Prolog

49 8 2
                                    

_____________________________________

_____________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A C C H A N

©owliessan_ 2018

Repub + edited

____________________________________

Buku nota yang aku pegang ditangan ditatap kosong. Pen yang dimainkan dijari sejak tadi akhirnya diletakkan jua.

Keluhan demi keluhan dilepaskan dari bibirku. Namun masih tiada penyelesaian atas segala keresahan yang difikirkan.

"Krakk krakk"

Bunyi daun pintu mengejutkan aku.

"Siapa tu??"

Pen yang aku letak tadi segera dicapai. Siap sedia dengan sebarang ancaman. Sebab kenapa aku berkelakuan demikian kerana ada khabar angin mengatakan ada seorang lelaki selalu pecah masuk dorm aspuri.

Dari jauh, aku ternampak satu figura yang agak kecil daripada sangkaan aku. Kakinya berjalan perlahan ke arah aku, berbekalkan satu senyuman hangat.

"Acchan datang, mama~"

Suara comel itu bergema di daun telingaku, hatta jarak antara kami sejauh 2 katil bertingkat. Lantas pen yang aku cuba lempar tadi terus diletakkan kembali.

Kehadiran seorang anak kecil membuatku bingung. Entah dari mana datangnya. Sedangkan hari sudah larut malam.

____________________________________

"Kenapa mama selalu sedih? Acchan kan ada?"

Air mataku yang tumpah disapu. Aku tersenyum ke arah anak kecil yang polos itu. Pipinya yang gebu dicuit aku. Dielusnya dengan penuh kasih sayang.

Segala tingkahnya, entah kenapa. Melihatnya sahaja membuatku lega. Seolah-olah dia adalah penawar untuk segala masalahku.

"Dunia ini tak selalunya indah sayang."

Tubuh kecil itu tidak menjawab. Sebaliknya memberikan satu kecupan kecil di pipiku. Tengkukku diraih, satu pelukan diberikan. Membiarkan dirinya tenggelam di sebalik pelukannya sendiri.

Namun begitu, aku tidak membencinya. Pelukan itu terasa hangat. Seolah-olah aku tak pernah bermimpi.

___________________________________

"Siapa kau ni sebenarnya?"

Wajah anak kecil itu tiba-tiba berubah apabila aku meninggikan nada suaraku. Terkejut mungkin.

Tangan kecilnya memegang erat tangan kasarku. Bibir kecilnya mengukirnya senyuman yang menunjukkan baris giginya.

"Acchan... anak mama... Selamanya anak mama."

Sekali lagi, dia mengatakan ayat yang sama.

"Tapi.. Aku bukan mama kau! Aku tak pernah lahirkan mana-mana bayi. Aku tak pernah pun bersama dengan mana-mana lelaki! TAK!! KAU BUKAN ANAK AKU!!"

Tubuh kecil itu aku tolak menjauh. Mengendahkan teriakan tangisan yang mula membingitkan deria pendengaran aku.

Aku sangkakan, dia akan terus menghilang. Seperti mana orang lain yang berada di sisiku.

Ternyata dia masih setia menungguku di tempat sama, dengan riak wajah yang sedih terhadapku. Seolah-olah dia tidak pernah berganjak dari situ.

____________________________________

Kemunculan kanak-kanak yang tak dikenali mula merubah hidup aku.

Sejak tu, hidup aku tak sama seperti dulu.

Hari demi hari, aku dapat rasakan tubuhku semakin lemah. Malah emosiku juga sering tak terkawal.

Hampir setiap hari, aku akan menangis. Tanpa aku sendiri tahu punca sebenarnya.

Apa yang aku rasakan, hanyalah keperitan. Yang mana aku tak mampu gambarkan dengam kata-kata.

____________________________________

"Tak — Semua ni.... Bukan salah aku.. Bukan.."

Lututku dirangkul kemas ke bibirku sendiri, menahannya daripada terus menggigil. Ketukan yang berterusan di daun pintu bilikku tidak diendahkan. Aku tahu itu 'dia'.

Aku dapat merasakan tubuh badanku mengigil lebih kuat sebaik sahaja aku mendengar suatu suara, yang mana menghantui diri aku sendiri.

"Mamaaa...."

Suara lirih bercampur tangisan itu bergema masuk ke dalam daun telingaku, memaksaku menutup kedua-dua belah telingaku dengan tanganku sendiri.

Namun begitu, suara itu masih berterusan merintih. Seolah-olah anak ayam kehilangan ibunya. Tercari-cari ke mana pergi.

____________________________________

Repub balik, sebab rindu. :)

Acchan "Sayang Mama"Where stories live. Discover now