"Tahniah Cik XX!!! Anda telah dijemput oleh para penganjur untuk menjawab soalan mengenai hobi!" kata host majlis.
Aku berdiri meratap diri. Sebenarnya aku bukan nak pun, tapi untuk gantikan member jahaniam aku yang tetiber je menghilang. Kena culik jin ke apa.
<><><><><><>
"Okay tanpa melengahkan masa, soalan terakhir. Jikalau anda menjawab penuh jujur, kami akan memberikan anda 10 keping kupon makan free di restoran hotel lima bintang. Baik, apakah hobi sebenar anda?"
Mikrofon dihalakan ke mulut aku. Host itu pandang aku dengan muka serius. Aku sempat bermain jari sebelum berbicara.
"Erm... aku erm... Hobi sebenar aku ialah korek lubang hidung kiri kanan aku, lalu taik dia aku buang kat tepi jalan!" aku cakap laju-laju dengan nada kuat.
Semua penonton di panggung, para penganjur dan para pengadil berdiri bertepuk tangan. Aku atas pentas ni rasa diri macam terima anugerah pelajar cermerlang pulak eh.
Sehari selepas competititon, aku selalu kunjungi ke restoran hotel lima bintang. Makan free woi, sedap!
YOU ARE READING
Bodoe Yang Terindah
Документальная проза" Adakalanya perbuatan bodoh kita boleh memberikan sebuah pengalaman terindah, " Kompilasi beberapa buah cerpen bodohnakmati aku tak pernah dapat award mahupun viewed yang banyak oleh para masyarakat. Sedih mak angg... Ayam tepi jalan pun tak sudi b...