Aku nak cerita sikit lah tentang pengalaman aku dekat sini.
Aku ada main satu app ni sebab saja nak prank orang.
Lepastu, aku ada chat seorang lelaki ni. Baru kenal 5minit dah minta no.
Bila aku bagi alasan tak boleh bagi no dekat stranger , dia be like kenapa?
Wahai encik lelaki yang tidak di kenali, bila dah cakap tak boleh maksudnya memang tak boleh.
Lepastu mula lah cakap begini..
"Awak ni ada pakwe kan? Sebab tu tak nak bagi nanti pakwe tahu."
Weyh! Weyh! Dan weyh!
Nombor telefon bagi aku ialah privasi masing-masing. Kalau orang tak nak bagi, sila lah hormat orang itu. Kalau boleh jangan terus nak hentam.
Aku pun bertabah lah sebab kan aku main app tu sebab aku nak kene update story di sini.
Nasihat aku lah kan, jangan senang-senang bagi nombor telefon dekat orang yang baru kenal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fakta Lelaki
AcakDi dalam ni ada segala tentang lelaki. Daripada perbualan lelaki sehingga la ke fakta lelaki. Semua ini adalah 100% dari author sendiri. Pak cik google tak ada kene mengena di sini. Semua ini ada yang di ceritakan oleh pihak lelaki sendiri. Akan...