BAB 25

226 8 0
                                    

Bunyi tapak kaki berlari dan tembakan bergema di malam bulan menyinar. Dua orang manusia sedang berlari dengan laju di atas jalan raya sambil meletakkan tangan diatas kepala mereka demi mengelak peluru yang ditembak kearah mereka.

Tiba-tiba larian mereka terhenti apabila ternampak sekujur tubuh sedang berdiri di hadapan mereka. Larian yang sejauh 200 meter itu menyebabkan mereka tercungap-cungap mencari oksigen.

Adra melihat bukan hanya seorang tetapi lebih kurang 50 orang mengepung mereka berdua termasuk yg berada di luar kepungan. Lelaki-lelaki di luar kepungan itu tersenyum sinis melihat Adra dan Naufal yang sudah terkepung oleh anak-anak buahnya.

Adra dan Naufal semakin merapat. Belakang bertemu belakang. Pistol hitam buatan Jerman dipegang kemas Naufal manakala pedang tajam dipegang oleh Adra. Masing-masing kepenatan akibat dikejar dari tapak parking office sehingga bertemu di tengah jalan kota raya Kuala Lumpur yang penghuninya sudah tidur.

*Flash back*

Adra menghayunkan kakinya ke tangan lelaki itu menyebabkan pistol hitam itu tercampak jauh. Dia memusingkan badannya dan menarik tangan lelaki itu dan menghumbannya ke hadapan. Kemudian, dia menumbuk berkali-kali sehingga dia puas melihat lelaki itu pengsan dan tidak bergerak.

"Abang amik pistol tu. Simpan elok-elok. Tengok ada berapa lagi biji butir peluru. Pastu abang pegang je. Jangan lepaskan. Nampaknya lelaki ni ada bawa pedang boleh la pakai. Heh! Senang je nk tumpaskan." Adra menyepak lelaki itu.

"Ada lagi 10 biji peluru. Apa kita nak buat dengan lelaki ni. Siap pakai topeng cap bagai. Tak panas ke."

Bising Naufal. Hampir luruh juga jantungnya bila ternampak untuk pertama kalinya Adra menunjukkan skil lawannya.

"Abang, ara rasa dia tak berseorangan. Kita kena buat plan sebelum member dia datang. Sekarang ni abang telefon cepat Latif. Bagitau hal ni. Ara tertinggal telefon kat pejabat tadi. Cepat!" Desak Adra.

"Asslammualaikum Latif. Tolong kitaorang. Kitaorang kena serang dengan seorang lelaki. Maybe dia punya geng pun akan datang. Kitaorang kat tempat parking lot. Takpe, kalau jadi apa-apa, aku masih lagi on fon. So korang boleh jejak fon aku ni. Btw, cepat! Bang! Bang!"

Naufal mematikan panggilan apabila terdengar bunyi tembakan yang kuat.

Adra dan Naufal memandang seorang lelaki yang sedang memegang senapang patah di tangan kiri manakala sebatang rokok terdapat di tangan kanannya. Terdapat lebih kurang 20 orang lelaki di belakang lelaki tersebut.

"Hai Adra! How are you? Long time no see you face. I really miss you so much. Do you miss me too?" Soalnya lelaki itu. Sinis.

"Miss you? Oh my god! Buat apa aku nak rindu kau? Kau bukannya penting pun pada aku. Nampaknya, kau dah bergabung dengan si tak guns tu. Nampaknya juga, kau dh memudahkan kerja aku utk hapuskan korang semua sekali gus. Theo."

Ucap Adra sinis. Lelaki ini merupakan mafia kedua terkuat selepas dia. Dan mempunyai anggota kumpulan paling ramai sekali. Dia tahu dia takkan mampu untuk mengalahkan lelak ini seorang diri. Dia memerlukan ramcangan sekarang.

"Handsome juga eh suami you? Nampak hot! Boleh aku ambil tak? Jual kt club i. Hahhaha!!" Balasnya sinis. Adra masih berdiam diri. Merenung setiap seorang dari mereka untuk mencari kelemahan biarpun sedikit.

"Ara abang rasakan kita kena berlari kebelakang sekarang. Logan dh tunggu kt hujung sana. Dia suruh lari secepat mungkin. Pastu, abang rasa ada idea macam mana nak selamatkan kita." Bisik Naufal di telinga kiri Adra.

Adra mula berfikir sejenak. Matanya melilau ke sekeliling melihat anak-anak buah Theo. Dia mengundur ke belakang dan ke sebelah Naufal.

"Oky. Get ready...now!" Jeritnya seraya memulakan langkah besar. Theo yang sedang sibuk ketawa mula mengejarnya.

MY BADASS WOMAN  [C]Where stories live. Discover now