゚*☆○o。Part 2 。o○☆*゚

22 0 0
                                    

Keesokan harinya

"Aira kau ok tak? Dari semalam kau asyik bersin semacam je aku tengok" soal Lucy. "Aku ok je... Kenapa aku rasa macam ada orang mengata aku je" jawab Kufaira. "Perasaan awak saja kot" kata Luciana pula. "Maybe" tak pasti dengan jawapannya.

Setelah itu mereka pun berborak  sampai terserempak dengan The Bad Boys. "Woi buta ke!" tengking Clark. "Woah2 kau, sesenang kicap mulut kau panggil kitorang buta, kau yang buta!!" marah Lucy.

Lucy dan Clark bertentang mata dan di antara mata mereka berdua ada panahan kilat manakala Luciana dan Lewis cuba untuk meleraikan pergaduhan antara dua orang ni. "Boleh tak jangan gaduh!?" kata Luciana dan Lewis serentak, mereka saling berpandangan. Lain pula dengan dua ekor tu masih macam tu.

Mimora datang dan dapat meleraikan pertentangan itu sebelum jadi pergaduhan yang amat besar. "Lucy dah la tu, kita masuk kelas je"kata Mimora. "Clark kau pun sama. Jom masuk kelas sebelum cikgu Tyler mengamuk" mendengar kata-kata Mikaela itu, The Bad Boys dan The Dead Warrior tergesa-gesa masuk ke kelas. Siapa tak takut dengan cikgu bernama cikgu Tyler, guru disiplin dan guru subjek sejarah dan matematik.

"Baiklah pelajar-pelajar buka buku teks sejarah muka surat 127" kata cikgu Tyler. Buku sejarah diorang tebal sampai 1000 muka surat tau.(Itu hanya imaginasi author je ʕ•ﻌ•ʔ).

"Siapa mau baca?" tegas cikgu Tyler lalu semua memandang ke tempat lain. "Mikaela! Kamu baca" katanya lagi lalu duduk santai. "Baik sir Tyler!" kata Mikaela lalu dia berdiri, dia saja yang panggil Tyler dengan perkataan "sir".

"Ketika dahulu, Kerajaan Dao(Demon) dan kerajaan Garza membuat perjanjian untuk berdamai Dan tidak berperang dimana-mana kerajaan yang lain. Raja dari kerajaan Dao bernama Devonian Deimon setuju dengan Raja dari kerajaan Garza, Raja Mikellion Devardo Myrlliswyen...." Mikaela berhenti seketika. 'Eh bukankah ini nama atuk kepada ayahanda? ' katanya dalam hati.

"Mikaela suka sambung" kata cikgu Tyler."Yes sir!" kata Mikaela.

".... Para raja dari kerajaan lain turut setuju dengan cadangan itu. Setiap kerajaan berkumpul untuk menanda tangani perjanjian itu. Setelah raja kerajaan Dao mangkat, anak kepada raja Dao iaitu Osiris Deimon tidak setuju dengan keputusan ayahandanya lalu dia memulai peperangan di kerajaan Crystal.." Kufaira mendengar kerajaannya disebut terus angkat kepalanya. "... Kemudian, setiap kerajaan membina para guardian untuk melindungi rakyat. Para guardian itu ada terdiri daripada golongan diraja dan dari rakyat biasa--" kata-kata Mikaela dipotong oleh cikgu Tyler.

"Ok stop sampai disitu! Selepas ni kita buat kuiz". "HAH KUIZ! MAMPOS" Kata satu kelas.

1 jam kemudian, "Susah betulla kuiz tadi. Dahla Mike baca tak habis macam mana nak jawab soal tu" komen Asher.

"Banyak komen kau" kata Derrick. "Sibuk apasal" kata Asher lagi "Ingat korang tu siapa ye, korang anak raja tau" kata Ikhwan yang matanya masih main game. "Kau tu shh! la sikit! Kalau diorang dengar macam mana?! " kata Asher dan Derrick serentak tapi mereka sahaja yang dengar, Ikhwan terus tutup mulutnya."Maaf terlepas" kata Ikhwan. Mikaela dan Lewis menggeleng kepala mereka dengan telatah sahabat mereka. Clark senang lenang tidur.

Waktu persekolahan tamat. "Korang balik rumah dulu aku nak ke istana sekejap" kata Mikaela. Mereka semua kata ok dan Mikaela terus ke istana menggunakan motorsikal kepunyaannya.

Tiba di depan istana Garza, Mikaela menggunakan kuasanya untuk menukar bajunya dan rambutnya sedikit.

Di bilik persinggahan, terdapat seorang lelaki kelihatan kira 30-an itu duduk diatas takhta dan sedang berbincang dengan penasihatnya. Lalu lelaki yang digelar raja itu melihat kelibat anaknya. Mikaela tunduk sedikit bagi hormat kepada raja.

"Selamat kembali anakanda, ada apa hajat anakanda kemari?" soal Raja Reyvllyon. "Anakanda kemari ingin berbual dengan ayahanda" kata Mikaela lalu mereka ke perpustakaan untuk berbincang sesuatu.

"Ayahanda, betul ke yang datuk ayahanda Raja Mikellion ada buat perjanjian dengan Dao?" soal Mikaela. Raja Reyvllyon sedikit terkejut kerana anaknya mengetahui hal itu. "Anakanda mengetahuinya melalui sejarah yang ada?" kata Raja Reyvllyon. "Ayahanda cakap dengan jujur boleh?" pinta Mikaela. Lalu Raja Reyvllyon menceritakan semuanya kepada Mikaela. Selepas mendapat jawapan dari ayahandanya Raja Reyvllyon, dia terus balik ke rumah mereka.

Apabila dia tiba di rumah mereka, rumah itu kelihatan bersepah lalu Mikaela menghukum mereka semua kecuali Asher yang baru sampai dengan barang dapur dibelinya.

"Ni dah kenapa semua duduk berlutut sambil pegang baldi lagi pula tu?" soal Asher yang sedang melihat ke arah mereka. Mereka curi-curi turun baldi bila Mikaela dah masuk."Ni haa diorang ni, aku tengah baca buku aku pula terbawa didenda" kata Lewis. Mikaela keluar dan melihat mereka tidak memegang baldi lagi lalu dia berdiri dibelakang mereka secara senyap Asher pula sporting(betul ke eja ni? Maaf kalau author salah era) la sikit."Baik korang sambung denda korang tu sebelum kena marah" nasihat Asher yang hampir ketawa.

"Malas aa.., sakit tau bahu aku ni" kata Clark. Mikaela bercekak pinggang sudah. "Bye aku pergi masuk dulu" kata Asher sambil ketawa mereka pun pelik. "Ni semua salah korang la ni! Aku tak tahu apa-apa pun terikut didenda. Kalau aku tau macam ni lebih baik aku ikut Ash pergi beli barang dapur je" kata Lewis sambil mengurut bahunya. "Ala main sikit tak leh" kata Clark dengan manjanya. "A'aa aku pun setuju dengan clark"kata Ikhwan.

"Ooo, selepas main tak boleh kemas balik ye" kata Mikaela dari belakang mereka. Mereka pandang kebelakang lalu cepat-cepat angkat baldi yang berisi air. Derrick dari tadi senyap sebab dia tak tahu nak cakap apa. Lebih baik dia diam je .

The Dead warrior,

"Mimora sebenarnya kau ni siapa eh" kata Lucy sedikit curiga. "Akak tak perlu la nak menyebok peribadi orang lain boleh tak" kata Luciana. "Ana akak bukan ape cuma curiga sedikit" kata Lucy.

"emm yelah kan saja" kata Luciana, malas nak layan.

"Aku bukan siapa-siapa" kata Mimora dengan suara tidak kedengaran hanya dia seorang yang dengar.

"Dah-dah la tu, pi dapur makan then tidur esok sekolah" kata Jannycia. "Mak dah marah" usik Kufaira pula. "Eh engkau" balas Jannycia kemudian mereka ketawa kecuali Mimora.

✿*゚¨゚*.:。*✿ TBC ✿*.:。゚¨゚*✿

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 The Secrets Royalty「Slow Updated」Where stories live. Discover now