KAKI pantas melangkah ke bilik bacaan mummy. Pintu diketuk meminta izin untuk masuk. Selepas dibenarkan aku melangkah masuk dan terus berjumpa dengan perempuan tua itu.
"Ambik sampul tu. Dalam tu ada duit untuk barang asrama kamu. Pukul tiga Pak Andak ambik kamu untuk beli barang asrama" laju mummy berkata sambil tangan ligat menaip di papan kekunci. Aku tidak mengambil malah ditenung wajah yang ku rindui ini.
Jujur, masa datang sini mummy takde sibuk katenye dan harini aku dapat tatap wajah mummy yang aku rindu. "Eh kenape tak ambik sampulnya? Dah nak pukul tiga dah" suara mummy menyedarkan aku dari lamunanku.
Tiba-Tiba satu idea muncul. 'Apa kata kau ajak mummy beli barang asrama?' Akal memberi idea. Aku memberanikan diri mengajak mummy. "Mummy" panggilku lembut. Mummy tidak menjawab tetapi dia hanya mengangkat kening. "Boleh tak kalau Fya beli barang asrama dengan mummy?" Aku meminta. Suara sehabis baik dilembutkan. 'Ya Allah lembutkanlah hati mummy' doaku di dalam hati.
Puan Mawar automatik berhenti menaip. Mata melirik memandang anak gadisnya. Melihat wajah Puan Mawar, Fya terus menunduk. "Maaf mummy pinta yang bukan-bukan. Maaf ganggu mummy" lembut butir bicaranya. Fya terus melangkah ke pintu untuk keluar.
Melihat anak gadisnya yang keluar bersama kesedihan mengingatkan Puan Mawar akan panggilan ibunya di kampung minggu lepas. Ibunya mengabarkan yang Saffiya bertanya ibunya adakah dia anak angkat. Sejujurnya Puan Mawar terkejut akan pertanyaan Saffiya terhadap ibunya.
......
AKU memboloskan diri kedalam Myvi putih. Pintu ditutup. Earphone disumbat didalam telinga sambil itu volume dinaikan. Sedang aku menghayati bait-bait ayat yang dilagukan tiba-tiba satu tubuh memboloskan diri disebelah ku. Aku mengerling manusia tersebut.
"ALANG?!"
Aku terkejut. Dia mengangkat kening sambil tersenyum. "Harini aku teman shopping and Aku belanje makan okay?" Katanya. Aku secara automatik mengukir senyuman. "Kalau macam tu mummy pon nak jugak teman Fya la" sebuah suara mengejutkan ku dan ianya datang dari sebelah kananku.
"Mummy?"
Mummy tersenyum. Sesudah Pak Andak memboloskan diri ditempat pemandu alang terus menjerit "KCM HERE WE GO!!!" Aku tergelak bersama mummy. Sungguh aku rasa bahagia saat ini.
KCM
"Mummy banyak dah ni!!!"
Irshad merungut apabila Puan Mawar bergerak ke kedai kasut pula selepas setengah jam menilik baju di BO. Fya tergelak melihat Irshad yang merungut seakan budak-budak. "Mummy alang rasa barang fya semua dah beli" katanya lagi dan kini Puan Mawar membalas.
"WHATEVER"
Aku tergelak. Oren juice yang dibeli tadi dihulur pada alang. Dia mengambil lalu dihirup sampai habis. Membutang mata aku.
"HABIS KAU KERJAKAN?!" lengannya dipukul. Alang kertawa lalu menjelirkan lidah. Kurang asam punye abang!!!. Lalu bermulalah sesi kejar mengejar dan gelak ketawa. Kami berehat selepas kejar mengejar di depan kedai kasut. Huh penat kau.
"Alang" panggilku. Dia memandang lalu kening dinaikan. Aku tersenyum.
"Terima kasih" kataku. Alang buat muka blur.
"Asal?" Tanya dia sambil menogok air mineral mummy. "Sebab buat aku happy sekarang" alang terus memandangku selepas mendengar ayat tersebut sebelum pipiku dicubit manja.
TBC
YOU ARE READING
AKU SUKA KAU⌛️
Romance"AKU TAK BUTA LAGILAH MINAT JANTAN MACAM KAU!! APE KAU INGAT KAU HOT STUFF AKU HADAP LA?!" - fya "KALAU DIRI TU DAH PENDEK JANGANLAH PULAK AKAL TU PENDEK SEKALI" -harith