Rambut diikat satu . Pantulan dirinya di cermin ditenung dengan penuh rasa bangga . Aina tersenyum sumbing selepas siap ber make up dan berhias .
Ya , Aina . Atau nama penuhnya , Aina Batrisha . Hidungnya yang mancung dan lesung pipit di pipi kirinya menambahkan lagi seri wajahnya .
Nama macam orang yang lemah lembut , kan ? Pft , anda salah sama sekali . Perwatakannya teramatlah kasar dan sosial . Senang cakap , playgirl .
Dilahirkan dalam keluarga yang mewah membuatkan Aina menjadi sombong dan sentiasa membangga banggakan apa yang dia ada .
" Aduhai . Cantiknya awakkk . Anak siapa niii " tangan ditekup ke muka sambil meloncat loncat suka . Mata masih ralit memerhati pantulan diri sendiri di dalam cermin .
" Haih , siapa lah yang bakal jadi suami awak ya ? Mesti bangga dapat isteri macam awak en ? muahh cikeddd " Mata dikelipkan beberapa kali . Tangan ditepuk ii sambil terjerit suka .
" Cik Aina , Tuan dah tunggu di luar . Tuan pesan supaya jangan lambat sangat " kedengaran suara pembantu rumah keluarga Aina iaitu Siti dari luar bilik .
" Ishhhhhh . Kacau ! " mata dijeling ke arah pintu dan beg sandang di tepi pintu dicapai kasar . Pintu dibuka dan dia keluar dari bilik dengan wajah masam . Baru nak perasan sikitt !
Anak tangga dipijak satu persatu hingga ke tingkat pertama rumahnya . Pintu utama yang sedia terbuka dilepasinya dan Aina mencapai kasut sekolahnya . Kasut sekolah dipakai dan dia menyambung langkah ke kereta papanya , Tuan Jaafar .
" Kamu ni sentiasa lambat . Kamu tu anak dara tahu ? Apa la nak jadi ni hah ? " bebel Tuan Jaafar .
" Ish papa ni kenapa ? Bising lah . Sebabkan orang anak dara lah orang lambat . Perempuan ni memang bersiap lambat tau . Sebab kami golongan perempuan ni sentiasa kena cantik haa . Kalau tak cantik , selekeh , nanti papa taknak mengaku anak pulak " Mata dijeling ke atas . Aina menyilangkan tangan ke dada .
Bebelan berbalas bebelan hm .
" Haih , ikut suka kamu lah " Tuan Jaafar menggelengkan kepala tanda penat berdebat dengan anaknya . Malas mahu ambil tahu , kereta dipandu ke sekolah anaknya .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ish Aina niii . Papa dah hantar dari rumah ke sekolah pun kerja membebel lagi . Tak reti bersyukur betul . Jangan ikut perangai dia tau 🤣
Btw vomment timeeeee ❤❤❤❤❤
YOU ARE READING
{ OG } My Childish Husband
Random" aih mana nak cari pokemon nii " ttutt ttutt ttutt ttutt " eh eh sini sini " " nak dekat dahnii " " haa dapat pun kauu . kau sabar jap eaaaa " Dann ... " hiyahhhh !! " " ARGHHHHHHHHHH !!! PENCABULLL " dush ! " aduh aduh maaf maafff ! " UHEHEHE🤣 NA...