0:28

455 86 23
                                    

sambung kisah dami

hari sudah lewat malam , dami baru saja tiba di istana bersama pengawal tentera istana

dami ditolak terus masuk ke bilik singgahsana istana

kelihatan sosok maharaja mingyu sedang duduk di atas tempat duduk raja yang tinggi

"tuanku, lepaskan ikatan patik ni. sakit sangat"

raja mingyu menyenget sedikit kepalanya dengan senyuman sinisnya

"sakit sangat ke ikatan tu?"

dami hanya diam tanpa menjawab

"beta tahu kamu dah 2 kali menyelinap masuk istana. hidup kamu terlalu terdesak ke sampai mencuri? takpe, beta boleh bagi harta seberapa banyak yang kamu nak, song dami"

"dia ingat aku ni kaki kikis ke? aku ada maruah. lebih baik hidup miskin tapi bahagia daripada kaya bongkak macam ni" gumam dalam hatinya

"beta boleh bagi apa saja, tapi dengan satu syarat. syarat pertama, menjadi permaisuri beta atau...."

mingyu mendekati wajahnya ke dami

"yang kedua, berikan darah kau. sekarang pilih" pilihan raja mingyu itu seolah sama dan tiada pilihan lain

"err tuanku, patik tak nak mati dulu jadi—"

"jadi? kau nak jadi isteri beta?"

"mianhe, tuanku. patik tak boleh jadi isteri tuanku sebab PATIK BUDAK SEKOLAH TAK MATANG MASIH INNOCENT LAGI DAN PATIK BODOH SAINS BIOLOGI" ujar dami dengan kedua-dua kelopak mata aku tutup

lama seketika, dami membuka kembali kelopak matanya

jantung dami mula berdegup laju kerana mata raja mingyu memandang tajam ke arahnya jarak antara mingyu semakin dekat

lalu dami menjauhkan diri sedikit dengan ke belakang

kali ni mingyu datang lebih dekat lalu terus mencengkam wajah dami

"kau tak sudi jadi isteri beta, tidak mengapa. tapi beta nak darah kau"

air mata dami mula berderas laju

jantungnya semakin berdegup laju hingga dia menghembuskan nafas melalui mulutnya

lidah raja mingyu menjelir sedikit dengan pandangan matanya yang tajam

dia menyeluk poket baju nya dan.....mengeluarkan pisau

pisau tersebut betul-betul dekat menyentuh leher dami

"sekarang ni antara hidup dan mati kau, song dami. takkan kau pun nak tolak lamaran aku? atau kau nak aku bunuh kau macam saemi?

"tuanku, tolonglah lepaskan patik. patik bukan menolak lamaran tuanku, tapi patik dah menyukai seseorang" ujar dami dengan suaranya tersekat-sekat

"nugu? taehyung? HAHAHA kau sama macam saemi. kenapa semua menjunjung tinggi kepada taehyung? apa kekurangan aku? tempang? sekarang aku dah tak tempang dengan sihir taehyung yang aku rampas 10 tahun lalu melalui darahnya dan kalini, aku nak darah kau pulak, song dami supaya aku kuat dan tiada siapa boleh hina aku"

"andwae tuanku, to-tolong lah jangan bunuh patik!"

"aku akan tamatkan riwayat kau"

"MINGYU! KAU DAH MELAMPAU!"

[C]traveller + kth Where stories live. Discover now