SHIKIN POV
Hari ini aku,Miliana dan Nurin menunggu Han,Khai dan Nisa didalam kelas. Kerana mereka bertiga yang selalunya datang awal. Tidak lama selepas itu bayangan mereka bertiga sudah terlihat. Inilah peluang kamu untuk memulakan plan kami bertiga.
"Ehh kamu bertiga. Tunggu kejap." Kata ku sambil mengejar mereka.
"Haa nak apa?" Soal Nisa"Tak. Kitorang panggil korang ni sebab kitorang nak ajak korang berkawan je. Tak salahkan" Kata ku sambil mengambil keyakinan mereka.
"Berkawan? Boleh je tak de masalah. Tapi kenapa tetiba je korang nak dengan kitorang ni? Ada apa-apa ke?" Soal Nisa.
Miliana menceritakan kisah palsu kepada mereka tentang ijah.
"Macam ni. Sebenarnya aku nak selamatkan korang dari ijah je. Aku tahu ijah tu ketua korang tapi dia ada niat jahat. Memandangkan korang sekarang ni dah top kat sekolah ni so ijah nak pergunakan korang untuk pikat hati lelaki idaman kat sekolah ni. Buktinya ijah saje naik ke atas rooftop semalam untuk menggoda lelaki-lelaki idaman tu. So aku nak korang jauhkan diri dari ijah. Korang bertiga je yang tahu pasal ni tau. So korang cubalah jauhkan diri dari ijah yang kejam tu ye" Jelas miliana kepada mereka.Sepertinya mereka sudah mempercayai kami. Kita lihat sahaja nanti apa yang akan jadi.
.
.
.
.
End Shikin pov.
.
.
Aku masuk ke kelas dan aku agak pelik kerana Han,Lee,Noe,Nisa dan Khai duduk di meja berdekatan dengan Shikin,Miliana dan Nurin. Apa agaknya yang mereka buat disitu. Aku pun duduk di kerusi ku bersendirian."Guys. Tunggu la aku weih. Jangan tinggalkan aku " jerit ku sambil mengejar mereka berlima.
"Kau nak apa lagi ha? Boleh tak mulai sekarang ni kau jangan dekat dengan kitorang sebab kitorang tak perlukan ketua selfish macam kau" Kata Lee sambil menolak bahu ku membuatkan aku terjatuh.Apa yang aku dah buat. Bila masa aku selfish ni. Omg.. Apa yang buat mereka berubah. Kata suara hati ku.
Aku melarikan diri ke rooftop block belakang untuk menenagkan diri. Tanpa sedar air mata ku mula membasahi pipi. Ya memang aku kuat dalam berlawan tapi aku menjadi lemah bila kehilangan kawan. Lamunan ku terganggu apabila seorang pelajar lelaki bernama Kyungsoo atau dikenali sebagai d.o duduk di sebelah ku.
"Hey kenapa awak menangis? Ni mesti sebab kawan awak tinggalkan awak kan?" Katanya
Aku memandangnya penuh tanda tanya tetapi aku tidak mampu mengeluarkan sepatah pun."Ijah. Kawan awak tinggalkan awak disebabkan hasutan jahat Shikin,Miliana dan Nurin. Ok macam ni pagi tadi saya datang awal and saya ada dengar Miliana cakap kepada Han,Nisa dan Khai. Mereka kata awak mempergunakan mereka untuk menarik perhatian kami sekumpulan. Jadi mereka menghasut kawan-kawan awak untuk membenci awak sebab awak kononnya mahukan gelaran sebagai pelajar top" Jelas Kyungsoo.
Aku terkejut dengan kata-kata Kyungsoo dan berfikir macam mana aku mahu memberi kepercayaan kepada sahabat-sahabat ku semula.
.
.
.
"Baekhyun,Chanyeol aku perlukan bantuan kamu untuk membantu Ijah dapatkan semula kawannya. Kita perlu tolong dia sebab kitalah penyebab dia hilang kawan" Kata Kyungsoo kepada kawan-kawannya yang lain.
Tanpa bertekak mulut mereka pun bersetuju untuk membantu ku kerana bagi mereka juga hilang seorang kawan bagai hilang seribu kenangan
YOU ARE READING
TIKAM BELAKANG VOL.2
Fiksi PenggemarTikam belakang Vol.2 ni mengisahkan kumpulan THE BIJEST yg terkenal masuk universiti yg sama. Kemudian muncul pula shikin,miliana dan nurin untuk membalas dendam kepada kumpulan tersebut akibat THE BIJEST telah mengambil alih kepopuliriti mereka di...