INSTAGRAM

8 0 0
                                    

"Bosannya!" Aku alihkan kaki yang tadinya elok bersimpuh di atas sofa kepada melunjur ke hadapan.Bunyi drama thriller dari kaca televisyen tidak mampu menggamit perhatianku yang khusyuk menelaah telefon bimbitku yang sememangnya 'best friend' sehidup semati.

Mama yang ulang-alik dari dapur ke ruang tamu,ruang tamu ke dapur hanya mampu menggelengkan kepalanya.Yalah,anak dara seorang tapi satu pun tak boleh nak tolong.Kalau aku pun aku naik angin.Tapi,mama being mama,kan.Malas nak bertekak dengan anak sendiri.Dasar anak derhaka.Astaghfirullah,esok Sarra tolong ya mama.Hehe.

Daripada twitter,aku beralih pula kepada aplikasi instagram setelah bosan dengan isi kandungan twitter yang entah apa-apa itu.Maklumlah,budak asrama tak up to date pasal dunia luar ni sangat.So,I have to find something beneficial dekat instagram.Kalau tak ada juga,kembali ke alam mimpilah aku jawabnya.

Setelah beberapa minit scroll feed yang membosankan,tiba-tiba mata aku terpaku pada satu gambar yang tidaklah lawa mana,angle shoot pun tak berapa elok.Gambar beramai-ramai.Tapi satu wajah bertopi 'army green' berjaya menarik perhatianku.Perlahan-lahan,aku mula tersengih sendirian.Kalau mama nampak,mesti mama bahan aku.

Tanpa ragu,aku tekan butang 'like' pada gambar itu dan lihat 'tag' pada gambar tersebut.Aha! Maka terpaparlah akaun instagram lelaki yang berjaya menarik hati kecil aku yang sering bertukar-tukar crush sejak lima tahun yang lalu.

Hm,berdebar-debar jugalah jantung ni nak tekan butang ' follow request'.Dahla sekolah 'elite'.Not saying I'm not from elite school.The problem is,we are both from elite schools,so susah sikit cara pemikiran kami ni.Tradition apa entah aku pun tak tahu.Ah,lantak! Dengan segala kudrat dan kekuatan yang berbaki,aku pun berjaya menekan butang tersebut dan terus matikan telefon bimbit kesayangan.

Haha,jumpa crush baru hari ni.Sambil tersenyum seorang diri,aku tutup mata dan terus baring terlentang di atas sofa di hadapan televisyen yang masih bercahaya itu.Tiba-tiba,aku terfikir.Macam mana kalau kali ni crush tu is the real definition of crush? Yang susah nak lupa,bertahun-tahun nak move on.Tak mungkin,tak mungkin.Ni Sarra la,cepat move on dan tak ada istilah koyak dalam kamus hidup dia.No worries!


**********


"Adik bangun dik! Nak tidur sampai pukul berapa ni?" Berkali-kali mama tepuk paha aku dengan begitu ganas sekali.Aku menggeliat dengan penuh malas sambil terpisat-pisat memandang muka mama yang masih anggun walaupun usianya sudah mencecah 30-an.Kadang-kadang aku terfikir,aku ni tak mewarisi gene mama ke? Apa-apa jela.

Aku jenguk telefon bimbitku.6.45 p.m..Patutlah mama bising.Aku segera bangkit daripada perbaringan yang cukup selesa untuk ke bilikku yang berada di tingkat atas.

Selesai sahaja mandi,urus diri dan solat maghrib,aku duduk di birai katil sambil menilik telefon bimbitku.Buka sahaja instagram:

'Adam has requested to follow you'

Mata aku yang berkadar biasa ini terus terbuntang,terbeliak apabila melihat notifikasi yang baru diterima.Aku pun apa lagi,approve dan terus stalk account dia.Tak tipu handsome dia bukan biasa-biasa.Macam mana nak describe,eh?

Putih tapi tak ada la macam kurang melanin.Tinggi lebih kurang 170cm.Main sports,football.Mungkin kacukan british kot sebab muka dia nampak macam bukan pure malay.Hm,okay next crush approved!



CRUSHWhere stories live. Discover now