️4

1.4K 49 9
                                    

" Mak, kita tak bagi kawan budak setan"

"Kami tak ada tanduk macam setan. Mak kami bagi kawan"

"Jangan duduk di pondok kami"

"Kami dua berdiri boleh?"

"Salwa jangan bagi dia orang naik"

"Kami duduk dibawah. Pondok ni nak runtuh. Ni main apa?"

"Masak masak. Pergi"

"Kami nak main sama. Kami pergi cari sayur nak masak boleh?"
Salwa pandang Yasmin. Yasmin jeling mata pada Din

"Mak, tak bagi kawan dengan budak kotor, miskin dua orang ni"

"Kami bersih, baru lepas mandi"

"Hurmm, bodoh. Tak faham Mak kami tak bagi kawan dengan budak setan, miskin. Turun dari pondok kami. " Hardin pandang Yasmin.

"Mak, kita takut budak setan ni" Yasmin turun dari pondok terus lari.

"Din kenapa Min menangis?"

"Mana Din tahu."

"Wawa tahu kenapa, sebab kamu berdua setan Min takut dengan budak miskin, kotor macam kamu dua ni. Tepi, nak bagitahu mak. Biar dua setan ni kena tangkap polis"

"Hina kita Mad." Mereka lihat Yasmin menuju semula kearah pondok.

😊😊😊😊

"Siti, oh siti. Buka cepat pintu buruk ni sebelum aku bagi pecah pintu rumah kau"

"Mak, tengah solat. Apa hal ni Kak Ayu. Ketuk macam nak bagi pecah."

"Aku memang nak bagi pecah pun. Mana anak, adik kau setan tu?"

"Apa hal nya cari Din"

"Tepi" Ayu tolak Lin ketepi terus masuk kedalam bilik Siti. Di tolak Siti tengah sujud.

"Kurang ajarnya, mak tengah solat nak apa?" Lin tolak Ayu ketepi.

"Mak, Yasmin takut." Menjerit Yasmin semakin kuat tangisan melihat Ayu dan Lin.

"Sudah lah. Tak payah nak doa panjang panjang." Ditarik telekung. Pergaduhaan terjadi. Hardin dan Yasmin berdiri dihadapan pintu bilik, lihat Ayu tarik telekung Siti.

Din pandang muka Yasmin. Teruk Yasmin dipukul oleh Hardin.

Menjerit Ayu, tarik Yasmin. "Pasal apa pukul anak aku." Lin tolak Ayu ketepi. Din peluk Siti.

"Kurang ajar sungguh kamu Ayu. Aku tengah solat__"

"Tak payah lah nak buat baik konon solat, kau ingat doa pada Allah, Allah akan makbul doa kau Siti? Dah beranak anak dajjal, Setan. Ni anak kau ni cium bibir Min. Yang dia ni pergi ke pondok anak aku kenapa? Pergi kacau__"

"Din dengan Mad nak main masak masak saja Mak. "

"Yang pergi cium Yasmin kenapa?"Lin ketuk kepala Din.

"Din tengok cikgu Haslan cium cikgu Ramona. Din ikut lah. Cikgu kata abang geram tengok bibir sayang_" Siti geleng kepala, kesat airmata.

"Cukup. Jangan lah pergi ikut orang buat apa. Saya minta maaf Ayu."

"Kalau sekali lagi anak kau kacau Min, siap kau Din. Aku tahu nak buat apa"

"Dia memang suka kacau Min. Min tak suka Din. Din pergi bagitahu Wan dia nak kahwin dengan Min."

"Amboi, baru darjah enam dah gatal. Mati hidup semula aku tak akan sekali terima setan ni jadi menantu aku. Keluarga miskin. Setakat Iriz kakak kau pakai, dengan rumah nak roboh. Hidup pun miskin ada hati nak anak orang kaya. "

Budak Setan Where stories live. Discover now