Bab 10

1.2K 24 2
                                    

Mika duduk di birai katil. Sakit betul hatinya bila teringatkan bos sengal plus setan macam Jimin tu. Patutlah belum kahwin. Kalau mulut jahat seperti Jimin, itik betina pun belum sudi nak rapat! Telinganya belum pekak lagi. Setiap butir kata yang keluar dari mulut Jimin masih terngiang-ngiang di telinganya.

Tok-tok... Pintu biliknya diketuk dari luar. Mika mengintai. Ah... Team member datang ajak makan malam mungkin. Alamak! Mika masih belum siap. Dia masih berseluar pendek dan baju T tanpa lengan.

Tok-tok! Mika mula garu kepala. Salah dia la terlajak tidur. Telefon bimbit menyala tanpa nada deringan. Mika sengaja silent sebab alasan tidur tanpa gangguan. Nah... Sekarang dia sendiri terlambat. Mika mencapai tombol pintu, tapi hasrat terhenti sekejap bila terdengar namanya disebut.

"Kau orang tengok la... Ni la sejenis perempuan yang menyusahkan. Makan pun nak kena jemput bagai. Aku dah cakap... Budak Mika ni bukan bagus sangat pun. Gaya saja lebih," ujar Jimin dari luar koridor bilik.

"Nama pun perempuan... Mesti nak touch up sikit." Suara Opai turut sekali menyahut. Mika mula pasang telinga di daun pintu, sejauh mana mereka berminat mengumpat dirinya.

"Tak payah mekap la... Kalau nak lawa, mesti kerja pejabat. Tak payah susah nak sibuk jadi welder... Mika tu kalau menyelam, ikan pun larilah." Jimin bergurau tak kena tempat.

"Eh... Lawa tu. Kalau headband di kepala dia ikat jadi reben, comel macam anak aku juga tu." Giliran Alai pula memberi pandangan.

Udin masih menekan nombor Mika berulang kali. Jimin melangkah ke depan pintu. Sekali lagi ketukan kuat dihadiahkan kepada tuan empunya bilik. Mika tidak memberi sebarang reaksi. Mika rasa meluat dan menyampah. Kalau mulut tu gatal sangat nak mengumpat, carilah tempat lain. Kenapa mesti mengata dan mengumpat di depan biliknya sendiri? Nampak sangat mereka memang berniat mahu dia mendengar sekali.

"Blah la... Sehari tak makan, tak mati la anak Mohtar tu... Jaga perut sendiri sudah."

Jimin mula hilang sabar. Saat itu, Mika bersandar di sebalik pintu. Apa yang didengar semua dirakam dan disimpan kemas dalam mindanya. Jimin! Memang sesuai sangat gelaran budak setan tu melekat padanya. Mulut Jimin memang jenis cakap lepas. Muka kacak tapi sayang, versi mulut tempayan. Menyampah sungguh Mika. Kalau bukan sebab nak bergurukan mamat sengal tu, tidaklah Mika sanggup terhegeh-hegeh buat segala bagai. Serius... Mika dah macam orang gaji Jimin. Sampai nak minum pun, Jimin tetap suruh Mika ambilkan.

Perut mula minta diisi, Mika berjalan menuju ke bilik air. Rasa marah boleh reda sikit kalau bersiram di bawah shower. Lagi diingat peristiwa tadi lagi bertambah sakit hati.

Mika mengenakan seluar jean dan baju T putih. Kemeja bercorak bunga kecil berwarna biru tua berlengan panjang dilipat sehingga tiga suku lengan kemas disarung ke badannya. Sesekali jari-jemarinya membetulkan juntaian rambutnya. Pintu lif terbuka dan Mika cepat-cepat meloloskan diri. Suasana pada waktu malam agak meriah.

Mika mula meninjau kedai makan yang menarik. Tadi rasa lapar, tapi bila di sini semua nampak sedap dan menyelerakan. Nah! Sekarang Mika sendiri keliru kedai mana nak masuk. Kalau ada kawan, boleh juga minta cadangan.

Mika pusing ke belakang, lain yang hendak dilihat, lain pula yang nampak. Jimin dan team member lain nampak sungguh berselera menjamah makanan. Mika cepat-cepat berpaling ke arah lain. Dia terus melangkah meninggalkan tempat tadi. Mika tak mahu muntah hijau kerana Jimin sebelum makan.

"Kak, nak oder... Nasi Goreng Cili Padi. Telur mata... Nescafe ais satu. Semua bungkus," pesan Mika. Bila tak ada member, makan sajalah seorang diri di dalam bilik. Sementara menunggu makanannya, Mika sibuk melayan telefon bimbit.

Selepas membayar di kaunter, Mika terus berjalan balik ke biliknya. Sampai di depan bilik, langkah Mika terkaku bila melihat ada beg plastik tergantung di tombol pintu bilik. Mika mencapai dan membawa masuk ke bilik. Bau aroma yang menyelerakan.

Single Terlalu Lama!Where stories live. Discover now