nine :: ignore

822 107 9
                                    

sudah masuk dua minggu kontroversi itu berlaku namun keadaan tetap sama. setiap kali wartawan cuba datang ke sekolah dan mencari hyunjin , yang lain akan cuba mengalihkan perhatian mereka.

" soojin, yoona dah jumpa id orang yang sebarkan gambar - gambar tu semua. "

" soojin pulak dah jumpa alamat rumah dia. ni , kalau diikutkan rumah dia tak jauh sangat dengan rumah hyunjin. " mereka memandang khusyuk skrin laptop itu.

" agaknya lah kan, dia budak sekolah ni ke bukan? "

" korang buat apa tu? " son jina menegur daripada belakang .

" kitorang tengah cuba cari siapa yang buat semua benda keji ni. " ujar soojin. jina mengangguk perlahan.

" yakin ke yang hyunjin tak buat? manalah tahu dia betul - betul buat kan? "

" tak dia takkan. yoona kenal dia. dia baik, semua tu cuma kisah silam. " jawapan yoona membuatkan dendam dalam hati son jina makin membara.

×××

" kau taknak cuba cari dalang disebalik semua ni? " soal han. hyunjin hanya berwajah muram sepanjang dua minggu ini.

" tak ada gunanya. papa hate me already. business papa makin jatuh, mama pulak masuk hospital semalam. cuma ada noona dan hyung yang boleh diharapkan. " mereka mengusap bahu hyunjin.

" shit. wartawan datang lagi. " mereka cuba melarikan diri namun tidak sempat. sinaran kamera terlalu banyak berkedip.

" pertanyaan kami masih sama. benarkah kamu keluar dengan ramai wanita dalam masa yang sama dan mengandungkan seorang wanita- "

" dia tak buat semua tu! " mereka semua mula berlari kearah yoona. hyunjin mengeluh. apa lagi gadis ni cuba buat?

" apa yang adik maksudkan? adakah adik juga salah satu daripada mangsa dia- "

" tak. dan saya tetap dengan kata - kata saya. hyunjin tak bersalah! jadi tolong padam berita palsu yang awak semua buat! dan sila berambus! " mereka mula dihalau keluar. yoona berlari kearah hyunjin .

" awak- "

" what're you trying to do now? kau nak tambah masalah aku lagi? " 

" saya cuma nak tolong awak. saya akan buktikan yang awak tak bersalah- "

" aku tak pernah minta kau tolong aku! dan jangan ada rasa simpati terhadap aku. aku boleh uruskan sendiri! kau makin buat masalah bertambah! " dia berjalan pergi diikuti felix dan minho.

" yoona, sekarang ni business papa hyunjin makin jatuh. mama dia pula masuk hospital semalam. dan apa yang yoona jawab akan dapat keruhkan lagi keadaan- "

" hwang hyunjin! cakaplah apapun awak nak! saya tetap akan buktikan yang awak tak bersalah! " jeritnya. dia tahu hyunjin dengar sebab lelaki itu masih berada berdekatan untuk menunggu han. dia mengheret tangan soojin dan berjalan pergi .

×××

hyunjin duduk disamping abangnya, hwang minhyun dan kakaknya, hwang hyunah duduk disebelah bapanya.

" apa lagi yang jadi ni? kamu tak penat lagi ke nak malukan papa? harini projek papa kena cancel lagi sebab hal ni lah. kamu tahu tak? " hyunjin mengepal tangannya. kalaulah yoona tak jawab macamtu petang tadi, mesti tiada kontroversi lain akan timbul .

" siapa budak perempuan tu? scandal kamu lagi? bukan kamu dah janji yang kamu akan berubah? " hyunjin menggelengkan kepalanya .

" bukan pa. dia cuma... " hyunjin mendiamkan dirinya. siapa yoona baginya?

" jadi betullah ni? " laporan - laporan yang wartawan sebarkan dilempar kearah hyunjin.

" hyunjin akan handle semua benda ni dan, bangunkan syarikat papa. " dia berdiri dan naik kebiliknya dengan tenang walaupun airmatanya sudah bertakung.

" pa, papa tak rasa ni keterlaluan sangat ke? look pa , hyunah tak rasa yang jinnie buat macam tu. "

" betul tu pa. jadi playboy tu kisah silam dia. takkan dia nak ulang lagi? " minhyun dan hyunah memandang tuan hwang .

" kamu berdua pun sama! cuma tahu buat papa stress! " tuan hwang masuk kedalam biliknya. pintu bilik dihempas kuat.

" jadi? " minhyun memandang hyunah.

" jadi apanya. kau pun tahu papa keras kepala kan? eish siapalah buat kerja gila macamni. " hyunah meraup rambutnya.

×××

hyunjin memasukkan kedua - dua belah tangannya kedalam poket tatkala dirinya terasa sejuk. air coklat panas yang hyunah buat dia pandang lama. teringat pula akan kata - kata yoona petang tadi.

" hwang hyunjin! cakaplah apapun awak nak! saya tetap akan buktikan yang awak tak bersalah! "

" tch. nak buktikan aku tak bersalah tapi dia yang dapat masalah sekarang ni. " kadangkala dia terfikir, tidak kah dia terlalu berkasar dengan yoona?

" hyunjin! ada orang call ni! " mendengar panggilan hyunah dari bawah, hyunjin terus keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah.

" siapa? " hyunah menjungkit bahu .

" yeobosae- "

" ha angkat pun. kenapa tak jawab saya call? kenapa decline? tahu tak yang saya dah jumpa- " tit tit tit. hyunjin memutuskan panggilan.

" kenapa letak? kan dia nak bagitahu- "

" tak penting. jinnie naik tidur dulu. " hyunjin naik semula kebiliknya. buat masa sekarang, dia tak mahu berhubung dengan mana - mana wanita kecuali keluarganya.

to be continued.

malam ni double update! thank you for waiting! lav you!

[E] PLAYBOY ; hwang hyunjinWhere stories live. Discover now