"AH penat!"
Peluh dilap menggunakan hujung lengan baju. Kaki berjalan menuju ke tandas awam. "YA ALLAH FYA MU PONTENG LAGI?!" seorang remaja lelaki yang menjaga tandas tersebut bertanya. Aku tersenyum. "Kalau kau tahu macam mne sekolah tu mesti kau buat bende sama" selamba menjawab. Aku keluarkan not biru dan dihulurkan kepada Mat sebelum masuk menukar pakaian.
"Yeah!"
Aku bersorak sambil dua belah tangan diangkat keatas. Topi dibetulkan sebelum melangkah kearah Mat. "Nah nasi lemak ayam takde sambal" Mat menghulurkan nasi lemak tersebut kepadaku. Aku mengambil.
"Terima Kasih Mat!"
Bungkusan itu dibuka. Dengan lafaz bismillah aku menyuap nasi kedalam mulut. 'Sedap!' Puji hati. Mat mengerling aku. "Sedap?!" Dia bertanya. Aku angguk sambil tersenyum. "KAU NAK?!" Aku menghulurkan sesudu nasi kearahnya tetapi ditolak.
"Fya mu ni ork ore nok g sekoloh mu tokse g sekoloh. Aku ni sekoloh sampai darjah ene jo pahtu terus tolong mok aku" Aku menjuling mata setelah mendengar bebelan Mat. "Okay la Tolong mak cik tu dapat duit ma" aku menjawab sambil memandang mukanya. "Tok pehe aku mu ni heish suke hati la jap lagi tolong aku doh aku nak g jaga tandas ni" sambil berjalan Mat membebel.
"Bising je mamat tu la!" Kataku sendiri. Air sirap ais dihabiskan kemudian aku buang bungkusan nasi lemak dan plastik yang berisi air sirap tadi ke dalam tong sampah.
TANDAS MAT
Lantai tandas wanita ditonyoh-tonyoh dengan berus bagi menghilangkan kotoran di lantai. Kemudian air disimbah untuk membilas lantai tersebut. Selesai menonyoh lantai aku terus mengelap cermin tandas tersebut. Aku suka buat bende ni dari pergi sekolah.
Yep aku sering ponteng ke sekolah dan akan ke sini untuk menolong seorang remaja yang digelar 'MAT'. Jujur aku kata aku lebih selesa berkawan dengan Mat berbanding kawan di sekolah. Bagi aku dorang tu semua MUNAFAKE.
"FYA!!!!"
Aku gelak. Gelak dengan kuatnya apabila melihat Mat yang basah kuyup akibat terkena pancuran air paipku. Dia memandangku. Aku dengan pantasnya mencurah sebaldi air kemudian terus melarikan diri.
"NUR SAFFIYA MAISARAH!!!!"
Mat mengejar aku dan aku sepantas yang boleh melarikan diri daripadanya. "MAT SUDOH LA KEJA SI FYA NI!" Mak Na menegur Mat setelah aku membuat keputusan menyorok dibelakang Mek Na ibu kepada Mat. "Mana boleh Mok dia cuoh air kat ore basoh kuyup doh ore ni"bebel Mat sambil menunjuk bajunya yang basah.
"Aloh mu tu over ja lebih basohnyo sikit ja" Kak Fatin pulak yang entah dari mana terus menyembur Mat. Aku menjelir lidah kearahnya. Mat buat muka dan kami semua gelak bersama.
TO BE CONTINUE🛵
YOU ARE READING
AKU SUKA KAU⌛️
Romance"AKU TAK BUTA LAGILAH MINAT JANTAN MACAM KAU!! APE KAU INGAT KAU HOT STUFF AKU HADAP LA?!" - fya "KALAU DIRI TU DAH PENDEK JANGANLAH PULAK AKAL TU PENDEK SEKALI" -harith