BYT 6: Hajat

4 1 0
                                    

Aku, jin kelabu asap yang selalu keluar dari teko emas bila ada orang gosokkan. Bila dah keluar, aku akan kabulkan hajat seseorang itu. Maksima, tiga hajat sahaja.

<><><><><><>





"Chiaaa~" aku keluar dari teko emas apabila ada seorang lelaki menggosok permukaan teko emas aku.

"Wow ada jin kelabu asap lah! Ini bukan dongeng, ini real!" gembira lelaki itu. Dia punya gembira tu sampai aku rasa nak bagi je dia sebuah penampar berganda.

Aku sempat berdehem sebelum berkata. "Baik wahai anak muda, saya akan kabulkan hajat kamu. Mintalah..."






"Jadikan aku orang terpaling hodoh di alam semesta! Boleh... please? Aku terdesak ni..."

"Kejap! Izinkan aku berfikir dahulu di kedai mamak," Aku blah laju dari kelibat lelaki itu dan duduk lepak di kedai mamak. Secawan teh tarik aku order.

Lelaki itu terpinga-pinga bila aku meninggalkannya.

<><><><><><>

Kenapa lelaki itu mahu sangat jadi hodoh sedangkan Allah dah ciptakan rupa muka dia seperti bintang artis korea? Permintaannya lebih berat daripada seorang nenek meminta mahu jadi muda remaja yang aku pernah jumpa dulu.

Habis berfikir, aku beli tali nylon kat kedai dua ringgit,

Aku bunuh diri.

Bodoe Yang TerindahWhere stories live. Discover now