BAB 27

221 9 0
                                    

"Heheheh kau..tak mampu nak...selamatkan...isteri kau..hahahhah..."

Ucap Nafis tersekat-sekat. Naufal memandang kosong kearah Nafis yg terbaring dan tercungap-cungap mencari nafas seolah- olah nyawa dihujung tanduk.

"Aku sayang kau selama ni. Tapi ini yang kau balas untuk aku Nafis? Aku berpenat lelah cari duit untuk sara kau sejak mak dengan ayah kita meninggal, tapi ni yang kau balas untuk aku? Aku tak tahu nak kata apa lagi cuma terima kasih untuk selama ni. Selama kau dengan aku. Cuma aku tak boleh terima yang kau masih nak putuskan aku dengan Adra."

"Aku minta maaf atas segalanya. Dan juga halalkan segala yang kau beri pada aku dan aku halalkan apa yang aku beri pada kau. Kalau malam ni kali terakhir aku bertemu dengan kau, aku betul-betul minta maaf. Maafkan aku.."

Naufal menunduk menahan air matanya dari keluar. Nafis memandang abangnya dengan pandangan sayu. Dia tahu kali ni, dia terlebih. Dia tersilap langkah. Dia terlalu mengikut kata hati.

Nafis bangun dari pembaringannya lalu melangkah kearah Naufal. Secara perlahan-lahan dia menghampiri Naufal. Saat dia mahu menyentuh bahu Naufal, dia merasakan satu tusukan kuat di dada kirinya.

Naufal mendongak dan memandang adiknya yg berada di hadapannya. Matanya membulat apabila melihat darah pekat keluar membuak-buak dari celah baju yang dipakai Nafis.

Naufal segera mendapatkan adiknya yang terjelepuk di atas tanah manakala Nafis mula tercungap-cungap mencari nafas terakhir. Baru kini dia merasa betapa pentingnya nafas yang Allah beri selama ni.

Tapi kini dia mungkin takkan dapat menghirupnya lagi.  Naufal memeluk erat Nafis dan menyuruh adiknya mengucapkan syahadah.

           "Ashhaduallahillahhaillallah...waashhaduannamuhammadurasulullah...".  Naufal mengucap di telinga Nafis agar Nafis mengikutinya. Kemudian, dia merasakan badan Nafis mula memberat. Air matanya tak dapat ditahan lagi.

Esakkan dan raungan memecah sunyi pada malam itu. Naufal meratap badan adiknya yang tidak bernyawa lagi dengan penuh sesalan. Sesalan yang mana tak dapat menjaga adiknya dengan baik sejak dulu. Tapi kini sesalan dia tak bermakna lagi.

Tiba-tiba, satu pelukan kuat dari belakang dapat dia rasakan. Dia mahu menoleh tapi dihalang oleh orang itu.

"Shuuu...abang jangan sedih. Abang kena kuat demi diri abang, ara dan arwah. Please, jangan macam ni. Bangun. Biar ara uruskan mayat dia." Adra membuka bicara. Dia sendiri tak mampu melihat Naufal sebegini.

Adra menolong Naufal berdiri dan meminta anak buahnya memimpin Naufal ke kereta dan bawa pulang kerumah mereka. Adra akan pulang selepas menyelesaikan mayat Nafis.

Setelah kereta Naufal berlalu, Adra membersihkan dan menghantar mayat Nafis ke hospital bagi membuat sijil kematian.

                     ==============================
Sedang dalam perjalanan balik, Adra hanya berdiam diri. Syafiq dan Logan hanya memandang dari cermin belakang untuk melihat keadaan Adra.

"Latif, cer kau suruh puan muda dgn tuan muda pujuk kak adra. Kesian aku tengok tu. Mesti dia berfikir-fikir apa yang nak bagitau kat abang Naufal. Gi lah." Saran Syafiq.

"Yee laa. Tapi boleh tak kita tunggu sampai rumah. Ini rumah pun tak jejak, dah suruh aku buat macam-macam. Aku cepuk kau nanti baru tahu." Acah Logan.

"Ok-ok jangan marah.  Bro. Hahaha..aduh..sakitnya pipi aku." Rintih Syafiq perlahan sambil melihat kedua pipinya lebam akibat perlawanan tadi.

"Sikit je tu. Apalah. Macam perempuan." Sindir Logan perlahan. Syafiq menjeling kearah Logan tajam. Logan sekadar tersenyum sinis menunjukkan dia menang kerana dia tahu bahawa Syafiq memang malas melawan.

"Syafiq, Logan diorang ikut kita tak? Nanti diorang tersesat pulak." Seru Adra mengejutkan mereka. Syafiq segera memandang cermin sisi untuk melihat kereta yang sepatutnya mengikuti mereka ikut atau tidak.

"Ada kak." Balas Syafiq perlahan.

"Oky" balas Adra sepatah.

Syafiq dan Logan memandang sesama mereka dan memgangkat bahu menunjukkan mereka tak tahu nak buat apa tentang kakak mereka. Mereka sekadar membatukan diri dan menunggu waktu mereka pulang nanti bahawa peperangan bakal berlaku lagi atau tidak.

Mereka berdoa sahaja agar semuanya baik-baik. Bukan mereka tak tahu apa yang akan berlaku bila pasangan suami isteri ni bergaduh.

=============================

Sorry sangat pada semua yang membaca😅. Saya memang busy dah kebelakangan ni so sorry sangat2 sbb jarang update😅. Insha Allah saya akan siapkan cerita ni sebelum raya. Aaamiiinn. 😂😂. Saya kekurangan idea jadi memang agak hambar tapi dalam otak dah ada cerita lain nk buat😂😂. So stay tune sampai cerita ni habis ye. Bye tu je yang mampu saya coretkan. Assalammualaikum 💕💕

MY BADASS WOMAN  [C]Where stories live. Discover now