Tersipu sipu

159 9 0
                                    


Hai hai kepada warga wattpad yang masih sudi baca story aku!

Kali ni aku nak cerita sikit tentang seorang abang ni, aku tak tahu umur dia berapa tapi kerana hormat panggil lah abang.

Aku suka abang ni tau tapiiii aku suka tengok dia senyum je senyuman dia cair nokkkk!!

Aku terbagitahu dekat adik yang kerja sekali dengan aku.

Masa tu aku kene buat air sebab ada order. Tapi kerja aku dekat cashier sebenarnya tapi akak yang buat air pergi tandas so aku ganti kan kejap.

Masa tu pula abang tu nak bayar, btw kaunter dengan tempat buat air tu dekat tau, so aku boleh dengar perbualan diaorang .

Adik tu terus cakap macam ni " bang tadi ada orang kirim salam dekat abang."

Weyh masa tu jantung aku bagai nak jatuh, aku risau kantoi. Nasib baik aku pakai mask masa tu, aku cuba tahan ketawa.

Reaksi abang tu apa ?

Apalagi dia sengih sengih pandang kiri kanan macam nak cari sapa yang kirim salam dekat dia. Aku tak nak lah pandang sebab risau kantoi sebab  aku tahan gelak.

Abang tu be like " siapa dik?"

Dalam hati dah jerit, bang saya bang tapi saya malu bang!

Adik tu pun jawab " ada tadi dah balik dah orang nya."

Weyh lepas je siap bayar kan, aku pun terus keluar, alamak dia sengih sampai ke motor.

Entah lah tapi kan bila ada orang cakap ada yang kirim salam mesti sengih kan?

Aku tak tahu lah semua lelaki ke apa tapi abang aku pun sengih bila kene ngorat dengan akak petronas .

Sekian

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fakta LelakiWhere stories live. Discover now