Three

4 1 0
                                    

"MAT!!!!"

Aku berlari kearah Mat yang sibuk menyapu. "Mat" sekali lagi aku memandangnya. Air mata laju membasahi pipi putihku. Mat memandangku pelik. "Bakpo mu ni? nangih bagai?" Tanya dia sambil menggaru-garu kepala. Aku mengelurkan sebuah buku yang berwarna hitam bercorak planet-planet. Lalu dihulurkan kepada Mat.

"Ambik" arahku. Sambil tangan kiri mengesat air mata yang berjijihan.

Selepas buku itu bertuka tangan. Wajah Mat dipandang sayu. Nafas diambil. "Mat terima kasih sebab selalu tolong aku selama ni. Kau kawan yang baik" bersama sisa tangisan aku melontarkan ayat tersebut. Mat memandang pelik. "Mat mulai harini dan sampai bila-bila aku nak kau sentiasa happy walaupun aku takde" aku menyambung ayatku. Nafas ditarik lagi.

"Mat Selamat tinggal. Moga kau dapat kawan yang lebih baik dari aku. Sampai kan salam aku kat Mek Na dan Kak Fatin" dan aku terus meninggalkan Mat yang blur dengan ajenda tadi.

Mat membuka sampul surat yang terselit dalam buku tersebut lalu dibaca setiap perkataan yang dutulis.

To: Mat

Pertama kali aku jumpa kau. Remaja lelaki yang selekeh jaga tandas awam. Budak lelaki yang tak bagi aku masuk tandas kes tak nak bersubahat dengan plan aku untuk ponteng sekolah. HAHA masetu kita gaduh and Kak Fatin leraikan pergaduhan tu.

Hari-hari cari pasal dengan dia. Menyebuk dekat toilet dia. Kacau dia cuci lantai. Sampailah satu hari kita bersatu lawan Mat Gian yang cuba masuk kedai mak kau. Lepastu hari-hari aku datang sana. Sampai kita jadi kawan and dari situ aku belajar hidup susah. Seriously kau kawan paling baik pernah aku ada :)

Dari situ aku aku kenal Mek Na, Pak Halim dan Kak Fatin. Dorang bagi aku rasa erti kebahagiaan. Erti ada keluarga. Mat sejujurnya aku tak pernah rasa hidup bekeluarga. Mat even kau hidup susah kau rasa kebahagiaan keluarga. Aku? Celik mata rumah dah kosong makan minum semua sendiri.

Mat mulai harini aku akan masuk asrama dekat Pahang. And aku akan hidup dengan mummy aku. Sebab Abah dah ditukarakan ke London. Mat kehidupan aku memang dah diatur sejak kecil. Dikongkong!

Mat, Sepanjang aku kenal kau, kau adalah kawan yang paling baik aku pernah ada. Sampai sini sahaja. Aku harap kehidupan kau lebih baik lepas ni Muhammad Uwais Adlan. Selamat Tinggal...

Yang benar,
NUR SAFFIYA MAISARAH

Wajah diangkat. Parking yang menempatkan MPV tadi dipandang. Tanpa sedar air mata lelakinya menitis membasahi pipi.

"Selamat Tinggal Fya"

.....

EARPHONE yang tercabut disumbat semula kedalam telinga. Lagu yang dimainkan dinaikkan volume ke tahap yang tinggi. Perbualan didalam kereta diendahkan. Sejujurnya semua sebok dengan gajet masing-masing.

Samsung j1 milikku dibuka. Untuk melepaskan bosan aku melihat gambar-gambar yang diambil bersama Mat dan keluarga. Senyuman terukir apabila screen memaparkan video Mat terjatuh sewatku membersihkan toilet dan dimarahi Mek Na kerana cuai. Jariku tiba-tiba terhenti saat screen memaparkan gambar sebuah family. Sebuah keluarga yang ceria ketika bercuti di Kedah.

Tanpa aku sedar air mata mulai menitis ke pipi. 'Bila lagi aku akan rasa benda ni?' Akal tertanya. 'Takkan pernah rasa dah maybe' jawab hati. Kelopak mata tertutup dan aku dibuai mimpi.


Tbc

AKU SUKA KAU⌛️Where stories live. Discover now