Pagi ini seperti yang kami telah rancang dengan halusnya akan ada pergaduhan besar di dewan bola keranjang. Mak andam kami iaitu Baekhyun dan Taehyung sibuk menghiasi muka kami dengan lukisan bengkak palsu. Baekhyun mengkaryakan muka Chanyeol dengan penuh kasih sayang. Entah apa hubungan mereka berdua. Manakala aku pula didandan oleh Taehyung. Setelah siap kami pun memulakan plan tersebut.
.
.
.
"Oke. Sekarang ni giliran kamu Kyungsoo dan Kai. Kamu naik dari tangga perempuan dan masuk kekelas kamu. Nanti biar aku call kau ya Kai." Kata Jungkook.Sementara menunggu mereka membuat tugas mereka perut ku terasa agak sakit seperti digigit semut. Aku tahu sakit itu datang daripada bekas jahitan itu. Tiba-tiba Jungkook memberi signal bahawa hampir kesemua pelajar sedang berpusu-pusu datang ke sini. Aku dan Chanyeol turut mengambil posisi seperti sedang bergaduh.
.
.
.
"Jangan harap budak bocah macam kau boleh kalahkan aku!! Dalam beratus pelajar di sini aku kagum dengan kau. Kerana kau satu-satunya pelajar yang berani melawan kami" Jerit Chanyeol"Buat apa aku perlu takut dengan kau hah? Sekadar muka hendsom kamu semua tu ala kadar je. Bukannya bawa mati pun" Kata ku sambil terguncap-guncap menahan sakit diperut.
Mata ku meliar melihat sekumpulan pelajar yang mengelilingi pintu masuk dewan tersebut. Tiba-tiba mata ku melihat beberapa susuk tubuh yang aku kenal. Iya. Itu ialah Han,Noe,Nisa,Khai dan Lee. Hampir jatuh air mata ku.
"Kurang ajar!!" Jerit Chanyeol sambil memggenggam kolar bajuku.
Pada saat itu juga aku mulai hilang fokus. Mata ku menjadi kabur-kabur. Tapi aku cuba menahannya. Mujurlah pada masa itu Jungkook dan Kai datang ke arah kami untuk memberhentikan lakonan itu😂
"Sudah Chanyeol. Khatijah berhenti. Jangan bergaduh lagi. Kamu berdua ikut saya ke bilik disiplin. Yang lain sila masuk kedalam kelas masing-masing." Kata Jungkook.
Semasa dalam perjalanan mereka bersorak riang tetapi aku terpaksa menahan sakit. Kali ini rasa sakitnya terlalu parah sehingga aku mula pitam. Aku tiba-tiba rebah di belakang mereka. Suho datang ke tempat ku diikuti oleh yang lain
"Ijah kau ok ka? Hey kenapa ni? Ijah buka mata. Ijah!" Jerit Suho.
.
.
.
Suho pov
.
.
"Kita perlu bawa ijah ke bilik disiplin. Tiada masa untuk dibawa ke bilik sakit kerana terlalu jauh" Kata KuLalu Chanyeol mengangkat Ijah ke bilik disipin dan membaringkannya ke atas sofa.Pintu bilik kami tiba-tiba diketuk dan alangkah terkejutnya kami terlihat sahabat-sahabat Ijah datang. Tidak lain tidak bukan merekalah Han,Noe,Nisa,Khai dan Lee. Kami memeriksa keadaan Ijah dan kami terkesima apabila melihat ada darah mengalir dari bahagian perutnya.
"Kita perlu bawa dia kehospital dengan segera. Jahitan di perutnya sudah terbuka sedikit. Cepat beritahu guru bertugas" Kata Nisa
.
.
.
.Di hospital...
Kami semua menunggu keadaan Ijah memulih. Aku,Chanyeol,Baekhyun,Kyungsoo dan Kai sahaja berada disitu. Member lain tidak dapat datang kerana sibuk. Semua sahabat Ijah juga datang untuk melihat keadaan Ijah.
Setelah beberapa jam menunggu akhirnya doktor pun keluar
"Bagaimana keadaannya doktor? Adakah dia baik-baik sahaja?" Soal Han dengan nada yang risau"Pesakit sudah dalam keadaan stabil tapi dia belum dapat menyedarkan diri mungkin sebab dia tidak mempunyai tenaga. Jadi kalau kamu mahu melawat dia boleh tapi jangan ganggu dia apabila dia sedang berehat" Kata doktor tersebut.
Lalu kami pun masuk kedalam bilik tersebut dan melihat wajah Ijah yang pucat sedang tidur.
"Memandangkan kamu semua ada disini kami ada benda mahu bincang dengan kamu semua The Bijest. Sebelum itu kamu dengar dulu rakaman ini" Kata Baekhyun sambil memainkan audio rakaman bukti kepada mereka
Setelah itu raut wajah mereka terlihat sangat terkejut dan rasa bersalah.
"Ijah tidak mahukan perhatian dari lelaki bukan? Shikin yang kejam mempergunakan kamu sebenarnya. Mengapa kamu terlalu mudah untuk mempercayakan orang? Ijah sudah berusaha habis-habisan untuk melindungi kamu tapi inikah balasan kamu kepadanya? Saya percaya kesan tikaman ini adalah berpunca daripada kes untuk menyelamatkan kamu bukan? Kesian Ijah. Dia sanggup berkorban apa sahaja tetapi kamu langsung tidak pernah menghargainya." Kata Kyungso dengan panjang lebarnya.
"Begini sahaja. Kamu berlima pulang dahulu. Esok sahaja kamu meminta maaf dengan dia itupun kalau dia sudah sedarkan diri" Kata ku kepada mereka
"Sekejap. Bukankah tadi masa di sekolah kamu bergaduh? Kenapa kamu ttiberr ada di sini?" Soal Noe
Kami pun menceritakan kisah sebenarnya kepada mereka. Mereka tidak boleh kata Ijah penipu kerana Ijah tidak akan melakukan sedemikian jika bukan kerana mereka. Tanpa membuang mereka beredar dari sini dan akan datang semula esok. Aku,Baekhyun,Chanyeol,Kai,Kyungsoo dan sehun yang akan menemankan Ijah dihospital malam ini. Kami akan tidur diluar bilik Ijah sambil berharap dia akan sedar esok.
YOU ARE READING
TIKAM BELAKANG VOL.2
Fiksi PenggemarTikam belakang Vol.2 ni mengisahkan kumpulan THE BIJEST yg terkenal masuk universiti yg sama. Kemudian muncul pula shikin,miliana dan nurin untuk membalas dendam kepada kumpulan tersebut akibat THE BIJEST telah mengambil alih kepopuliriti mereka di...