seven :: rain and you

798 110 29
                                    

hyunjin mengekalkan wajah dinginnya walaupun dirinya sendiri sudah berdebar menghadap yoona.

" mula! " yoona menutup matanya saat hyunjin mula menggigit stick itu. dekat dan makin dekat. bahunya sedikit terhincut tatkala hyunjin memegang lengannya.

" lagi! lagi! lagi! lagi! " sorak mereka semua. yoona menelan perit air liur.

" cepat hyunjin cepat! " dekat dan semakin dekat. bibir bawah mereka bersentuhan sedikit dan hyunjin mengecup singkat hujung bibir itu. stick mereka jatuh keatas tapak tangan yoona. dan gadis itu masih terkesima.

" kajja kita ukur. " han mengukur kedua - dua stick itu dan tersenyum.

" pemenangnya ialah- "

" jinyoung hyung! " jina bersorak lalu terus memeluk jinyoung. iya , jina memang begini kawan-kawan. lalu , mata jinyoung bertemu dengan mata leona dan dia terus membalas pelukkan jina.

" kita menang oppa! " pipi jinyoung dia kucup membuatkan ramai pelajar bersorak. yoona sudah terkejut.

" ryu, aku nak pergi tandas kejap. " ujar leona terhadap rakannya. dia berdiri dan berjalan pergi seorang diri. jina memandang rakan baiknya dan memberikan arahan mata.

" the next game , is going to be more fun. "

×××

hari sudah larut lewat malam, para peserta perkhemahan menikmati pizza yang dimasak oleh guru - guru.

" yoona cari siapa? " soal han. dia makan satu meja dengan mereka

" leona unnie. dari habis game tadi dia tak ada. memang tak nampak langsung. " hyunjin memandang gadis itu.

" kejap yoona nak tanya jinyoung oppa- "

" tak perlu. biar aku yang pergi. " hyunjin berdiri dan berjalan kearah jinyoung yang sedang membakar ayam.

" pfft. " minho dan felix berusaha sedaya upaya untuk menahan ketawa. mereka tahu, hyunjin memang tak mahu yoona dekat dengan jinyoung.

" hyung. " jinyoung memandang hyunjin.

" waegeurae? "

" ani, tadi yoona ada cakap yang leona tak ada dari waktu kita habis main game lagi. dia risaukan leona. " mata jinyoung melilau mencari kelibat leona .

" gwenchana, nanti hyung tanya kawan dia. nah ayam yang dah siap. " hyunjin tersenyum dan mengambil pinggan itu.

" jinyoung hyung cakap nanti dia tanya kawan dia. " yoona mengangguk namun hatinya masih rasa risau terhadap leona.

" jen, kau ada nampak leona? " gadis bernama jen itu memandang jinyoung.

" eh bukan dari game pepero lagi dia tak ada? ryu dia duduk ngan kau kan? " ryujin mengangguk.

" tapi petang tadi dia cakap nak pergi tandas lepastu waktu kita nak main game seterusnya, dia cakap dia nak pergi jalan - jalan, dia ada chat aku petang tadi. " ryujin menunjukkan mesej yang leona hantar kepada jinyoung.

" seolma, dia takut kot jalan seorang diri- takkan dia nak pergi- kejap. "

" jumoghada! ( pay attention ) . " mereka yang sedang makan memandang jinyoung.

" ada sesiapa nampak jung leona? sekelas dengan sunbae. " ujar jinyoung. entah kenapa hati dia mula rasa risau terhadap gadis itu.

adakah, hatinya mula terbuka? melihat tiada seorang yang menjawab pertanyaannya tadi membuatkan dirinya makin risau.

dimanakah leona?

×××

matanya perlahan - lahan dibuka dan benda pertama yang aku sedar, kenapa semua ni gelap? dan, kenapa rasa sempit?

" aku kat mana ni? " dia tak boleh bangun seolah - olah dirinya didalam sebuah kotak. tangannya juga diikat.

" tolong! " leona cuba menendang disemua tempat namun ibarat dia terbaring didalam sebuah kotak dan pada saat itu, dia tersedar sesuatu.

" kau rampas jinyoung dari aku! kau layak terima semua ni! " dan pada saat itu dirinya dipukul dan dia tidak sedarkan diri. persoalannya, siapa gadis itu? gadis bertopeng itu?

" andwae! tolong! " malangnya, tiada sesiapa yang akan dapat mendengar jeritan itu kerana, dia berada dibawah bumi. ditanam hidup - hidup.

×××

yoona memegang bahu jinyoung yang tak berhenti - henti mengalirkan airmata. para guru sudah menghantar pasukan penyelamat untuk mencari leona didalam hutan namun mereka tidak menjumpai gadis itu.

" oppa, dahlah- doakan supaya kita jumpa leona unnie okay? "

" oppa risau yoona. oppa takut kalau kita takkan jumpa dia- "

" oppa sebenarnya dah mula sayangkan dia, betul tak? " jinyoung terdiam. dia dah mula sayangkan leona?

" oppa tak tahu. " airmata nya dilap kasar. hyunjin hanya mengekalkan muka kosong melihat yoona memeluk dan menenangkan lelaki itu.

" ssaem, saya nak ikut masuk sekali. " jinyoung berdiri.

" tak perlu jinyoung, kamu- "

" dia tunang saya, saya kena cari dia ssaem. " para pelajar mula terkejut mendengar pengakuan jinyoung. yoona tersenyum nipis. akhirnya , dia mula mengaku segalanya.

×××

leona makin sukar untuk bernafas. ikatan tangannya juga tidak mampu dia leraikan. rasa sesuatu sedang menganggu kakinya. leona mengangkat sedikit kepalanya.

ular!

" ingat pesan mama ni, kalau ada ular atau binatang merbahaya dalam hutan, jangan bernafas mahupun bergerak. tapi mama rasa jinyoung akan sentiasa lindungi kamu betul tak nyoung? "

" tenangkan diri kau leona. " bisik hatinya. leona menahan dirinya daripada bernafas. sesiapa tolong!

hari mula hujan namun mereka masih lagi belum menjumpai leona. walaupun sudah basah kuyup mereka masih lagi berusaha untuk mencari gadis itu, terutama lagi jinyoung.

" mari kita balik ke tapak perkemahan dulu. hari hujan dan gelap agak sukar untuk cari leo- "

" tapi ssaem saya yakin yang dia mungkin ada dekat - dekat sini! " yoona jadi bimbang melihat jinyoung.

" oppa, kajja nanti oppa demam lagi susah nak cari dia. "

" yoona tapi kalau kita tak cari dia sekarang, dia akan sakit jugak! " yoona memegang kedua - dua belah pipi jinyoung.

" dengar cakap yoona please? leona unnie akan selamat. trust me. " mata jinyoung tepat dipandang. hyunjin terus mengalihkan pandangannya.

" oppa takut. " dia memeluk yoona bersama tangisan. yoona mengusap belakang badan jinyoung dan dia terpandang sesuatu yang-

to be continued.

jadi penonton tak berbayar tu sakit sekali everybody! selamat berbuka puasa!

[E] PLAYBOY ; hwang hyunjinWhere stories live. Discover now