Part 3

14 2 0
                                    

" Bang. Teh ais satu. Meja nombor 1 erk?"

Selepas membuat pesanan, aku terus ambil tempat. Buku tebal yang ada dekat tangan aku diletakkan di atas meja. Phone dalam beg dicapai dan call nombor classmate aku.

" Hello. Weh. Aku kat kafe."

" Ha okay. Nanti aku datang."

Selepas tamatkan panggilan, aku kembali termenung sementara tunggu pesanan datang. Teringat kejadian dua hari lepas dekat rumah Yusma. Kejadian di mana aku nampak Hariz dari jauh tengah makan dengan kawan dia. Aku pula masa tu dah dekat tepi kereta.

Dia masih tak berubah. Tapi dia makin handsome and matang. Aku tersenyum kecil. Apa agaknya yang terjadi dekat korang berdua sampai boleh putus. Saya harap awak bahagia Hariz.

" Kau nak apa? Aku tolong pesan."

" Apa-apa je la. Aku tak tahu apa yang sedap dekat sini."

Aku tersentak saat terdengar suara garau itu. Teragak-agak aku nak kalih belakang. Tapi suara tu macam aku kenal.

" Okay. Kejap."

Aku pandang sekeliling kemudian buat-buat pandang ke belakang. Bila ternampak insan itu duduk selang semeja dengan meja aku, terus aku kembali pandang ke depan. Aku terteguk air liur. Hariz! Apa dia buat dekat sini?

Yusma cakap dia dah kerja sekarang. Habis tu buat apa dia dekat UITM ni? takkan sambung study kot. mengarutlah.

Cepat-cepat aku message classmate aku selepas habiskan minuman.

Aku gerak dulu. Sakit perut. Jumpa dekat bilik nanti.

Terus aku bangun dan ambil buku untuk keluar dari kafe ni. Jalan dah separuh dah. Nak sampai pintu keluar dah. Tapi bahu aku ditepuk someone. Mati terus langkah aku. Perlahan-lahan aku toleh ke belakang.

Zapp! Dia!

" Ini awak punya. Tercicir tadi."

Aku tunduk pandang kertas yang ada dekat tangan dia. Cepat-cepat aku ambil dan berikan senyuman plastik.

" Thanks."

" Eh jap!"

Apa lagi?! Aku tengok dia dengan serba salah. Janganlah dia kenal aku yang bercermin mata ni!

" Awak...."

"Erina!"

Aku gigit bibir. Ya Allah Syah! Kenapa kau pergi jerit nama aku!

" Maaf. Saya gerak dulu."

Apa lagi. Larilah aku dari insan bernama Hariz tu. Aku tau dia cuba recall nama aku. Tapi sebabkan Syah tu lagilah dia dapat ingat. Hampeh la Syah!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You Are My LifeWhere stories live. Discover now