BAB 6

325 11 0
                                    

Hari ini merupakan hari perkahwinannya dengan Adra. Majlis sederhana dilakukan oleh Adra. Mereka diijab kabulkan oleh tok kadi di masjid negara dan adik-beradik mereka merupakan saksi majlis itu.

Kata Adra, selepas mereka balik dari Rusia baru mereka umumkan perkahwinan mereka kepada semua dan langsaungkan majlis.

"Malam ni kita akan bergerak ke Rusia. Dalam pukul 9 malam flight kita." Naufal memandang Adra. Wajah mulusnya ditatap lama. Ini perempuan yang akan hidup semati dengannya.

Dia tak pasti mengapa dia sanggup membuat perkara ni. Dia keliru dang bingung tapi terselit sedikit gembira kerana dapat bersama orang yg hebat seperi Adra.

Adra perasan yang Naufal memandangnya. Di sebalik rancangan dia untuk mengucar-kacirkan hidup lelaki ini, dia berasa gembira juga kerana dia dapat merasakan lelaki ni lain daripada lelaki di luar sana dan lain daripada adik iparnya, Nafis.

Adra mengalihkan mukanya untuk menghadap Naufal. Ketika dia berpusing, mata mereka bertentang. Naufal segera mengalihkan pandangannya ke tingkap.

Adra pula menundukkan kepalanya kerana menahan malu. Muka mereka sudah memerah separti tomato.

"Ehem!" Naufal berdehem. Dia meneguk air liur. Macam melekat dekat celah kerongkong. Tersekat! Syafiq yang memandu kereta melihat karenah mereka tergelak.

"Kenapa kau gelak? Lawak ke?" Marah Adra melihat Syafiq. 'Dah la malu, boleh pulak diketawakan. Ish, geram aku.' Marahnya.

Adra hanya memandang Naufal melalui hujung matanya. "Ermm...kita nak pergi mana ni?" Soal Naufal. Dia berasa pelik kerana laluan yang mereka lalu bukan kearah rumahnya.

"Oo...kita nak pergi rumah aku. Sekarang kau akan duduk dengan aku. Barang kau semua jangan risau sebab aku dah mintak adik kau dengan pembantu aku angkat semuanya pergi rumah aku." Terang Adra tenang.

 "Oo...oky." Keadaan dalam kereta kembali canggung. Tiba-tiba Syafiq mendapat idea.

"Ermm...tuan Naufal..." panggil Syafiq.

"Ya."

"Saya nak tanya? Tuan Naufal rasa yang cik puan saya ni cantik tak? Apa pandangan pertama tuan?" Soal Syafiq sambil tersengih.

"Hmm...apa ya.." Naufal memikir sambil mengetukkan dagunya.

"Dia cantik, manis, matang, kadang-kadang baik, kadang lembut, bijak dan akhir sekali berani."

Balas Naufal sambil memandang Adra. Adra melihat Naufal dengan mulut terbuka. Hatinya menjadi hangat. Hangat kerana sekarang yang memujinya adalah suaminya sendiri.

Naufal melihat muka Adra yang sudah memerah seperti tomato. Dia tersenyum melihat Adra. Dia bangga.

              *********************************

 Naufal terpegun melihat luar rumah Adra apatah lagi dalaman mesti cantik.

"Ui, nak mati kesejukan ke berdiri lama-lama kat situ? Jom masuk!"

Jerit Adra apabila melihat Naufal seperti rusa masuk kampung. 'Macam apa la laki aku ni. Haih nasib la Adra. Terima je dapat lelaki jakun macam dia.' Bisik hatinya.

Rumah agam setingkat yang cukup luas. Dari luar sahaja boleh nampak betapa cantiknya rumah ni.

Bumbung berwarna coklat dihiasi dengan kayu di atas bumbung menampakkan ciri-ciri kemelayuannya. Warna dinding pula berwarna kelabu dihiasi kelilingnya slidingdoor dan lantai dalam pula adalah kayu kesemuanya.

Menampakkan gaya Jepun di dalam bahagian rumah. Tetapi gaya hiasan dalaman pula bercirikan moden. Jadi boleh kira rumah ini ada 3 gaya iaitu moden, Jepun dan Melayu.

MY BADASS WOMAN  [C]Where stories live. Discover now