Semalam ialah birthday author, kawan author ni belanja lah makan Mcd sempena birthday. Nasib baik lah rumah dekat dengan Mcd.Nak minta Tealive, malam malam minum sejuk tak Best.
Ikutkan hati nak Secret recipe.
Bila kawasan dah maju.
Eh eh.
Lari tajuk.
Dia kata awkward lepak dengan perempuan sebab nampak maca kapel.
Heck...
Aku tak hingin weyh.
Mula lah topik pasal frust.
Salman: Kau nak tahu tak, aku dulu frust serius bodoh gila.
Author: Asal? Hampir nak terjun bangunan ke? *mulut penuh makanan*
Salman: Awek aku minta putus, masa tu aku form 4. Alasan dia tak munasabah.
Author: Awak terlalu baik untuk saya?
Author try teka je
Salman: Dia cakap dia jumpa lelaki lagi baik dari aku. Wtf!
Author : Kau masih tak baik untuk dia? Aku keliru.
Salman: Mungkin lah. Lepastu an, pukul 3pagi aku keluar naik basikal. Macam orang mati bini. Kau tahu tak aku langgar apa?
Author: Kereta?
Salman: Aku langgar anjing.
Author: Asal kau langgar anjing tu? Dia tak salah.
Salman: Dia anjing, ex aku tu macam anjing. Aku fikir ex aku anjing. Aku langgar lah.
Author: Maknanya selamani kau kapel dengan anjing.... HAHAHAHA!
Salman: Tapi semenjak aku langgar anjing tu, aku dah tak nampak dia.
Author: Anjing tu benci kau.
Salman: Eh, setiap petang aku bagi dia tulang.
Kesimpulannya, kalau tak ready jangan bercinta. Jangan sakiti hati sesiapa tak kisah lelaki ataupun perempuan.
Kawan author tahap frust dia. Kekdang pergi club.
Eh eh.
Dia tak minum.Just menonton manusia burung hantu. Tengok macam macam ragam di dalam club. Yang penting, polis datang kene lari.
Hahahahaha.
Walaupun dia warna kan rambut, tak semestinya dia jahat. Dont judge someone dari luaran.
Sebab author pernah buat dan menyesal. Luaran baik tapi dalam tak semestinya. Hati manusia.
Maaf terselit luahan hati author.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fakta Lelaki
AcakDi dalam ni ada segala tentang lelaki. Daripada perbualan lelaki sehingga la ke fakta lelaki. Semua ini adalah 100% dari author sendiri. Pak cik google tak ada kene mengena di sini. Semua ini ada yang di ceritakan oleh pihak lelaki sendiri. Akan...