Chap 25

77 3 1
                                    

"Serious ah?! Kenapa kita tak tahu eh? Lambat betul kita nih."

Ujar Hanis setelah mendengar penjelasan dari Ad iaitu sepupu kepada Naim. Siapa tak kenal? Betina yang suke-suke terjah bilik orang. Inilah orangnya.

"Korang tak rasa ke yang Syakinah tuh pentingkan diri sendiri? Perkara penting macam nih pun dia tak bagitahu korang."

Berdesing telinga Yasmen setelah mendengar tuduhan tak semenggah daripada mulut si gadis yang masih berdiri dihadapan wad, tempat dimana Syakinah dirawat.

"Actually, dia bukan pentingkan diri tapi dia terlampau sayangkan orang lain sampai sanggup korbankan diri sendiri. Hadam balik ayat aku."

Ujar Yasmen lalu berjalan duduk dikerusi yang sudah disediakan. Matanya menatap lantai putih yang berkilat itu sebelum Hanis pula melabuhkan dirinya disebelah Yasmen.

"Kita dah kenal dia lama tapi kita still tak boleh terima perangai dia yang satu nih. Maybe dengan cara nih, dia fikir semua benda dapat diselesaikan."

Yasmen hanya mampu mengangguk dengan kenyataan yang diluahkan oleh Hanis. Sememangnya benar apa yang dikatakan oleh Hanis. Sikap Syakinah yang tidak habis-habis memikirkan orang lain.

"Sebabtuh lah nombor dia pun aku hampir tak save sebab dia jarang call aku. Chat aku? Lagilah tak!"

Tertawa Hanis dengan lawak Yasmen. Tawa Hanis terus mati apabila Ad melabuhkan dirinya disebelah Hanis lalu melentukkan sedikit kepalanya dibahu Hanis.

"Aku still tak maafkan kau pasal dekat Korea tuh eh! Jangan nak berangan untuk dekat mahupun rapat dengan aku."

Hanis terus menolak Ad jauh daripada dirinya. Seboleh-bolehnya mahu sahaja dia menendang gadis itu masuk kedalam tandas.

"Benda dah lepas!"

"So? Go and die!"

Hanis terus berdiri kembali dari kedudukannya sambil menarik tangan Yasmen supaya berdiri bersamanya. Jelingan tajam dihadiahkan buat Ad sebelum dia ingin membalas kata-kata Hanis.

"Okey! Kau menang!"

Ad mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai tanda mengaku kalah. Ad terus menyilangkan kakinya. Iphone miliknya itu dikeluarkan lalu ditatap lama.

"Aku rasa nak hempuk je kinah guna batang kayu lepastu baling dia dekat dalam longkang. Biar dia kena gigit dengan berudu."

Bebel Yasmen seorang diri sebelum mendapat feedback dari Hanis. Tawa Hanis meletus. Macam tak logik. Baling dalam longkang pastu kena gigit pulak dengan berudu.

"Asal kau ketawa dho? Lawak sangat ke? Betullah. Kalau dia kena gigit nanti bolehlah dia masu-- "

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian mereka bertiga. Seorang gadis bertudung dengan baju putih yang sering dipakai oleh setiap doktor di Malaysia ini menjadi tumpuan anak mata mereka bertiga.

"Macam mana kawan saya? Dia okey? Hidup ke tak?"

Soal Yasmen membuatkan tangan Hanis laju memukul kepala Yasmen dengan tangan kanannya. Yasmen mengadu sakit. Doktor itu tersenyum kecil sebelum membuka mulut.

"Dia okey tapi dia alami sedikit kejutan and sedikit sebanyak merangsang trakeanya. Dia kena cekik ke apa?"

Masing-masing terdiam. Syakinah kena cekik? Siapa pulak dah yang mencekik Syakinah.

"Entah. Kenapa doktor?"

"Ada sedikit kesan bengkak pada lehernya dan kotak suaranya terganggu. So dia kena kurang bercakap."

Mereka mengangguk lalu doktor itu berlalu pergi. Satu bisikan kecil dari mulut Yasmen menyinggah gegendang telinga Hanis.

"Dia memang jarang bercakap. Tak sampai satu jam, elok terus tekak dia. Sebab apa? Sebab dia seorang manusia yang susah nak bercakap."

Bahu Yasmen terus dipukul kuat oleh Hanis.

"Kenapa kau jadi tak berapa bijak dalam chapter nih? Aku dari tadi tampar kau je."

Bebel Hanis kepasa Yasmen yang masih mengusap lengannya yang baru ditampar tadi. Bahunya diangkat sedikit sebagai jawapan kepada soalan Hanis.

"Wait, mana betina babun tuh?"

Soal Hanis setelah merasakan bahawa ada sesuatu hilang dari pandangan matanya.

"En-- Tak akan dia dah masuk?!"

Segera mereka berdua memasuki wad tempat Syakinah berada. Menggelabah mereka berdua sehinggakan satu bunyi terhasil membuatkan para pesakit disitu turut tersentak.

"??"




Assalamualaikum!! Uiiii! Dah lama Author tak update! Apa khabar semuanya! Ok dah tuh je. Thanka untuk siapa yang masih membaca! I love you very much!! HAHAHA..

[OG]Isteri Kiriman Tuhan+kthWhere stories live. Discover now