Part 1

17 2 0
                                    



"Erina"

Aku mendongak ke atas sekilas kemudian aku menarik senyuman kecil.

"Duduklah. Kita boleh start sekarang kan?"

Cermin mata yang senget diperbetulkan. Kemudian pen dicapai dan aku serta rakanku mula fokus sepenuhnya dalam discussion kerja berkumpulan yang akan dihantar lagi dua hari. Ini assigment yang last before final exam menjelang. Last juga dalam hidup aku. Sebab aku dah di last sem. Alhamdulillah.

"Okay. We're done!"

Aku menghembus nafas lega. Masing-masing menarik nafas lega dengan muka kepenatan. Dah beres pun kerja. Tinggal nak compile dan  selesaikan benda remeh-temeh je lagi. Lepas tu barulah aku boleh enjoy kejap. Fuh!

"Aku gerak dulu. Apa-apa roger."

Aku minta diri dan keluar dari bilik perbincangan. Langkah laju di atur menuju ke arah kolej. Aku ingat katil dan bantal je ni. I need to rest. Dua malam aku cuma tidur selama dua jam. Assignment punya pasal waktu rehat pun melayang. Sekarang aku rasa tidak berpijak di bumi yang nyata. Sampai sahaja di bilik, perkara pertama yang aku buat ialah baring selepas bersihkan diri. Mujur aku tengah bendera jepun. Aku sempat tengok whatsapp sekilas. Tapi tak jadi nak turn off bila dapat pesanan ringkas dari someone.

Assalamualaikum. Erina. Aku nak jemput kau kenduri aku hujung minggu ni. Jangan lupa datang tau.

Aku tersentak kecil. Yusma kan? Wah! Dia nak kahwin dah. Mesti dengan lelaki yang aku pernah crush dulu. Haha.

Tahniah Yusma. InshaAllah. Aku tak janji sebab aku still kat kolej.

No problem and thank you.

Dengan orang yang sama ke?

Tak. Dengan orang lain. Anggap la kami tiada jodoh.

Aku terdiam. Tak sangka sebenarnya. Couple lama gila tapi akhirnya tidak bersatu. Itu orang kata yang couple lama tu belum tentu ada jodoh. Kadang orang yang tidak disangka tu la jodoh kita. Allah maha mengetahui. Kita mampu merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang dan mengetahui segalanya.

Tak lama selepas itu, aku buka pula sosial media Instagram aku. Tiada yang menarik. Okay boleh sambung tidur dulu. Tapi sebelum tu sempat jugalah aku stalk Instagram milik Yusma. Dia dah update gambar  dia dekat dekat butik pengantin dengan someone yang aku tak kenal pasti wajahnya sebab ditutup. Lepas tu, aku stalk Instagram milik ex dia. Hariz namanya. Wow! motivator rupanya. Ok dah.

"Tidur jela Erina. Banyak benda lagi yang kau boleh buat. Sekarang minda dan fizikal kau dah cukup letih untuk ambil tahu hal tak penting macm tu. Tidurlah!"

You Are My LifeWhere stories live. Discover now