nineteen

317 37 11
                                    

Setelah 3 hari terkurung di hospital,akhirnya Haneul dapat pulang ke rumahnya kembali. Balutan kepalanya juga sudah dibuang dan digantikan dengan plaster saja.

Sepanjang 3 hari tu jugak hubungan haneul, eunwoo dan San kurang baik. Macam eunwoo ada la jugak bertegur sapa sebab dia selalu datang untuk jaga Haneul tu pun Haneul macam nak tak nak je layan dia.

Lain pulak dengan nasib San. Haneul lansung tak nak tengok muka dia. Dia ada jugak datang ke ward Haneul lepas dari kena marah tu tapi tu lah Haneul buat dia macam tak wujud dekat situ.

Pintu ward haneul dibuka seseorang ketika dia sedang mengemas beg pakaiannya. Haneul melihat orang tersebut lalu tersenyum riang apabila melihatnya.

"eo jungkook! Annyeong! " Sapa haneul pada jungkook yang sedang menjenguknya di celah pintu.

Jungkook la yang selalu bagi dia tersenyum balik sepanjang waktu dia bergaduh dengan eunwoo dan San ni. Laju je berubah muka tu bila jungkook datang lawat dia.

"hehe ingat tak perasan tadi.. Baru nak buat surprise " jungkook masuk ke dalam ward Haneul dengan muka seperti merajuk.

"awak dah boleh discharge kan? So nak ikut saya tak? " tanya Jungkook pada Haneul

"nae? Pergi mana? Saya kena bagitahu eunwoo dulu takut nanti dia datang sini"

"ikut je.. Kita ni kawan tapi macam bukan je..tak pernah pun lepak sekali.. " jungkook memuncungkan mulutnya pada Haneul.

"hahaha sorry la.. Saya busy.. Ok harini kita lepak sekali.. Okay??"

/////

Haneul dan Jungkook keluar dari kereta dan berjalan kearah bangku yang ada di depan mereka. Haneul melihat pemandangan sungai Han di depannya lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku itu diikuti Jungkook di sebelahnya bersama beg plastik berisi makanan yang dibelinya di kedai serbaneka tadi.

Ikutkan Jungkook dia nak bawak Haneul ke tempat lain tapi Haneul yang mintak untuk datang sini. Katanya rindu nak tengok alam sekitar.

"tak boring ke asyik tenung sungai tu dari tadi? " Jungkook mengeluarkan coke dari beg plastik tersebut lalu meneguknya.

"tak.. Ala kan saya cakap saya rindu nak tengok alam sekitar.. 3 hari awak tahu tak saya terkurung macam kucing" Haneul mengambil coffee yang dibeli Jungkook lalu menghirupnya dengan perlahan kerana panas.

"ikut awak laa asalkan bahagia.. "

"eh macam tu pulak? "

"la dah tu nak macam mana? "

"eee menjawab eh"

"orang dah tanya kena la jawab"

Haneul menjeling Jungkook di tepinya dan mengalihkan pandangannya kembali ke sungai Han.

- San's situation -

San berjalan sambil menendang batu-batu yang ada di depanya. Sekarang dia berada di taman yang kali pertama dia berjumpa dengan haneul dan kali terakhir berjumpa dengan dia pada 3 tahun lepas.

San menghela nafas berat. Memang betul la eunwoo cakap, plan tu memang berisiko baginya dan sekarang kena la dia tanggung risiko tu.

Dia perlu pikirkan cara untuk buat hati Haneul lembut kembali. Firasatnya mengatakan yang Haneul tak bencikan dia.

"yo! San! " sergah seseorang dari belakang San. San memalingkan mukanya untuk melihat orang tersebut.

"yo! Woo! Eh yeosang ada jugak ke? " Tanya San pada Woo ataupun wooyoung sambil menunjuk ke arah yeosang yang di ada di belakang wooyoung.

"ha ah aku ajak dia ikut sekali tadi.. Tak nak ah alone sorang-sorang datang sini" wooyoung menghulurkan aiskrim yang dibelinya pada San.

Wooyoung dan yeosang yang bekerja seperti San di bawah syarikat keluarga masing-masing. Asalnya tak kenal pun tapi sebab selalu buat project sama-sama mereka jadi rapat macam adik-beradik.

"haa kau macam mana? Kata Haneul dah ingat balik kes kau yang 3 tahun lepas tu? " celah Yeosang setelah sekian lama diam di belakang wooyoung.

Mereka berdua tahu segalanya yang jadi dengan San. Sama la dengan San. Mereka saling berkongsi cerita dan masalah.

"apa lagi kena halau la aku bila dia tahu hm.. Siap kena tengking lagi kau hado? " kata San selamba dan tak lansung sedih pasal hal itu.

"wush giler ah..haa tak yah sambung aku tahu balik rumah tu kau nangis sampai menonggeng atas katil" wooyoung mengejek San yang sudah melihatnya dengan pandangan menjijikan.

"tak menonggeng kau mencangkung atas mangkuk jamban" tambah yeosang pulak. Kalini dua kepala lelaki itu di headlock San sampai tak cukup nafas dibuatnya

"haa tahu pun..haa nganjing lagi biar mampus kat situ" Jeling San pada dua lelaki di depannya

"hehehe bukan selalu nak gurau dengan kau.. Dah la jarang jumpa" pujuk wooyoung.

"weh..kau takkan nak rilek je kat sini tak kejar Haneul ke? " tanya yeosang pula yang melihat San sedang termenung

"huh? Biar la kejap.. Kalau aku muncul selalu depan dia pun silap haribulan terus dia benci aku.. Biar la dia sorang-sorang dulu" balas San  sambil membelek rantainya itu.

"kau serious nak biar dia sorang-sorang sekarang? " tanya yeosang kembali dan dibalas dengan anggukan San.

"aku ada la cadangan untuk kau berbaik balik tapi kau kena tahan la dengan maki hamun Haneul nanti" Wooyoung mencelah lalu mengambil tempat duduknya di sebelah San.

"haa mende? "

"korang date balik" pendek sahaja cadangan wooyoung.

"ha ah date balik.. Eh date balik? " yeosang yang baru bersetuju menarik ayatnya semula apabila berasa pelik dengan ayat wooyoung.

"ye date.. Kau pandai-pandai la bawak dia gi lunch ke dinner ke apa ke macam kau pernah buat masa dia hilang ingatan tuuu" panjang lebar wooyoung

"not bad cadangan.. Okay aku try nanti"

"jangan biar dia sorang-sorang weh.. Bahaya.. Baru tadi kitorang nampak dia lepak dengan laki mana tah dekat sungai Han" kata yeosang dengan gaya tak ubah seperti makcik bawang.

Terbeliak terus mata San. Terus dia tersedar dari lamunannya dan melihat wooyoung dan yeosang di depannya..

"bwo! Siapa!? "tanya San dengan suara yang dikuatkan pada mereka berdua. Dia memang betul Jealous sekarang.

"tak tahu.. Tapi diorang mesra la elok je sembang gelak bagai.. Haa ayokk haa tu nak tinggal dia sorang-sorang lagi? " wooyoung bertanya dengan soalannya yang seperti menyindir San.

San mendengus geram lalu bangun dari tempatnya dan bergerak ke keretanya meninggalkan wooyoung dan Yeosang. Entah kenapa San seperti nak berubah menjadi Hulk.

San menghidupkan enjin keretanya lalu bergerak ke destinasi yang ditujunya iaitu sungai Han.

"Sang..kita patut ikut dia ke? "

"yeah patut.. Aku tak sedap hati ni..macam ada nak berlaku pertumpahan darah"

Yeosang dan wooyoung berlari ke kereta mereka berdua dan mengikut San dari belakang secara Senyap-senyap.

<< TBC >>

aiy aiy first chapter of 2020 yeay!  Tahu aku lambat tapi aku nak sebut jugak.

Happy new year sayunk2 yang kita setia memvaca buku ku ini 😗💕

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now