Seorang lelaki berambut hitam, menikmati suasana malam sambil melihat bulan dan bintang dengan pandangan kosong. Badan nya elok bersandar pada tiang dan tanggannya di dalam poket bajunya. Apabila merasa ada seseorang sedang memerhatikannya, terus memaling kepala kebelakang. Saat mata bertentangan dengan sepasang mata berwarna biru kristal, spontan mengambil nafas lega.
"Dinda...Haih fikir siapa tadi tenung orang sehingga nak tembus" Jawap si lelaki dengan lembut. Wanita itu hanya ketawa kecil sebelum mendekati pada suaminya
Seketika bunyi sunyi menguasai antara mereka
"Mesti kanda rasa risau pada kerajaan dan anakda kita. Betul tak?"Ujar wanita itu atau lebih tepat Permaisuri Lily
"Siapa tak risau jika nyawa rakyat kita akan melayang sia sia dan berlaku pertumpahan darah. Rakyat kita akan menderita, keluarga mereka, sahabat mereka akan pergi dengan hati mereka sedih meninggalkan orang yang tersayang dinda. Bagaimana kanda tak risau seandainya kanda gagal lindungi mereka sebagai raja mereka semua. Apa gunanya ada raja seperti kan-" Satu jari hinggap di bibir sang raja
"Syuuuuuuu.. Dinda taknak dengar dari mulut kanda yang kanda seorang raja yang gagal. Di mata dinda, raja di hadapan dinda sekarang seorang raja yang hebat, penyayang, adil, tegas,gatal nak mampus. Hampir semua ciri-ciri raja yang baik ada pada diri kanda" Ujar Permaisuri Lily yang terselit gurau
Terkedu sang rasa mendengar isterinya berkata. Terasa dirinya berguna sebagai raja mereka walaupun dirinya masih banyak kekurangan sebagai raja yang baik kepada mereka
Melihat melihat suaminya terkedu. Sang isteri mengambil kesempatan untuk mendekati wajahnya pada lelaki yang dicintainya dengan wajah yang selamba. Bertambah terkejut si suami.Semakin maju pula isterinya sekarang. Terasa dirinya perempuan pula.Haih.
"Kanda perlu ingat, yang kita ni hanya seorang manusia. Manusia juga mempunyai kesilapan mereka sendiri termasuk kita juga. Sebesar mana pun pangkat kita, kita tetap akan melakukan kesilapan."
"Jika seandainya kanda melakukan kesilapan tanpa sedar?" Duga Raja Ryan
"Dinda akan pastika yang kanda sedar akan kesilapan kanda. Itu memang tugas sebagai seorang isteri untuk membantu suaminya"Jawap Permaisuri Lily
"Kanda sangat bertuah mempunyai isteri sebaik dinda ni. Terima kasih sebab sudi menjadi isteri kanda walaupun kanda mempunyai banyak kesilapan"Sambil merangkul pinggang isterinya
"Dan terima kasih menjadi suami dinda"
🌼
-------------------------------
🌼Susuk tubuh yang sejak tadi melihat kemesraan suami isteri hanya mampu mengeluh panjang.Otaknya sedang berfikir dengan kata-kata kedua orang tuanya.Rasa yang yang sudah lama disimpan di dalam diri hanya mampu dipendam. Namum tidak diketahui oleh sesiapa pun.
Bonda ayanda,anakda minta maaf sebab anakda bukan berani seperti bonda dan ayanda. Anakda cuma seorang puteri yang penakut. Hanya meyusahkan bonda dan ayanda sahaja. Maafkan anakda.
Kakinya mula melangkah untuk menuju ke bilik tidur. Sewaktu melangkah, tiba-tiba otaknya teringat dengan kata-kata ayanda sebentar tadi
"Siapa tak risau jika nyawa rakyat kita akan melayang sia sia dan berlaku pertumpahan darah."
Bagaikan ayat tu berulang-ulang di dalam otaknya. Kenapa ayanda cakap macam tu? Aku mesti siasat! Tekad Rose.
🌼
____
🌼Keesokkan harinya,Rose berjumpa dengan ayandanya Raja Ryan di pejabat sebelum pergi ke acedemy. Sewaktu membuka pintu ,kelihatan Raja Ryan sedang membuat kerja sebagai raja dengan tekun.Akibat daripada bunyi yang terhasil daripada pintu berjaya membuatkan Raja Ryan menoleh. Tersenyum melihat siapa punya angkara. Haih semakin cantik anakda beta seperti bondanya. Desis Raja Ryan.
YOU ARE READING
The Secret Of A Brave Girl ( Very Slow Update)
FantasyBintang Bulan Dua benda yang wajib diwaktu malam.Ia menjadi peneman penduduk di muka bumi ini. Kerajaan Moonlight meninggalkan seorang pewaris yg ke-100.Memegang kuasa yg terkuat yang mampu memusnahkan kerajaan tersebut. Dayana Rose Moonlight waris...