🌲059_

48 12 0
                                    

Leher memanjang memandang ke dalam masjid. Tidak pula lenguh kakinya berdiri di situ setelah sekian lama.

"Bang, ini bahagian muslimat. Dari tadi abang ada di sini. Tunggu siapa?"

Ditegur entah dari mana, Zaim berpaling ke sekitar namun tiada siapa di sekelilingnya.

"Bang, kat sini."

Hujung kot yang dipakai ditarik ke bawah. Zaim langsung melirik ke arah yang sama. Seorang budak lelaki kecil mengelipkan matanya beberapa kali saat mata mereka saling bertatapan. Kening Zaim menjongket tinggi.

"Cari siapa?" Anak kecil itu bertanya lagi.

Baru sahaja dia hendak menjawab, bunyi sepasang kaki mendekat mengalih perhatian Zaim.

"Maaf, lambat. Jom kita gerak."

"Oh, tunggu makwe, ya?" ujar si kecil dengan nada selamba.

"Huh?" Clara dan Zaim menyoal serentak.

Mata Clara naik memandang Zaim meminta penjelasan.

"Tak ada apa." Tangan menyeluk saku memancing not 10 sebelum dihulurkan kepada budak lelaki itu. "Adik pergi balik makan coklat, ya."

"Okey, terima kasih. Baiknya abang ini."

Sebaik saja kepingan merah bertukar tangan, si kecil itu terkedek-kedek berlari meninggalkan Zaim dan Clara.

"Aisy?"

Mendengarkan nama itu, Clara langsung membisu. Tali beg sandang digenggamnya erat. Rahang diketap menahan riak wajah.

Sebaik melangkah keluar masjid dia sudah bertekad tidak mahu mengongoi meratapi arwah. Mahu dia segera tamatkan pendakian ke puncak misi.

"Boleh kita pergi sekarang? Kalau Dato' Bandar tanya tentang Aisy, biar aku jawab. Kau diam saja," ujar Clara apabila Zaim memilih untuk menyepi.

Lelaki itu menunduk hormat seraya mengepalai perjalanan menuju ke kereta.

* * *

"Kau orang nak ke mana?" soal Syifa' tatkala melihat Ilham dan Hanis yang baru saja tiba sudah kembali bergegas hendak beredar.

"Ke unit utama The HRights." Hanis memberhentikan langkah di muka pintu.

Kejadian yang bermula daripada banglo mewah Zaihan sehingga mengekori lelaki itu ke sebuah villa dilaporkan oleh Hanis dan Ilham tanpa tertinggal poin penting kepada Lewis.

Dan ketika mereka merangka perancangan untuk menyelamatkan Clara dan Aisy, dia menerima panggilan yang ditunggu-tunggu sedari petang tadi.

"Kenapa? Pihak berkuasa yang akan uruskan hal di sana. Kau pergi pun kau boleh buat apa?" Syifa' menyoal sinis.

Hanis langsung menjeling gadis itu. "Bukan urusan awak untuk ambil tahu."

Dia kemudiannya berpaling dan dengan pantas menapak keluar.

"Dah kenapa pula nak sentap itu? Tanya saja." Syifa' mencebik bibir.

"Tanya tak kena pada masanya memanglah. Sudahlah soal macam nak ajak gaduh. Muka minta penyapu."

S.A.L.A.H.Where stories live. Discover now