang sekeliling kawasan restoran. Kawasan parkir penuh dengan kereta namun tiada apa yang nampak mencurigakan. Saiful mengalih pandangan ke arah pintu masuk restoran pula.

"Astaghfirullah al-azim," ucap Saiful.

Seakan tidak percaya, Saiful berulang kali melihat ke arah pintu restoran yang dipenuhi orang ramai itu. Pancaindera Saiful tidak menipu. Saiful nampak dan rasa. Terus dia mengeluarkan telefon bimbit daripada kocek seluarnya.

Khalis, ada mana?

WhatsApp dihantar kepada Khalis. Ding! Mesej itu berbalas.

Ada dalam kedai ni. Datanglah, aku dah tempah meja.

Jom makan tempat lain.

Lah, kenapa pulak? Aku dah tempah makanan ni.

Saiful tidak membalas. Rasa bersalah menguliti diri. Dia melangkah masuk juga ke dalam restoran Siam itu. Sambil itu matanya lincah memandang keliling. Buat beberapa kali lafaz istighfar terbit dari mulutnya.

Dalam kesesakan kedai yang dipenuhi orang itu, Saiful ternampak Khalis yang sedang melambai ke arahnya dari satu sudut restoran. Agak tersembunyi sedikit. Kurang pelanggan di situ. Saiful melangkah cepat.

"Assalamualaikum," sapa Saiful sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Waalaikumussalam. Kau okey tak Saif? Kenapa kau ajak aku pergi tempat lain?" soal Khalis tanpa menanti Saiful panas punggung.

Dia hairan kenapa Saiful mengajaknya untuk pergi ke tempat lain. Setahunya Saiful bukanlah seorang kawan yang jenis memilih makanan. Selagi halal, semua dia makan.

Saiful ternampak sepinggan sate yang telah ditempah di atas meja mereka. Dia rasa bersalah kepada Khalis.

"Tak ada apalah. Saja aku ajak kau pergi tempat lain. Kau asyik makan dekat sini je kan," kata Saiful beralasan.

"Eh, aku memang la selalu makan sini. Engkau tu yang kali pertama. Kenapa baru datang tapi tak nak cuba makan masakan sini? Sedap tau," balas Khalis.

Saiful terperangkap. Dia tidak mahu menyusahkan Khalis. Tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak mahu menipu sahabatnya itu. Sudahnya dia hanya terdiam.

Khalis bijak membaca perlakuan sahabatnya itu.

"Kau ingat aku baru kenal kau sehari dua ke Saif? Baik kau bagitahu aku apa yang kau nampak," soal Khalis serius.

Dia sudah lama kenal Saiful dan dia tahu akan kelebihan lelaki itu. Semenjak dari sekolah, dialah satu-satunya sahabat yang mahu percaya tentang segala cerita alam ghaib Saiful. Rasa percayanya itu hadir setelah dia sendiri membaca diari hitam Saiful.

PRANKWhere stories live. Discover now