BYT 13: Hantu rider #2

2 1 0
                                    

Jalan raya Busut Semut Abah Kau memang popular dengan keluasannya yang sama taraf macam Stadium Bukit Jalil. Tempat ramai calon Mat Rempit berkumpul untuk me-racing. Tetapi sejak kematian ngeri seorang pelajar kolej beberapa tahun lepas, jalan itu sudah sunyi dan tidak lagi disinggahi oleh para Mat Rempit.

Cuma... ada dua orang mahluk bebal mahu meneruskan niat mereka. Iaitu, racing.

<><><><><><>

Pedal sudah ditekan, maka enjin sudah pun hidup. Keduanya fokus menentukan matlamat hidup. Baru hendak berlumba, Saiful dan Hafizi dikejutkan oleh seorang lelaki yang memakai helmet.

"Hangpa daa pikiaq masak-masak kah nak racing?" dia menegur Saiful dan Hafizi.

"Dah. Kau ni sape lak?"

"Nama cheq tak perlu hangpa tau. Cumanya, cheq pun suka merempit macam hangpa berdua, tapi selepas insiden tu, cheq dah tak mau."

"Insiden apa?"

"Insiden cheq pernah mati ngeri kat sini lepaih duk merempit. Last-last kena langgaq."

"Ooo... Kau mati ngeri lepas kena langgar... tapikan..." belum sempat Saiful menyambung, Hafizi berbisik ke cuping telinganya.

"Psst. Dia nilah pelajar kolej yang mampuih exident jalan raya tu, Saiful. Kau tengok kulit dia, pucat macam kena tempek bedak Carrie Junior!" Kata Hafizi. Badannya menggigil ketakutan.

Serentak Saiful dan Hafizi perlahan memusingkan kepala sendiri. Dilihatnya rupa menegur mereka tadi kini bertukar menjadi mayat penuh dengan noda darah. Mata yang tadi nampak elok tersusun, terjojol keluar.

Bodoe Yang TerindahWhere stories live. Discover now