CHAPTER 9

2.2K 91 5
                                    

"Eh, Aisy!! Buat apa kat sini? Erin, Aqi n Aaira pun ada??? Wait, kaki Aaira tu kenapa? Ok ke tidak kaki dia tu?"  tanya Ahza berulang-ulang.

"Banyak pulak tanya mamat ni, cubit mulut tu kang baru tau!" gumam Aisy perlahan.

"Aisy mengata apa tu? Ingat Along tak dengar eh?" bidas Ahza.

Aisy hanya membuat muka taktahu.

"Abang Ahza dengan Aisy ni kalau tak menyakat satu hari tak sah eh? Tu sape Abang Ahza?" tanya Erin bertubi-tubi.

"Abang kalau tak gaduh dengan Aisy tak sempurna hidup abang tau. Dia satu-satunya adik abang, siapa lagi abang nak buli kalau bukan dia. Diaorang eh?    Mana boleh bagitahu kan Awisy." balas Ahza dengan senyuman yang penuh makna.

Aisy dengan sepupunya sudah pun membuat muka menyampah.

Tiba-tiba Aqi bersuara.

"Eh, tu bukan Cikgu Amni ke?"tanya Aqi

Aisy dan sepupunya yang lain hanya memerhati ke arah yang ditunjuk Aqi.

Aaira mengangguk lalu bersuara.

"Cikgu Amni buat apa kat sini? Cikgu kenal dengan diaorang ke?" tanya Aaira sambil menunjuk ke arah The Kings. (Ahza and the gangs) 

Cikgu Amni hanya tersenyum dan menjawab pertanyaan Aaira itu.

"Cikgu jalan-jalan dengan sepupu-sepupu cikgu dan The Kings la. Mesti la Cikgu kenal dengan diaorang." balas Cikgu Amni.

Aisy dengan sepupunya hanya mengangguk.

Gadis yang melanggar Aaira tadi tiba-tiba  bersuara.

"Adik, akak minta maaf, akak tak sengaja tadi sebab tengah balas mesej adik akak. Maaf ya.. Kaki adik ok tak ni?" balas gadis itu.

"Takpe kak. Ok ja. Sakit sikit je ni." balas Aaira

Ahza memecahkan kesunyian antara mereka semua.

"The Queens  perkenalkanlah diri korang kat diaorang." kata Abang Ahza

TQ hanya mengangguk. Seorang demi seorang mereka memperkenalkan diri mereka.

"Hai, saya Nurin Arissa. Boleh panggil Arissa. Umur 23 tahun. Adik kepada kakak Amni  dan kakak kepada Ammar."

The Girls hanya melopong apabila mendapat tahu Ammar adalah adik kepada Cikgu Amni.

"Hai, saya Raid Hilmi. Panggil  Hilmi je. Umur 25 tahun, dan abang kepada Yana, Naufal dan Fiya."

TG hanya mengerutkan dahi mereka kerana tidak menyangka mereka mendapat begitu banyak kejutan.

"Hi, saya Wardah Liyana. Boleh panggil Yana dan umur saya 23 tahun." katanya sambil tersenyum manis.

"Saya Wafiq Affan. Boleh panggil Affan dan saya abang kepada Aathira dan Wafiy. Korang mesti kenal dia kan? Umur saya 19 tahun."

TG hanya mengangguk tanpa banyak songeh.

"Hi, saya Rayyan Thaqif. Boleh panggil Rayyan dan umur saya 23 tahun. Saya abang kepada Nafis, Qayla dan Del."

Tiba-tiba, salah seorang daripada ahli TK bersuara.

"Okey, sekarang turn korang pulak perkenalkan diri." kata Affan sambil tersenyum.

'Hai, saya Dhiya Airis Eryna. Boleh panggil Erin."

"Hi, saya Dhiya Aimy Aqeela. Boleh panggil Aqi."

"Saya Dhiya Aaira Ameera. Boleh panggil Aaira."

Star HighschoolWhere stories live. Discover now