CHAPTER 20

1.2K 69 11
                                    

Perjalanan ke kampung opah mengambil masa selama 4 jam. Aku merasakan pinggangku seperti patah dan sengal-sengal. Suasana rumah opah kedengaran hingar-bingar. Aku ternampak sebuah kereta Myvi yang cukupku kenali. Aku merengus kecil.

"Hishh!! Dah sampai pulak minah gatal tu." omelku sendirian.

"Aisy, jom masuk." ajak Umi lalu masuk ke dalam rumah.

Aku masih lagi tercegat di luar rumah.

"Hah!  Mana anak kamu yang lagi sorang tu? Jijik sangat nak memijak rumah ni???  Dasar anak orang bandar betul!!" kata Opah.

Aku hanya membuat muka jengkel di luar rumah.

"Suara macam tarzan, ingat aku tak dengar ke kat luar ni." omelku sendirian.

"Mak, apa cakap macam tu kat anak Latifah." sahut umi lembut.

"Suka hati aku lah." balas opah.

Aku sudah menggenggam tanganku. Menahan hati dari marah.

"Kalau bukan sebab dia mak kepada umi aku, dah bersepai gigi dia tu! Terpekik terlolong macam orang gila." omelku lagi.

Tanpa membuang masa aku terus memanjat tangga dan memberi salam.

"Assalamualaikum." ucapku lalu tangan opah ku salam.

Opah segera menarik tangannya apabila aku ingin mencium tangannya.

"Aku ingat kau dah tak sudi masuk tadi." katanya garang.

Aku tidak mempedulikan kata-katanya lalu menyalami atok yang tersenyum kepadaku, Mak Long yang membenciku merangkap ibu kepada Yana dan Yani, Pak Long, Mak Lang, Pak Andak, Mak Andak, Pak Uda dan Mak Uda.

Setelah selesai bersalam, masing-masing membuat aktiviti sendiri. Ada yang sedang menyediakan juadah untuk berbuka. Ada yang berbual kosong,  dan menonton televisyen. Aku terjengah ke kiri dan kanan mencari kelibat kak Aryana dan Alyssa. Aku menghampiri Mak Lang yang merupakan adik kepada umi.

"Mak Lang, kak Aryana dengan Alyssa mana?" soalku.

"Diaorang pergi pasar tadi ikut Aryan." balas Mak Lang.

Untuk pengetahuan korang Aryan tu abang kepada Alyssa dan Aryana.

"Ohh.. Lama dah ke?" soalku lagi.

"Lama jugaklah. Aisy, kamu okey tak ni?" soal Mak Lang

"Aisy okey je la." balasku sambil tersenyum.

"Jangan ambik hati dengan opah ye." pesan Mak Lang.

Aku hanya mengangguk sahaja.

******

Aku melihat umi sedang memasak juadah untuk berbuka di dapur. Aku menuju ke arah umi dan memeluknya dari belakang.

"Umi, masak apa tu?" soalku sambil tersenyum.

"Aisy ni.. Terkejut umi. Ingat siapa lah gatal sangat peluk umi. Umi masak ayam masak merah, asam pedas, ikan masak lemak cili api, sayur terung masak kari dan tempoyak ikan patin." balas umi.

"Emmm, sedapnya. Rajinnya umi masak sorang-sorang. Nak Aisy tolong tak?"

"Bolehlah, Aisy tolong umi cuci pinggan mangkuk dan kuali kotor tu ye. Umi nak masak satu lagi makanan ni. Boleh tak?" balas umi.

Star HighschoolWhere stories live. Discover now