STORY

7 0 0
                                    




Sudah dua hari berlalu sejak hari aku follow request Adam Haikal tu.Dua hari jugalah aku habiskan pagi petang siang malam dengan stalk mamat tu.Unable to deny,he got the look.

Pagi hari jumaat,hari kedua paling aku tak suka kalau cuti outing bermalam.Hm,esok dah kena balik asrama.What a life? Tak apala tinggal setahun je and I'm done! Jadi,pagi tu,aku bangun awal sikit,nak habiskan masa dengan mama la kononnya.Aku pun dengan muka busuk baru bangun tidur,terus berjalan turun ke bawah mencari mama yang sudahpun berada di dapur menyiapkan sarapan.

"Morning,ma.Masak apa tu?" Laju sahaja tangan aku menarik bangku berdekatan mama dan duduk bersila di atasnya.Mama memusingkan badan,menjeling dan memandang ke hadapan kembali.Macam biasa.

"Hish,budak ni.Busuk-busuk macam tu,terus turun nak makan.Pergilah mandi dulu kot ya pun." Aku gelak jelah mampu.Sambil terkek-kekek,aku berlari anak dan terus memeluk mama dari belakang.Tanpa belas ihsan,mama mengetuk badanku menggunakan senduk kayunya.Sai tu sakitlah,tapi kelakar tengok mama geram dengan perangai nak bongsunya ni.

Setelah puas bergurau manja dengan mama,aku bergerak ke ruang tamu,melabuhkan punggung di sofa yang sama menjadi kegemaran sejak zaman tok kaduk.Macam biasa,rutin harian aku berulang setiap pagi.Buka twitter,scroll,tutup.Buka instagram,scroll,tapi kali ni tak tutup.

Lambang 'instagram story' Adam muncul di skrin telefon bimbitku.Gatal sahaja tangan ini ingin menekannya.Again,aku being aku.Definition of crush bagi seorang Sarra ialah 'crush mesti notice'.And the best thing is,crush aku yang sebelum-sebelum ni tak pernah tak notice aku.Bukanlah nak flex ke apa,tapi aku boleh dikira 'hotstuff' dalam kalangan students sekolah elite.Macam ikon sekolah pun ada juga.Hehe.Plus,aku dalam kalangan clique famous sekolah aku.Yes,setiap sekolah akan ada clique yang dicop sebagai ikon sekolah dan aku antara member clique tersebut.I have the glam,right? Ok,abaikan yang tu.

Selalunya,crush aku yang sebelum-sebelum n,memang mereka yang akan buat first move.Tapi kali ni,aku macam nak buat kelainan sikit.Let's start first memandangkan Adam ni pun bukan calang-calang orangnya.Maybe ikon sekolah dia juga,I guess.

Jadi,tanpa berfikir panjang,aku tekan butang story Adam dan surprisingly,dia buat 'boomerang' yang memaparkan muka dia sendiri.Close up! Aku tak tipu mana-mana perempuan pun boleh jatuh hati bila tengok si Adam ni punya boomerang.

Caption dia: 'Bila rambut nak panjang ni'

Aku blur sekejap.Nak reply apa?Dua tiga saat jugalah aku fikir nak cakap apa.Akhirnya,aku balas, 'Dah panjang la'.

Selepas genap lima saat aku hantar mesej itu kepada Adam,aku rasa macam nak hantuk kepala sendiri dekat dinding.Alahai,apa punya modal nak sembang tu? Sumpah aku tak pandai bab-bab nak mulakan conversation ni.

'Tak boleh jadi,aku kena unsend sebelum dia view'.Namun,apakan daya,sebelum sempat aku buka instagram aku,Adam sudahpun reply mesej aku yang boleh disifatkan 'pointless' tu.

'Haha belum lagi.Dulu lagi panjang'

Bukan nak cakap aku angau ke apa tapi aku rasa aku dah tak betul dah ni.Tak akanlah dia reply macam tu pun aku rasa dia cute sangat?! Tapi tak tipu,aku rasa cute sangat! Cliche,tapi tangan aku menggeletar habis,jantung aku berdegup laju macam nak meletup pun ada.Sekali lagi,aku tak tau nak reply apa.Blank habis.

End up,aku reply: 'Nanti panjang la tu'. Weh,aku betul-betul rasa nak hentak kepala kat dinding.Serious kalau aku dapat mesej macam tu daripada lelaki-lelaki yang pernah tegur aku sebelum ni,aku seen terus.Cukup baik aku tak block.Tolonglah,aku harap sangat dia tak seen aku.Sumpah malu.

Beberapa saat yang mendebarkan berlalu.Alhamdulillah,dia reply.Emoji.

Dah boleh dah kot hantar aku pergi Hospital Bahagia.Dia hantar emoji smiley je weh,aku rasa cute sangat! Dah kenapa ni?!

CRUSHWhere stories live. Discover now