Chap 26

78 3 0
                                    

"Aku tak mampu."

Air mata Syakinah akhirnya turun setelah bergenang lama di tubir matanya. Kepalanya menunduk menatap lama selimut putih hospital itu dengan air mata yang masih gugur. Tangan kecil Hanis digenggam.

"Naim penghidap kanser, a-- aku tak tahu nak buat apa."

Disebabkan lehernya, ayat Syakinah agak tersangkut. Yasmen dan Hanis tersentak dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Syakinah. Penghidap kanser?! Itu bukan perkara yang kita boleh buat main.

"Bawak bertenang Kinah. Ini ujian kau. Allah tak akan uji diluar kemampuan seseorang hambanya. Allah tahu kau mampu jalani ujian nih and kau kena yakin yang kau mampu. Janganlah macam nih."

Air mata Hanis hampir sahaja ingin gugur. Tubuh Syakinah ditarik mendekatinya lalu dipeluk erat. Sememangnya dia perlu ada disisi sahabatnya sekarang. Yasmen hanya memandang agenda itu sambil mengusap air matanya sendiri.

"Kau dah bagitahu siapa tentang nih?"

Soal Yasmen setelah melihat keadaan Syakinah sedikit sebanyak bertambah baik. Syakinah tidak tahu bagaimana dia harus menjawap soalan itu kerana ade segelintir orang sudahpun tahu tentang Naim.

Tetapi dia berani bersumpah bahawa setiap detik dan masa yang berlalu dalam perkahwinannya, dia tidak pernah mengetahui apa, siapa, dimana dan bagaimana penyakit itu wujud didalam tubuh suaminya.

"Aku tapi mak aku dan Ad tahu jugak."

"Wait, macam mana mak kau dengan Ad tahu?"

Soalan Hanis itu membuatkan Syakinah mendiamkan diri. Melihat daripada perbuatan Syakinah, mereka berdua sudah boleh membaca jawapan kepada soalan tadi.

"Jangan fikir bukan-bukan. Maybe Naim tak bagitahu kau ada sebab."

Ujar Yasmen lalu mengusap lembut kepala Syakinah yang berlapikkan tudung itu. Syakinah hanya mampu mengangguk. Tekaknya yang masih sakit membataskan untuk dirinya bercakap. Hendak bercakap satu ayat penuh pun cukup menyeksakan.

"Aku nak call yang lain jap. Jangan hentikan aku eh! Semua perlu tahu keadaan kau."

Syakinah hanya mampu mendiamkan diri. Sememangnya dia tidak boleh menghentikan Hanis daripada membuat apa sahaja yang dia inginkan.

Yasmen terus duduk diatas kerusi biru yang sudah disediakan oleh pihak hospital. Kerusi itu terletak disebelah kiri katil Syakinah membuatkan Syakinah menoleh kearahnya.

"Siapa cekik kau?"

Soalan itu membuatkan Syakinah menunduk sekali lagi. Yasmen mengeluh berat sebelum mencubit lengan Syakinah. Syakinah mengaduh sakit.

"Tak payah tunduk. Kalau kau rasa dah tiba masa untuk kau bagitahu semuanya, kiteorang semua ada. Always with you."

Syakinah hanya mampu menganggukkan kepalanya. Yasmen membalas dengan senyuman manis sebelum matanya menangkap sesuatu dibawah bantal hospital. Dia hanya mampu memandang Syakinah.

"Kinah cuba kau intai si Hanis tuh call member ke pakwe."

Kata Yasmen cuba mengalihkan pandangan Syakinah daripadanya. Syakinah yang menganggapnya sebagai guraun menjenguk sedikit rakannya itu.

Yasmen segera menarik kertas putih tadi lalu dijatuhkan ke lantai lalu disepak sedikit supaya masuk ke bawak katil Syakinah. Syakinah mengalihkan pandangan kearah Yasmen semula.

"Dia call-- uhuk! Uhuk!"

"Tak payah bercakaplah sayang. Aku tahu dia tengah call Isya."

Syakinah hanya mengangguk lemah sebelum membaringkan dirinya. Yasmen terus menyelimutkan Syakinah. Syakinah hanya mampu tertawa kecil. Dia dilayan seperti kanak-kanak yang sakit teruk.

"Kiteorang keluar dulu tau! Masa melawat dah habis. Bye! Assalamualaikum!"

Laju Hanis berkata setelah seorang wanita tua menegurnya supaya keluar segera. Yasmen menggelabah tidak tahu bagaimana mahu mengambil semula kertas yang diambil tadi.

Sedang Hanis menarik tangannya, iphone 7 milik Hanis yang masih didalam genggamnya ditolak oleh Yasmen supaya jatuh ke lantai. Fhone tadi disepak perlahan menuju kebawah katil.

"What the-- ? Apa kau-- "

"Sorry! Biar aku ambik balik."

Yasmen terus duduk mencangkung lalu mengambil fhone Hanis dan mengambil kertas putih itu. Kertas putih itu agak kecil tetapi tebal membuatkan Yasmen boleh menggengam kertas itu.

"Kalau pecah, memang aku bunuh kau. Sumpah aku kata."

Ujar Hanis geram lalu melepaskan tangannya daripada memegang tangan Yasmen. Yasmen melambai kearah Syakinah.

"Misi berjaya."

Ujar Yasmen perlahan tapi masih dapat ditangkap oleh Hanis. Hanis terus memusingkan tubuhnya menghadap Yasmen membuatkan Yasmen terkejut.

"Kalau nak pusing, bagitahulah babun!"

"Meh kertas tuh."

Tersentak Yasmen dengan kata-kata Hanis. Kertas itu masih digenggam.

"Aku tahu kau sengaja nak jatuhkan fhone aku."

Akhirnya Yasmen mengaku kalah lalu menghulurkan kertas itu kepada Yasmen. Hanis mengambilnya lalu dibuka.

"Apa benda tuh?"

Soal Yasmen setelah Hanis berjaya membukanya. Wajah Hanis yang berubah 360° itu membuatkan Yasmen tertanya-tanya. Dia terus merampas kertas itu.

"What the? Perempuan tuh memang tak serik-serik lagi ke?!"

Yasmen terus berjalan menuju ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan nombor bilik yang kini diduduki oleh Naim.

"Aku akan patahkan tulang kau harinihhhhhh"




Yow! Haiii! Dah lama author tak update kannnn? Iyakannnn? Sorryyyyyy! Author akan cuba habiskan sebelum menjelang 2020! Author tak janji ehhh. Cakap je dulu. Hehehe. Byeee! Thanks untuk sesiapa yang masih membaca.

[OG]Isteri Kiriman Tuhan+kthWhere stories live. Discover now