Cuti Haneul sudah habis oleh itu dia kena bangun awal harini termasuk jugak San. Macam San boleh je tak nak masuk kerja. Dia boleh je kerja dari rumah. Tapi tu lah dah Haneul pergi kerja baik dia masuk pejabat sekali sebab nanti rumah tu sunyi jugak.
San dan Haneul keluar dari rumah bersama-sama. Baru Haneul ingin pergi ke keretanya, sudah ditahan San.
"drive elok-elok baby boo! Nanti lunch sama-sama tau! " kata San sambil membelai kepala Haneul.
"awak pun sama.. Saya pergi dulu.. Annyeong! " Haneul melambaikan tangannya pada San lalu pergi ke keretanya.
- SKIP -
San terus masuk ke dalam biliknya apabila telah sampai di pejabat.
San menutup dan membuka pintunya berkali-kali sambil memeriksa nama yang terletak di pintu bilik tu. Betul ni biliknya. Tapi dah kenapa ada orang lain dalam bilik dia?
"ui yang dah macam orang main sorok-sorok tu kenapa? masuk la" suruh orang yang di dalam bilik San.
Dia membetulkan blazer yang dipakainya lalu masuk ke dalam biliknya dengan normal.
"kau nyanyok ke apa eunwoo yang kau datang pejabat aku ni? " San meletakkan begnya di atas meja lalu mengambil tempat duduknya yang berhadapan dengan eunwoo.
"uish kau.. Aku sihat wal afiat lagi ni.. Tak aku datang ni.. Nak cakap pasal plan tu" balas eunwoo lalu menyilangkan tangannya sambil memandang San.
"plan? Ouh plan tu.. Ha kenapa? "- San
"kau still nak teruskan ke? "- eunwoo
"yeah teruskan la takkan nak stop? "- San
"tak la.. Kau tahu kan benda ni dah sampai dekat parents aku.. Dan diorang pun dah buat plan diorang jugak"- eunwoo
"pastu Haneul tak gitau kau eh? Yang parents aku nak suruh kau datang rumah harini? "- eunwoo
"ouh tak git—WHAT!? " terkejut beruk San dibuatnya. Ni tak ready ni macam mana ni?
"weh aku tak ready lagi ni macam mana ni!? " San meninggikan suaranya pada eunwoo. Tahu-tahu la macam mana nyaringnya suara San tu.
"haa yang tu aku tak tahu pandai-pandai kau pikir dengan Haneul. Dah aku nak gerak dulu byee. Ouh ya eomma aku cakap datang lepas lunch okay good luck" eunwoo menepuk bahu San lalu meninggalkannya seorang diri.
Kalau boleh nak je dia hempuk kepala dia dekat meja depan dia ni. Kenapa Haneul tak bagitahu awal-awal.
- SKIP -
haneul dan San berada di hadapan rumah keluarga San sekarang ni. Haneul melihat San yang sudah berpeluh padahal aircond kereta dia boleh tahan sejuk la jugak.
"hey.. Nervous sangat ni.. It's okay la tak de apa jadi pun" Haneul mengelap peluh San menggunakan tisu yang dalam keretanya.
Nak pergi jumpa family Haneul je tapi dah macam kena masuk court atas kes bunuh. Teruk betul gelabah dia ni.
"kalau saya langkah masuk rumah awak pastu terus kena tampar dengan eomma awak macam mana? Ye la family awakkan tak suka saya" tanya San pada Haneul. Perangai dia terus berubah dah macam kanak-kakak.
"wush tak de punya.. Appa saya ada sekali dia boleh control eomma nanti.. Relax je tak de apa tu..dah jom" Haneul mencium pipi San sekilas lalu keluar dari keretanya diikuti dengan San.
Haneul masuk dahulu ke dalam rumahnya manakala San menunggu di luar. Takkan nak masuk kalau orang tak jemput kan.
"eomma.. Appa.. Yuhuuuu.. Mana semua orang ni?" panggil Haneul dan encik Cha dan puan Cha turun dari tingkat atas bersama-sama.
Ouh ya eomma Haneul sudah discharged lepas sehari kena tahan ward. Sebab tu la dia dah boleh ada dekat rumah.
"eo! Haneul-ah panggil la 'bakal menantu' kami tu masuk" puan Cha sengaja menekankan bakal menantu itu pada Haneul. Haneul segera keluar untuk memanggil San.
"chill je appa dengan eomma mood okay harini.. " bisik Haneul pada San yang sedang memperkemaskan rambutnya.
Haneul dan San masuk bersama-sama ke dalam rumah. Kedua-dua ibu bapa Haneul hanya memandang San dengan tajam sekaran ni. San cuba mengawal reaksinya dan berlagak seperti biasa.
"err.. Annyeong uncle,aunty.." San menunduk pada encik dan puan Cha dengan kekok. Mata mereka berdua masih tak lekang memandang San.
"herm.. Duduk la dulu..Haneul pergi buat air kejap.. " suruh Haneul pada San lalu dia bergerak ke dapur meninggalkan San bersama ibu bapanya.
"so how's your work? " puan Cha bertanya pada San
"hmm.. So far so good.. " jawab San sambil tersengih. Dia tak nak la formal sangat dia datang bukan nak interview kerja.
"ok aunty dengan uncle straight to the point je lah ye.. Sebenarnya kitorang ni tak de masalah pun dengan kamu—"
"ye ke aunty?? Ommo! Lega saya dengar"
"haip nanti dulu! Ish tau tau nak menyampuk je! Kami buat semua ni nak bagi kamu dan Haneul seperti dulu balik"
"aunty dan uncle dah tahu semua benda dah.. Nasib ada eunwoo jadi spy kami.. Dan kami memang nak kamu dengan Haneul tak nak orang lain"
Terlopong mulut San apabila mendengar Kata-kata puan Cha. Jadi tadi tu dia bazirkan peluh dia untuk datang sini sia-sia je?
"haih ape ternganga mulut tu. Dah jemu nak makan nasi rasa nak makan lalat pulak? " celah Haneul sambil membawa dulang yang mempunyai cawan.
"haa macam mana? Ada kena sebat? Takkan? Tengok tu saya cakap dah biasa je.. " usik Haneul pada San lalu menampar pahanya.
"so Haneul eomma appa setuju.. " encik cha mencelah sambil tersenyum melihat anaknya bergurau dengan San.
"setuju apa? Ouh syarat tu.. Eh jap.. APPA DAH TERIMA! OMG AWAK! PARENTS SAYA TERIMA AWAK! " Haneul terus memeluk San yang di sebelahnya. Encik dan puan Haneul hanya menggelengkan kepala melihat terlatah Haneul.
"Dah lama tak tengok Haneul macam ni kan sayang? " puan cha bersembang dengan encik cha sementara Haneul masih bergembira dengan San.
"hmm tu la.. Sebelum ni dengan muka ketat tapi ayu dia tu. Baru harini saya tengok perangai tak semenggah dengan riuh dia tu"- encik cha
"hmm tapi dia masih tak ingat apa yang dah jadi ke? "- puan cha
"tak ingat la tu kalau ingat tak da nya diorang nak sweet-sweet comel macam ni"- encik cha
"kalau dia dah ingat nanti saya nak kita jangan masuk campur kita mintak eunwoo je yang tolong untuk pihak kita"- encik cha
"hmm baiklah.. "- puan cha
Selepas sudah puas Haneul bergembira, dia bersalaman dengan ibu bapanya untuk pergi ke tempat yang dituju mereka sekarang ni. Dia pelik 2 kali date je dah terus mak ayah dia setuju. Hebat.
<< TBC >>
sorry kalau macam berterabur sikit sbb aku type chap ni sikit-sikit so kejap lupa ayat kejap typo sorry tau 🥺🙏.
Ouh ya! Ada ff baru akan keluar lepas ff ni taman atau bila-bila je aku rasa nak pubkan. Tapi still nak ff ateez ke group lain?
Sbb tu ff group punya bukan ff yang sorang mcm ff ni. Kalau nak ff ateez gitau la kalau nak group lain pun gitau okay! See yah! ✌
YOU ARE READING
[C] - Phone - | CSN
Fanfiction"May i be your lover back?" Start : 27.11.2019 End : 20.3.2020