Chap 22

74 3 5
                                    

"Weh, bangunlah. Sumpah tak lawak."

Air matanya mengalir laju. Katil hospital itu ditolak laju kearah bilik kecemasan yang mana merupakan antara tempat paling sibuk dalam sebuah hospital tidak kira swasta mahupun kerajaan.

"Tunggu dekat sini ye puan. Kami akan usaha yang sebaik boleh untuk selamatkan suami puan."

Syakinah jatuh terduduk. Bibirnya hanya mampu mengungkapkan doa-doa dan zikir ringkas untuk menenangkan hatinya yang kini tidak tentu arah. Air matanya tidak dapat ditahan dan hanya terus turun seperti air terjun.

Dia perlahan-lahan bangun dari duduk tersimpuh dilantai lalu duduk diatas kerusi terletak rapi di sepanjang lorong didalam hospital. Tiada kekuatan untuk dirinya menelefhone sesiapa pada ketika itu. Hampir 6 jam Naim berada didalam.

Syakinah pula berada didalam surau yang terletak agak jauh dari bilik kecemasan. Masanya dipenuhi dengan solat-solat sunat. Air matanya juga hampir kering kerana tidak putus-putus mengalir.

"Anjing!! Eommaaaaaaaa!!!"

Gadis kecil itu berlari pantas setelah menjadi sasaran seekor anjing yang tidaklah sebesar mana, sedang-sedang sahaja. Air matanya mengalir akibat takut yang amat.

"Wae?! Eommaaaaa!!"

Gadis itu terjatuh akibat batu kecil yang dilanggar olehnya tanpa sengaja. Dia merintih sakit. Anjing yang mengejarnya tadi hilang dari pandangan mata. Air matanya semakin laju akibat dari kesan luka yang terdapat pada lututnya.

"Erm, okey? You okey?"

Gadis itu mengangkat wajahnya setelah disoal oleh seseorang. Budak lelaki itu seakan-akan malu bila menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan di bandar Seoul itu.

"Nae? No! It is hurt you know! It is auch auch!"

Gadis kecil itu pula membalas dengan menyebut satu persatu perkataan agar jelas. Jika dapat dilihat, pastinya ramai yang akan tertawa dengan gelagat mereka berdua. Budak lelaki itu mengangguk lalu menghulurkan tangannya kepada gadis itu.

"I-- i put you on the this!"

Ujar budak lelaki itu sambil sebelah tangannya menunjuk kearah kerusi panjang yang terletak hampir dengan mereka. Gadis itu hanya buat-buat faham lalu menyambut huluran budak lelaki itu.

Gadis itu dipipih ke kerusi yang panjang itu. Luka gadis itu semakin kering membuatkan tiada lagi tangisan yang keluar. Budak lelaki itu mengambil tempat di sebelah gadis itu.

"You cakap malay? Ehh, apa aku cakap nih?"

Budak lelaki itu menampar bibirnya akibat soalan yang terlanjur keluar dari mulutnya. Mata gadis itu membulat akibat terkejut.

"Awak orang melayu ke? Kenapa tak cakap awal-awal?!"

Seloroh gadis itu bertanya membuatkan budak lelaki itu mengangguk. Bermula dari situ kedua-dua anak melayu ini berkenalan di bandar Seoul.

"Nama awak apa eh?"

Soalan itu membuatkan budak lelaki itu memegang dagunya seakan-akan sudah lupa akan namanya sendiri. Gadis itu hanya menunggu-nunggu jawapan yang akan keluar dari mulutkan rakan barunya itu.

"Syazwan. Nama saya Syazwan. Awak?"

"Saya? Saya Insyirah. Selamat berkenalan!!"

"Puan? Puan?"

Seorang nurse datang mengejut Syakinah yang diulik mimpi akibat penat. Syakinah memegang kepalanya akibat pening. Apabila keadaan menjadi normal, Syakinah mula sedar akan realiti.

"Puan, doktor nak jumpa puan untuk maklumkan tentang suami puan yang baru dibedah."

Syakinah yang terkejut itu terus menggapai tudungnya lalu memakainya. Kakinya laju melangkah mengikut langkah nurse yang baru sahaja mengejutnya.

"Isteri Tengku kan?"

Soalan itu mendapat anggukan dari Syakinah. Hatinya berdebar-debar ingin mengetahui apa masalah yang sedang dialami oleh suaminya. Tangannya di genggam erat kerana debaran yang terasa.

"Kenapa nih doktor?"

Soalan itu yang keluar apabila Doktor itu hanya mendiamkan diri setelah beberapa minit mendiamkan diri. Syakinah tidak sabar lagi. Mungkin ia agak memedihkan tapi itulah yang dinamakan sebagai hakikat. Hakikat sememangnya pahit untuk diterima mahupun ditelan tetapi manisnya akan tiba kelak.

"Pembedahan terhadap suami Puan adalah berstatus berjaya dan kini dia diletakkan di wad kritikal atau zon merah."

Doktor itu berhenti. Satu helaan lega dilepaskan oleh Syakinah. Asalkan dia mengetahui bahawa suaminya selamat itu sudah memadai.

"Dan.., suami awak menghidap-- "






Sorry untuk update yang agak lambat nih~ thanks untuk readers yang masih membaca cerita merapu nih. Btw, dah nak sampai penghujungnya~~ and untuk jawapan soalan minggu lepas ialahhhhhhh penyakit ALparkinson. HAHAHAHAHA. Serious author terhibur dho.

[OG]Isteri Kiriman Tuhan+kthWhere stories live. Discover now