#CHPATER 1

11 3 3
                                    

Hari ini adalah hari pertama kami berenam masuk ke Universiti Seoul. Kenapa berenam sahaja? Hanya aku,Han,Lee,Nisa,Khai dan Noe sahaja melanjutkan pembelajaran ke Universiti Seoul. Apek mana? Apek terpaksa menyambung pembelajaran di China bersama ibu dan ayahnya

Kami berenam mendaftar masuk kesekolah itu diiringi oleh pengawas sekolah yang hendsom iaitu Jungkook dan Kai. Merek adalah senior yang diminati ramai sama seperti sahabat-sahabat mereka.

"Baiklah kamu berenam sila ikut saya ke kelas kamu" Kata cikgu Ellish.

    Kami hanya mengikuti Cikgu tersebut di belakang. Sesampai di kelas Cikgu Ellish meminta kami berenam untuk memperkenalkan diri kami.

     "Hai nama saya Khatijah dan kami ialah pelajar pertukaran daripada Universiti Unimas." Kata ku sambil menghadiahkan senyuman kepada semua orang di kelas tersebut.

      "Hai nama saya Han dan ini ialah Noe. Kami berdua ialah kembar tidak seiras. Selamat berkenalan semua" Kata Han sambil menghadiahkan senyuman manis kepahitan.

       "Hai nama saya Aireen Khairunnisa. Selamat berkenalan" Kata Nisa sambil senyum hingga ternampak pipinya yang gebu itu membulat. (Omgg!!! Comel siakkkk!)

       "Hai nama saya pula Nurul Khairunnisa dan ini Lee. Kami ucapakan selamat berkenalan" Kata Khai dengan malu.

Kemudian Cikgu Ellish bertanya "adakah kamu semua ini satu kumpulan. Maksud saya sudah lama berkenal?" Tanya Cikgu Ellish yang senyum tidak lekang dibibir

     "Ya kami berenam sudah lama kenal sejak di kolej lagi. Dan ya kami juga adalah satu kumpulan.😆" Terang ku kepada Cikgu tersebut.

Tanpa membuang masa kamipun berjalan duduk di kerusi. Alangkah bertuahnya kami duduk di kerusi yang tidak jauh bezanya. Aku duduk disebelah Nisa manakala Han duduk di sebelah abang kesayangannya dan Lee disebelah Khai.
.
.
.
.
.
.
WAKTU REHAT

Aku dan yang lain berjalan ke kantin sekolah untuk menjamah sedikit makanan. Semasa dalam perjalanan kami bergurau senda sehingga aku terlanggar seorang lelaki tinggi berkulit putih yang bernama Byun Baekhyun. Aku tergamam kerana melihat kekacakkannya itu seperti OMG!! Sukar di jelaskan.

       "Maafkan saya. Saya tidak sengaja. Maaf." Kata ku sambil bersungguh-sungguh meminta maaf.

         "Lain kali mata tu letak diatas bukan dibawah. Jalan tu elok sikitlah." Kata seorang lelaki yang lebih tinggi bernama Park Chanyeol.

Baru first day tapi aku dah dapat seorang musuh. Tidak apa. Aku akan balas dihari lain. Tetapi yang aku peliknya aku langgar Baekhyun bukan dia. Yang dia nak marah pehal. Ish geramnya aku. Lalu aku pun berjalan laju menuju ke kantin diikuti yang lain.

      "Oii tepi. Ini meja kitorang" Kata seorang perempuan bernama Sana.

        "Asal pula ni meja korang? Nama bapa korang ada tertulis kat sini ke?" Kata ku hingga membuat Han,Lee,Nisa,Khai dan Noe ketawa terbahak-bahak.

     Tiba-tiba seorang perempuan mencurahkan air sirap keatas ku. Perempuan tersebut bernama Nayeon. Aku berdiri dan memusingkan tangannya kebelakang sehingga dia menjerit kesakitan. Lalu keadaan di kantin itu menjadi senyap sehingga semua mata tertumpu kepada kami.

         "Kalau korang nak cari gaduh. Jangan dengan kitorang sebab kitorang bukan lawan korang. Faham tak!" Kata ku kemudiannya melepaskan tangan Nayeon.

Disebabkan perlakuan ku itu sekumpulan lelaki yang berahlikan 11 orang tertarik kepada kami iaitu Baekhyun,Chanyeol,Suga,Jhope,Kyungsoo,Jimin,Jin,Jungkook,Kai Xiumin dan Chen.

       Bukan itu sahaja. Kami telah mengundang kemarahan 3 orang pelajar top disekolah itu. Mereka ialah Shikin,Miliana dan Nurin.
.
.
.
.
.
Sorry kalau chapter ni agak hambar. Harap di maafkan

TIKAM BELAKANG VOL.2Where stories live. Discover now