#3

101 4 0
                                    

   "Eh, tak adalah. Mana ada mengganggu. Lagipun, mak cik ni macam yang anak nampaklah. Nak berjalan pun tak larat. Mak cik ni kalau nak buat apa-apa pun mengharapkan Fisa. Kalau dia tak ada, tak bergeraklah mak cik jawabnya." Ujar Puan Norlia sambil ketawa kecil.

   "Mak cik, maaf kalau nampak macam menyibuk. Tapi, sebenarnya mak cik sakit apa?" Soal Arfan ingin tahu.

   "Mak cik cuma sakit-sakit kaki je. Tapi, sebenarnya kalau ikut dulu-dulu, mak cik ni pernah menghidap kanser otak. Dulu, masa Fisa belum lahir lagi. Tapi, lepas dah buat pemeriksaan doktor dan buat pembedahan untuk buang tumor yang ada kat kepala mak cik tu, tak lama selepas itu, doktor kata mak cik dah sembuh. Tapi, doktor kata ada kemungkinan mak cik akan kena balik. Takut jugalah sebab akhir-akhir ni pun mak cik kerap sakit kepala tapi harapnya tak ada apalah. Insya-Allah, mak cik selalu doa yang baik-baik je untuk mak cik dengan Fisa." Luah Puan Norlia. Entah kenapa, dia berasa selesa berbual dengan anak muda berwajah bersih di depannya itu.

  "Habistu, sekarang ni mak cik ada buat pemeriksaan doktor lagi tak untuk penyakit mak cik tu?" Tanya Arfan prihatin. Terkejut dia mendengar  penyakit yang disebut wanita itu.

  "Tak ada. Mak cik manalah ada duit nak buat pemeriksaan. Lagipun, mak cik rasa tak perlulah. Kalau dah sampai masa mak cik pergi, doktor periksa atau rawat macam mana pun, tetap akan pergi juga. Oh, lagi satu mak cik minta anak jangan ceritakan penyakit mak cik ni pada sesiapapun ya? Pada Fisa pun jangan. Fisa tak tahu pasal penyakit mak cik. Mak cik tak nak dia risau. Dahlah mak cik banyak susahkan dia. Mak cik kesiankan dia sebenarnya, muda-muda lagi dah kena kerja. Mesti dia penat, mana taknya, pagi sekolah, petang kerja. Tolong jangan bagitahu dia ya?" Pinta Puan Norlia sekaligus membuatkan Arfan menjadi serba salah. Tetapi akhirnya dia hanya menurut.

   Selepas itu, mereka menyambung semula perbualan. Lama-kelamaan, perbualan mereka semakin rancak dan mesra. Puan Norlia juga merupakan seorang yang ramah. Oleh itu, Arfan tidak berasa kekok untuk berbual dengannya.

   Dalam perbualan mereka, banyak yang Arfan tahu tentang keluarga tersebut. Bermula dari abang Sai yang meninggal keguguran sehinggalah tentang ayah Sai yang meninggal dalam kemalangan dua tahun yang lalu.

      "Fisa tu rapat dengan arwah ayahnya. Sebab tulah masa mula-mula arwah pergi dia susah nak terima dan sebab tu jugalah dia sangat tak boleh terima kalau ada orang cakap yang bukan-bukan pasal arwah. Sejak dari tu juga, dia dah tak seceria dulu. Mak cik harap sangat dapat tengok dia ceria macam masa arwah masih ada."

   Untuk beberapa ketika, Puan Norlia dan Arfan mendiamkan diri. Selang beberapa saat, Sai muncul sambil menatang dulang berisi dua cawan, satu teko teh dan sepiring biskut tawar.

   Dia hanya tersenyum kepada ibunya di atas kelambatannya dalam menghidangkan air. Maklumlah, di dapur tadi dia berperang dengan kucingnya yang tidak sudah-sudah lapar sahaja memanjang.

   "Maaflah, ini je yang ada kat rumah mak cik."

   "Eh, tak apa. Saya ok je. Kat rumah saya petang-petang pun macam ni juga." Balas Arfan tenang.

   Selepas berbual mesra dan minum petang, Arfan meminta diri untuk pulang. Sudah berpeluh dia dengan seragam polis yang dipakainya. Sebelum pulang tadi, dia sempat solat Asar berjemaah dengan rakan-rakannya di balai, kemudian barulah dia pulang. Namun dalam perjalanan pulang, dia telah terserempak dengan Sai yang sedang menumbuk seorang budak lelaki. 

   "Oh,lupa pula mak cik nak tanya nama. Dari tadi berbual tak tahu pun nama anak apa." Ujar Puan Norlia sambil tersenyum. Sungguh, dia berasa senang dengan anak muda di hadapannya itu.

   "Nama saya Zarif Arfan bin Fayyad." Ucap Arfan sambil membalas senyuman Puan Norlia.

   "Oh...Sedap namanya. Mak cik panggil Zarif, boleh?"

   Arfan mengangguk mengiyakan. Sai terus membawa ibunya ke kerusi berdekatan. Ibunya tidak tahan kalau berdiri lama.

   "Fisa pergi tengok abang Zarif tu. Tetamu nak balik tu. Tak elok biar macam tu je.

   'Abang? Uhkk...nak muntah je rasa.' Monolog Sai. Namun, dia ikut sahaja arahan yang diberikan.

   Arfan yang baru duduk di atas motor dihampirinya. Hampir, tapi masih mempunyai jarak. Tak ingin dia rapat-rapat dengan orang bukan mahram.

   "Encik ada bagitahu apa-apa pada ibu saya ke?" Tanya Sai perlahan. Risau kalau ibunya dengar.

   "Ada. Saya bagitahu semua." Balas Arfan tetapi matanya langsung tidak memandang ke arah Sai. Inilah Zarif Arfan, dalam melakukan tugas dia merupakan seorang yang sangat produktif akan tetapi di luar tugas dia sebenarnya adalah seorang yang sangat pemalu dengan perempuan.

   "Encik bagitahu semua? Encik, ibu saya tengah tak sihat tu. Saya tak nak dia risau. Kenapa encik tergamak bagitahu? Saya kan dah biar budak tadi tu lepas." Ujar Sai risau. Risau sekiranya kesihatan ibunya semakin teruk disebabkan berita 'keganasannya' itu.  

   Pada ketika itu wajah Sai mula sugul. Dia menangis. Menangis? Dalam hati sajalah. Jangan harap dia akan nangis depan orang selain ahli keluarganya. Yes! call it ego, but for her it is a pride.

   Arfan memandang sekilas wajah gadis di hadapannya itu. Walaupun sekilas, dia dapat melihat dengan jelas kesugulan yang terpamer pada wajah itu. Timbul rasa kasihan pada gadis itu.

   "Tak adalah. Saya tak cakap pun pasal tu. Saya cakap yang saya nak berkenalan dengan keluarga awak sebab kita kawan. Tu je." Jujur Arfan. Memang dia tidak sentuh langsung perihal Sai membuli budak. Dia kasihan melihat keadaan Puan Norlia ditambah pula penyakit yang menimpa wanita itu sebelum ini. Lagipun, kes Sai tidaklah berat sangat. Bulinya tidaklah menyebabkan kecederaan parah. Hanya mainan budak-budak sekolah semata pada pandangan matanya.

   "Oh, ya ke? Terima kasih. Saya hargai jasa baik encik." Wajah Sai kembali tenang. Hatinya gembira. Syukur, ibunya tidak tahu. Jika tidak, pasti kesihatan ibunya semakin teruk kerana memikirkan tentang dirinya.

   Dalam gembira-gembira, tiba-tiba  dia teringat.

   "Encik cakap kita kawan? Bila masa kita berkawan? Saya tak kenal pun encik siapa."

   "Awak tahu nama saya, kira dah kenallah tu. Saya nasihatkan awak supaya jangan bergaduh dan membuli, kira kawanlah tu. Bukankah kawan itu ada untuk nasihat-menasihati satu sama lain?" Jawab Arfan seraya memberi salam dan terus membawa motornya dengan penuh berhemah. 




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gari Hati Awak!Where stories live. Discover now