"Awak ni kenapa? Masuk ni dah dua kali awak terlibat dalam kes ni. Awak nak saya penjarakan awak ke? Nak saya telefon ibu bapa awak?"
"Sorrylah, encik.Saya bukannya apa,dia yang mulakan dulu. Siapa suruh dia bocorkan tayar basikal saya? Memang kenalah." Balas Sai sambil memandang pegawai kacak di hadapannya itu.
"Memanglah, tapi tak wajar awak pukul dia sampai lebam-lebam macam tu. Kes awak ni dah boleh dikira membuli, awak tahu tak?Hari tu pun awak pukul Si Iqbal tu sebab dia cakap dia suka kat awak. Awak rasa wajarkah tindakan awak tu?" Balas pegawai atau inspektor lelaki itu kembali.
"Nak buat macam mana, dah mereka tu yang lemah sangat, bukan salah saya. Si Iqbal tu pula, siapa suruh dia cakap macam tu, dah tahu saya tak suka. Kat hadapan orang ramai pula tu. Malu tau! Geli pula tu."
"Awak ni, apa saya cakap semua awak nak jawab. Tahun ni awak nak SPM tapi perangai macam apa pun saya dah tak tahu nak cakap. Awak tu dah 17 tahun, bukannya 7 tahun. Be an adult!" Tegas inspektor itu. Rasa hilang sabar apabila bercakap dengan budak itu.
"Saya boleh jadi dewasa apabila tiada orang yang kebudak-budakan cari gaduh dengan saya. Tapi, sekarang ni mereka tu yang start dulu. So, takkan saya nak berdiam diri je?"
"Memanglah mereka yang mula dulu, tapi awak tu perempuan. Cubalah bersikap keperempuanan sikit. Lagi satu, sebagai orang Islam, awak mesti tahu yang pegang lelaki bukan mahram hukumnya haram. Awak pergi pukul mereka tu, mesti awak sentuh mereka, kan? Tahu tak HARAM!" Tegas Arfan sekali lagi bagi menjelaskan kepada budak tersebut bahawa perkara yang dilakukannya ialah satu kesalahan di sisi undang-undang dan agama.
"Encik, saya mengaku demi Allah, sikit pun saya tak sentuh mereka. Memang saya pukul mereka, tapi saya tumbuk bahu dan badan. So, ada lapik baju."
Arfan hanya mampu menggelengkan kepala. Sepanjang dia bertugas sebagai seorang pegawai polis, inilah kali pertama terjadi kes remaja perempuan membuli remaja lelaki. Kalau ikut logik, memang tak logik. Masa mula-mula mendapat tahu tentang kes ini, dia sendiri susah nak percaya. Kalau remaja perempuan tu besar dan tinggi, bolehlah juga diterima akal, tapi masalahnya gadis di hadapannya kini hanyalah gadis yang bertubuh kecil. Rendah pula tu!
'Tak padan dengan pendek, ada hati nak membuli.' Bisik hati Arfan.
"Baiklah sekarang ni, saya nak awak minta maaf pada Alfian sekarang juga!"
Saidatul Nafisa hanya menurut perintah yang diberikan. Bahaya kalau dilawan, dibuatnya pegawai polis di hadapannya itu mengamuk, tak pasal-pasal dia dihumban ke lokap.
"Alfian, aku minta maaf. Tapi, kau kena ingat eh, ni last warning dari aku. Jangan cari pasal dengan aku lagi. Faham?!"
Alfian hanya mengangguk mendengar kata-kata Sai. Sejujurnya dia membocorkan tayar basikal Sai hanya disebabkan dia kalah game dengan kawan-kawannya dan mereka telah membuat deal. Sesiapa yang kalah mesti membocorkan tayar basikal Sai. Semua sedia maklum itu adalah deal yang berisiko memandangkan semua tahu Sai orangnya bagaimana tetapi sebagai lelaki, tidak jantanlah jika mereka takut untuk menyambut deal tersebut. Akhirnya, dia yang telah kalah terpaksalah melaksanakan deal yang telah dibuat namun tuah tidak menyebelahinya apabila jenayah yang dilakukan terkantoi betul-betul di hadapan empunya basikal. Tidak tunggu lama, Sai terus mengejar dia yang telah melarikan diri dan malang baginya apabila dia jatuh di tepi padang komuniti kampung yang mana di situ juga dia dibelasah oleh Sai. Pada ketika itu jugalah, Inspektor Arfan dan Inspektor Hazim yang sedang meronda kawasan kampung terserempak dengan mereka yang bergaduh. Akhirnya, kedua-dua mereka terus diangkut ke balai.
"Okay, kamu berdua boleh balik. Ingat, saya tak nak dengar atau nampak muka kamu berdua terlibat dalam kes-kes yang melibatkan balai lagi. Faham?!" Inspektor Arfan mengingatkan.
Sai dan Alfian mengangguk serentak. Masing-masing melangkah keluar dari bilik tersebut. Akan tetapi, belum sempat Sai keluar dari bilik tersebut, satu suara telah menyeru namanya.
"Saidatul Nafisa binti Muhammad Arif." Kedengaran suara Arfan jelas menyebut nama penuh Sai.
Rentetan itu, Sai menoleh ke belakang memandang wajah dua orang pegawai polis di situ. Alfian pula, terus manonong berjalan keluar dari bilik tersebut. Dah tak toleh kiri kanan, depan belakang dah. Straight ke pintu keluar!
"Ya, saya. Kenapa?" Jawab Sai tenang. Maklumlah dah kali kedua masuk balai.
"Kalau tadi awak bagi amaran kepada Alfian , saya juga nak bagi last warning kepada awak. Ingat, saya tak nak tengok muka awak dekat balai ni lagi. Faham?!" Tegas Arfan walaupun kes pertama Sai dia tidak terlibat.
"Oh, okay. Saya pun dah insaf. Saya dah tak nak masuk sini. Kat sini seramlah, bilik-biliknya, muka-muka pegawainya lagi. Maafkan saya kerana telah mengganggu kerja encik. Terimalah maaf saya untuk kali kedua. Oh ya, Inspektor Hazim, maafkan saya sebab dah dua kali encik terpaksa menghadap muka saya. Dan Inspektor Apan, maafkan saya sebab membuatkan encik marah-marah. Apapun, saya nasihatkan encik jangan marah-marah sangat, nanti stress. Stress tu tak bagus untuk manusia terutama orang yang berkerjaya macam encik. Baiklah, sekian sahaja daripada saya, assalamualaikum." Ucap Sai panjang sebelum menunduk sedikit sebagai tanda hormat lalu berjalan keluar.
Arfan dan Hazim hanya menjawab salam itu di dalam hati sambil melihat Sai keluar.
"Hebat budak tu. Siap nasihatkan kau jangan stress lagi. Berani betul dia. Tak padan perempuan." Ujar Hazim selepas sahaja bayangan Sai hilang.
"Entah. Dahla pendek, boleh pula dia buli budak lelaki." Balas Arfan. Hazim pula hanya ketawa mendengar keluhan Arfan.
YOU ARE READING
Gari Hati Awak!
RomanceBagi Sai, perkenalannya dengan seorang pegawai polis yang muncul walaupun tak diundang itu merupakan satu bala dalam hidupnya. Menyusahkan, merunsingkan, memeningkan dan membuatkan dia rasa tidak mustahil suatu hari nanti dia akan dihumban ke dalam...