Aku kali pertama menginjak kaki ke lantai restoran KFC. Aku dengar, kawan aku kata kat sini banyak sedap punya makan. Ada ayam goreng tepung panas-panas lagi. Tapi, aku suka makan nasi dagang. Sedap bak ang.
Tibalah giliran aku,
"Ya pakcik, pakcik nak set yang mana?" tanya penjaga kaunter KFC.
Aku mengelus janggut sejemput di bawah daguku. "Ayam goreng yang ada nasi. Ada tak?"
"Ada, pakcik. Nasi ayam."
"Kalo nasi dagang?"
<><><><><><>
Sejak aritu, aku dah tobat taknak pergi KFC lagi. Nokharom jadah betul. Ada ke diorang cakap nasi dagang takda? Nama je restoran.
Aku imbas kembali perbualan tadi.
"Ada, pakcik. Nasi ayam."
"Kalau nasi dagang?"
"Nasi dagang tak ada pakcik. Kami hanya ikut menu yang telah ditetapkan."
"Laa... takkan hat tu pun takdo? Restoran namo apa ni takat makanan hat tu pun takdo? Aku call adu kat KPDNKK karang!"
"Kalau pakcik nak makan nasi dagang, pakcik boleh pergi dekat gerai depan KFC ni. Sila blah, ya pakcik."
YOU ARE READING
Bodoe Yang Terindah
Non-Fiction" Adakalanya perbuatan bodoh kita boleh memberikan sebuah pengalaman terindah, " Kompilasi beberapa buah cerpen bodohnakmati aku tak pernah dapat award mahupun viewed yang banyak oleh para masyarakat. Sedih mak angg... Ayam tepi jalan pun tak sudi b...