Aku pun bersama dengan keterujaan yang melampau,video recording verse lyrics yang bahagian 'relatable' sangat tu,post story instagram dan pergi TAG Adam tu! Gila,kan? Ya,aku tahu tu kerja gila.Tapi,aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat benda tu.Help me lord!
Setiap jarum yang berdetik mendatangkan debaran yang menggila terhadap aku.Yalah! Dahla satu dunia boleh tengok story aku tag lelaki! Kalau ada orang perasan tag tersorok tu matilah aku.Setelah beberapa minit yang menyeksakan,tiba-tiba bunyi notification daripada telefon bimbit akupun kedengaran.Tolonglah daripada Adam.Janganlah daripada orang lain.Aku tutup kedua-dua belah mata aku.Kemudian,membukanya perlahan-lahan.Macam ada effect je!
Yes,Adam! Tanpa melengahkan masa,aku buka ruangan chat dan membaca baris-baris ayat yang ditaip oleh Adam.
'Sedap,kan?'
Tu je? Seriouslah? Weh nak nangis.Takpe,takpe.Ni baru first move,Sarra.Kira okaylah dia baru nak approach kau.Dia pun dah buat move dia.Slowly but surely,Sarra.
Dengan hati yang separuh penuh dengan kesedihan,aku pun membalasnya dengan 'Sedap.Tu soundtrack spiderman kan?'
Nak tau tak apa jadi? Kami sembang tentang spiderman je sampai ke akhirnya.Pasal kualiti imej,cgi,sound effect,plot....dan sebagainya.Weh tak tipu bosan.Untuk orang biasa yang tak ada boyfriend atau girlfriend pun akan cakap perbualan kami amat membosankan.Secara jujurnya,kalau dia ni lelaki-lelaki biasa ataupun crush-crush aku yang sebelum ni,aku boleh je ignore macam tu je.Tapi aku tak tahulah kenapa dengan Adam ni,perasaan dia lain macam sikit.Benda simple macam tu pun aku rasa teruja sangat.Cakap pasal spiderman je pun.
End up,aku bagi dia seen aku sebab aku betul-betul dah tak tahu nak sambung cakap pasal apa.Aku bagi dia seen aku weh! Tak pernah seumur hidup aku,aku bagi orang seen aku macam tu je.Wow!
**********
Sehari selepas aku bersembang dengan Adam,aku perlu pulang ke asrama semula.Dah habis seminggu outing bermalam,terpaksalh pulang ke asrama balik.Kenalah pergi training hoki,belajar bagai nak rak,kena dengar cikgu membebel ya Allah bila semua benda ni nak habis!
Nampak sahaja muka hadapan blok asrama aku,aku mengeluh kepenatan.Mamam hanya tersenyum melihat muka murung aku yang tak pernah lekang daripada wajah putih mulus aku setiap kali pulang ke asrama."Sabarlah,sayang.Lagi setahun je."
Dengan kemalasan yang bergunung-gunung,akupun mengheret beg roda aku menuju ke asrama.Dahlah dorm aku yang paling atas,hujung dunia pulak tu! Geramnya! Kenapalah tak ada adik-adik yang lalu sekarang ni? Kalau tak boleh minta tolong angkatkan sampai atas.Oh lupa.Adik-adik mestilah balik tepat pukul 6.Pagar betul-betul dah nak tutup baru memunculkan diri.Huh!
Sampai sahaja betul-betul di hadapan almari,seseorang menyapa aku dari belakang.Oh,Yana rupanya.Yana ni satu dorm dengan aku.Tapi aku tak rapat sangat dengan dia.Bercakap pun sebab satu dorm.Tambahan pula,aku tak gemar perangai Yana yang suka bercakap dengan ramai lelaki.Entahlah,bukan nak jadi jahat.Tapi pada aku,dia nampak desperate.Yalah,on call bukan dengan seorang sahaja lelaki.Beberapa lelaki juga yang aku dengar dia bercakap malam-malam.Malangnya,daripada apa yang aku dengar,tak pernah pula dia bercouple dengan mana-mana lelaki tu.Teman tapi mesra kot? Apa-apa jelah!
"Oh,hai yana!" Aku pun tersenyum.Apa-apa pun,dia baik sahaja dengan aku.Cuma aku je yang tak suka sangat perangai dia yang satu tu.Selain itu,dia okay aje.Tapi,kali ni,muka dia nampak lain.Dia senyum juga,tapi ada makna.Eh,ke aku je yang rasa macam tu?
Menyedari muka aku yang mula berkerut-kerut penuh tanda soal,dia pun tergelak."Ha,chat dengan siapa hari tu?"
Lama juga aku berfikir.Lelaki mana pula yang aku berbual baru-baru ini.Tiba-tiba,macam ada halilintar menyambar bumi minda aku,aku baru teringat aku ada bersembang dengan seorang sahaja lelaki sepanjang cuti seminggu ni.
Adam!