CHAPTER 12

1.4K 66 4
                                    

Setibanya Aisy di pintu bilik mereka, sepupu-sepupunya yang lain pun menerpa ke arahnya.

"Aisy, kenapa kakak aku panggil tadi?" Soal Erin.

"Aisy, kau nangis ke?" Soal Aaira pulak.

"Takde lah. Kak Fiya bagi ni je. Arwah kak Awliya bagi." Balas Aisy.

"Ohh,Aisy, sabar ye.." kata Aqi.


Aisy hanya mengangguk.

************

Setelah selesai berehat, mereka pun berkumpul di lobi apartment . Masing-masing menunjukkan muka teruja.

"Along, kita nak jalan-jalan ni nak guna apa? Takkan nak guna grab je??" Soal Aisy.

"Taklah, Along ada sewa 2 buah kereta. Nanti Aisy,Afia,Erin,Aqi,Naila dan Aaira tumpang Along. Adwa, Farhan, Fawwaz, Fahmi,Harith,ikut Angah." Terang Ahza kepada Aisy dan sepupunya.

"Eh, wait!! Kita nak gi mana hari ni? Soal Naila.

"Hari ni kita pergi kat Masjid Kota Kinabalu, Tanjung Aru Perdana Park dan Pantai Tanjung Aru." Balas Anaqi.

"Ohhh.. Baiklah abang Anaqi." Balas Farhan sambil mengangkat tangan ke dahi untuk membuat tabik hormat.

Yang lain hanya ketawa. Setelah beberapa minit, mereka pun sampai ke Masjid Kota Kinabalu. Masing-masing terpegun dengan keindahan masjid tersebut. Mereka pun masuk ke masjid dan meneroka seni bina masjid itu. Mereka sempat mengambil beberapa keping gambar dengan menggunakan kamera milik Aisy dan Erin.

Tiba- tiba satu suara memecahkan keheningan petang mereka yang indah itu.

"Korang tahu tak apa sejarah masjid ni?" Soal Harith tiba-tiba.

"Tak tahu. Abang tahu ke?" Soal Aqi lagi kepada abangnya.

"Mestilah tahu." Jawab Harith ringkas.

"Cerita la Harith." Pinta Afia.

"Okey, untuk pengetahuan korang, kos pembinaan masjid ni ialah sebanyak 34 juta. Seperti yang korang tengok tadi, seni bina kat masjid ini memang cantik dan unik sebab seni bina masjid ni diinspirasikan daripada Masjid Nabawi yang terletak di Madinah. Masjid ni juga digelar masjid terapung kerana dikelilingi oleh lagun buatan manusia. Masjid ni juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, klinik penjagaan paliatif, 3 buah madrasah dan ladang ikan. Yang paling bestnya kat sini, kita boleh baik bot untuk menikmati permandangan masjid yang sangat indah." Terang Harith panjang lebar.

"Wow!! Bravo! Macam mana abang tahu semua ni?" Tanya Aqi.

"Membaca lah, tu lah orang suruh banyakkan membaca tapi Aqi selalu mengelat. Nasib baik bijak." Balas Harith.

"Biarlah, malas-malas Aqi pun, Aqi bijak lagi tau." Balas Aqi memulangkan buah paku kerasnya terhadap abangnya sambil memuncungkan mulutnya.

Harith hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Yang lain hanya ketawa apabila melihat pergaduhan kecil diantara mereka berdua.

Star HighschoolWhere stories live. Discover now